Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[han.dal] | هندل

Definisi : 1. boleh diharap (dipercayai) setia; 2. kenamaan, bijak, gagah, cekap, pandai: pemain bola yg ~; 3. amat baik (dlm sesuatu kemahiran dll): Dozy ~ dlm bahasa Arab; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[han.dal] | هندل

Definisi : 1 dpt dipercayai atau dpt diharapkan; setia. 2 pandai dan bijak dlm permainan dll; kenamaan (cekap dll): pemain bola yg ~. handalan yg handal: panglima ~. kehandalan keadaan atau sifat handal; kepandaian; kebijaksanaan; kegagahan: Orang ramai pun hairan melihat ~ Hang Tuah membunuh penderhaka itu dgn kapak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
handal (adjektif)
1. Dalam konteks pemain
bersinonim dengan hebat, campin, unggul, ulung, terkenal, ternama, terbilang, termasyhur,

2. Bersinonim dengan mahir: cekap, berbakat, berkebolehan, serba boleh, terlatih, lancar, fasih,

Kata Terbitan : kehandalan,

Peribahasa

480

Practice makes perfect

Perkara yang sukar akan menjadi mudah, dan akhirnya kita menjadi mahir jika kita berlatih selalu dan sering melakukannya.

Alah bisa tegal biasa

''Do not despair. I know that this sport is not easy, but if you train hard, surely you will become a better player. Remember practice makes perfect,'' the coach said to the young talent.

''Jangan berputus asa. Saya tahu yang sukan itu bukan mudah tetapi kalau kamu berlatih bersungguh-sungguh, tentu kamu akan menjadi lebih handal. Ingat, alah bisa tegal biasa,'' kata si jurulatih kepada bakat muda itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, saya ingin bertanya tentang maksud *handal* frasa *handal bersukan* adakah betul? dalam konteks ini, handal ialah kata adjektif atau kata penguat? adakah frasa ini sama maksud dengan handal dalam sukan? Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud handal ialah:
1. boleh diharap (dipercayai) setia;
2. kenamaan, bijak, gagah, cekap, pandai
3. amat baik (dlm sesuatu kemahiran dll)
Maksud handal bersukan di sini bermaksud pandai bersukan atau cekap dalam sukan, jadi boleh digunakan.
Makna01.09.2021
Pasukan bola sepak yang ______ telah memenangi perlawanan itu. A. handal B. hebat C. lincah D. tangkas Adakah jawapan "hebat" diterima sebagai jawapan? Apakah perbezaan antara "handal" dengan "hebat"?Perkataan yang paling tepat ialah handal

Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, handal bermaksud dapat dipercayai atau dapat diharapkan; setia. 2 pandai dan bijak dalam permainan dll; kenamaan (cekap dll): pemain bola yang ~. handalan yang handal: panglima ~. kehandalan keadaan atau sifat handal; kepandaian; kebijaksanaan; kegagahan: Orang ramai pun hairan melihat ~ Hang Tuah membunuh penderhaka itu dgn kapak.
Tatabahasa18.02.2014
Adakah ayat "Pemain itu sangat handal sekali." betul? Ayat ini ada dua kata penguat.Pemain itu handal sekali ; atau Permain itu sangat handal.Tatabahasa08.05.2008
Adakah ayat-ayat berikut mempunyai kesalahan tatabahasa?Kalau ada ,harap boleh betulkan.TERIMA KASIH. a. Di seluruh dunia mengalami masalah pencemaran udara. b. Belajar bahasalah. c. Banyak lelaki di sekolah itu sangat handal dalam bidang sukan.Ketiga-tiga contoh ayat yang diberikan tidak lengkap ayat pertama dan kedua tidak mempunyai subjek, dan penggunaan kata yang tidak sesuai dalam konteks ayat ketiga.
Tatabahasa05.10.2015
Kesalahan bahasa dalam ayat berikut: 1. Kerajaan merayu kepada rakyat agar mereka sanggup berkorban bagi mengatasi masalah kegawatan ekonomi negara. 2. Datuk Nicol telah menjadi pemain skuasy yang handa sejak dari bangku sekolah lagi.Kedua-dua ayat tersebut tidak gramatis. Ayat yang gramatis ialah:
1. Kerajaan merayu rakyat berkorban bagi mengatasi masalah kegawatan ekonomi negara.
2. Datuk Nicol telah menjadi pemain skuasy yang handal sejak bangku sekolah lagi.
Tatabahasa05.07.2013
Salam tuan/puan. Saya mengalami masalah dalam memberi penerangan berkaitan penggunaan kata hubung berpasangan : 1. Sungguhpun …tetapi 2. Walaupun…namun Bagaimanakah cara untuk membezakan penggunaan kata hubung berpasangan ini. Harap tunjuk ajar dan maklum balas .Terima kasih

Tatabahasa Dewan tidak menerima  kata hubung berpasangan sebagai jenis kata hubung tetapi dianggap sebagai pasangan yang gramatis. Kata hubung yang berpasangan digunakan untuk menggabungkan dua ayat atau lebih seperti lebih baik … daripada, apakah … ataupun, adakah … atau (pun), sama ada … atau, dan sebagainya.

Kata hubung walaupun dan sungguhpun lazimnya diikuti dengan tanda koma seperti yang berikut:
  1. Walaupun kurang sihat, dia tetap menghadiri majlis usrah itu.
  2. Sungguhpun letih, pemain handal itu terus bermain juga. 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 251- 254.

Tatabahasa29.08.2021
Tuan/Puan, Sila rujuk lampiran fail. Harap tuan/puan boleh menjawab seawal yang mungkin. Sekian terima kasih.1. Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif atau kata sifat sebagai kata intinya. Contoh FA: kacak sungguh. Contoh ayat FN + FA : Orang muda itu +  kacak sungguh.2. Burung pucung ialah burung yang tinggi, lemah-lembut dan panjang kakinya. Sebelum menangkap ikan ataupun katak dengan paruhnya yang panjang, burung pucung akan menunggu dengan sabar untuk haiwan itu berenang di depannya.  Nya berfungsi sebagai pembenda. Contoh: ...perkataan yang mengikutinya; Ejaannya ialah...3. Ialah untuk kata nama.4. Dalam buku  Tatabahasa Dewan, ia ialah kata ganti nama orang ketiga. 5. Rusa itu berlari ke dalam hutan tetapi tanduk rusa tersangkut pada dahan-dahan pokok. Rusa bertambah takut apabila kedengaran salakan anjing semakin dekat. Rusa cuba melepaskan tanduknya  daripada dahan-dahan itu. Akhirnya, kaki rusa yang kuat itu dapat menolong rusa melepaskan diri.Rusa itu berlari ke dalam hutan tetapi tanduk rusa tersangkut pada dahan-dahan pokok. Rusa bertambah takut apabila kedengaran salakan anjing semakin dekat. Rusa cuba melepaskan tanduk‘nya’ daripada dahan-dahan itu. Akhirnya, kaki rusa yang kuat itu dapat menolong rusa melepaskan diri. 6.          Ya. 7.         Ayat yang betul adalah seperti berikut:(h) Budak itu pelukis yang handal. (i) Singa haiwan yang memakan daging.(j) Perkara itu menjadi buah mulut orang ramai. Tatabahasa30.07.2011

Kembali ke atas