Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ngat] | هاڠت

Definisi : 1. panas api (bukan panas matahari): air ~; besi ~; 2. terlebih timbangan drpd yg sebenarnya: timbangannya biar ~ jangan kurang; 3. meriah, seronok: ia mendapat sambutan ~; 4. tidak tenang atau tenteram, genting, tegang (suasana politik dll): kedu­dukan politik negara kembali ~; perdebatan yg ~; 5. masih baru lagi berlaku dsb (berita, peristiwa, dll), panas: berita yg ~; buku yg masih ~; 6. berapi-api, penuh semangat: pidato yg ~; ~ dingin kegembiraan dan kesusahan; ~ hati a) sangat marah; b) girang hati; hangat-hangat 1. bp sementara masih hangat (panas): nasi itu elok dimakan ~; 2. hangat (panas) spt yg dapat dirasai pd (oleh) sesuatu: ~ kuku tidak berapa hangat (panas), suam-suam kuku; ~ tahi ayam prb tidak tetap kemahuan (tidak bersungguh-sungguh secara berterusan); berhangat membiarkan badan kena panas, berpanas: di halaman gedung, orang yg tidak kebagian tempat dlm ruangan, ~ dlm panas matahari; menghangat menjadi hangat (tegang); rapat ~ perjumpaan menjadi tegang; tidak ~ mendingin tidak menggembirakan atau me­nyusahkan; menghangati ark 1. memanaskan (nasi yg sudah dingin dll); 2. menggembirakan: Buenos Aires yg sejuk sentiasa dihangati oleh irama rumba dan tango; menghangatkan 1. = memperhangat me­n­­- ­­jadikan hangat (panas), memanaskan: ~ nasi dan lauk-lauk; berdiang utk ~ badan; 2. menjadikan hangat (meriah, seronok), me­meriahkan, menyeronokkan: tepuk sorak dan nyanyian orang ramai ~ lagi suasana pesta pd malam itu; 3. ki menjadikan hangat (tegang, genting), menegangkan, meng­gen­tingkan: isu-isu yg sensitif telah ~ per­debatan pd hari itu; memperhangat menjadikan lebih hangat; kehangatan 1. perihal hangat (panas), kepanasan; 2. kena hangat (panas); 3. terlalu hangat; 4. perihal hangat (meriah), keme­riahan; 5. perihal hangat (tegang, genting), ketegangan, kegentingan: ~ per­debatan itu meresahkan orang ramai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.ngat] | هاڠت

Definisi : 1 tinggi suhunya kerana dibakar, direbus dll (bukan panas matahari); panas: air ~; besi ~. 2 masih baru berlaku dan menarik perhatian orang (ttg berita dll): Berita itu masih ~. 3 penuh bersemangat; berapi-api (ttg ucapan dll): pidato yg ~. 4 meriah: Lawatan menteri itu telah mendapat sambutan ~ drpd penduduk kampung. 5 tegang atau genting (bkn keadaan politik, perdebatan dll): Per­golakan politik di negara itu kian ~. ~ hati a. terlalu marah. b. sangat girang hati; gembira. hangat-hangat 1 ketika atau sementara masih hangat; panas-panas: Makanan itu lebih sedap jika dimakan ~. 2 hangat spt yg dpt dirasa. ~ kuku tidak terlalu hangat. menghangatkan 1 menyebabkan atau menjadikan hangat; menaikkan (meninggikan) suhu sesuatu; memanaskan: ~ kuah. 2 menjadikan meriah; memeriahkan: Acara-acara menarik telah disediakan utk ~ perayaan Hari Kebangsaan. 3 menjadikan tegang atau genting; menegangkan; menggentingkan: Hal-hal keagamaan telah ~ perdebatan itu. memperhangat menjadikan lebih hangat. kehangatan keadaan atau sifat hangat; kepanasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hangat (adjektif)
1. Rujuk panas 1

2. Dalam konteks sambutan
bersinonim dengan meriah, baik,

3. Dalam konteks perdebatan
bersinonim dengan berkobar-kobar, berapi-api, bersemangat, hebat, genting, tegang, sengit, meruncing,

Kata Terbitan : hangat-hangat, berhangat, menghangat, menghangatkan, kehangatan,

Puisi
 

Air hangat telaga mendidih,
     Banyak orang hilang keramat;
Hemat-hemat lagu nak boleh,
     Tengok adik jinak sangat.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Hangat tiada berapi,
     sejuk tiada berair.

Bermaksud :

Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis, b. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih, c. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya).

 

Lihat selanjutnya...(12)

627

Walls have ears

Berwaspada apabila bercakap tentang sesuatu perkara terutamanya yang rahsia kerana ada yang akan mendengarnya tanpa disedari.

Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar

She was flabbergasted when her secret affair with a Datuk suddently became a talk of the town. She had never mentioned it to anyone except her aunt. She didn't know that in the small town, not only do the walls have ears,but the windows have eyes and the doors have tongues too!

Tercengang dia apablia perhubungan rahsianya dengan seorang Datuk tiba-tiba menjadi perbualan hangat. Tidak pernah sekalipun dia menceritakannya kepada orang lain, kecuali ibu saudaranya. Dia langsung tidak mengetahui bahawa di pekan kecil itu, bukan saha

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hot flushhangat memerahPerubatanTiadaRasa hangat secara tiba-tiba yang dirasai pada bahagian atas tubuh akibat pengembangan salur darah. Keadaan ini biasanya dialami oleh wanita pada peringkat pramenopaus.
hot flushhangat memerahKejururawatanTiadaRasa hangat secara tiba-tiba yang dirasai pada bahagian atas tubuh akibat pengembangan salur darah. Keadaan ini biasanya dialami oleh wanita pada peringkat pramenopaus.
hot flushhangat memerahPerubatanTiadaRasa hangat secara tiba-tiba yang dirasai pada bahagian atas tubuh akibat pengembangan salur darah. Keadaan ini biasanya dialami oleh wanita pada peringkat pramenopaus.
warm bootbut hangatTeknologi MaklumatPerisianLihat mula hangat.
warm startmula hangatTeknologi MaklumatPerisianProses mengebut semula yang merupakan set operasi awalan bagi memulakan sistem pengendali apabila pengguna menghidupkan komputer setelah berlaku kegagalan dalam sistem komputer. Pemuat but biasanya memuatkan sistem pengendali utama dalam komputer. Sinonim but hangat.
hotbedbatas hangatPertanianTiadaTiada
hotbedbatas hangat; sarangSejarahTiadaTiada
warm bootbut hangatKomputerTiadaTiada
warm startmula hangatKomputerTiadaTiada
hot newsberita hangatKomunikasiTiadaTiada
123

Kembali ke atas