Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. (berbau) spt bau kain terbakar; 2. rosak atau terbakar dan berbau (bkn makanan spt nasi, lauk, kuih, dsb yg dimasak atau dibakar terlalu lama): dia asyik berbual sehingga ~ nasi di atas dapur; 3. berbau busuk spt bau peluh, hapak (badan kerana tidak mandi atau berpeluh): badannya ~ kerana sudah beberapa hari dia tidak mandi; memberi ~ ki memberi malu; ~-pengit a) terlalu hangit; b) Pr, Kl hangus rentung; menghangitkan menyebabkan hangit (masak­an, kuih yg dibakar); kehangitan 1. perihal hangit (masakan, kuih yg dibakar); 2. perihal hangit (hapak), bau hangit, kehapakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 berbau spt bau nasi, kuih dll yg dimasak terlalu lama dan hangus. 2 rosak atau terbakar dan berbau (bkn makanan dll): Dia ditegur kerana kuih yg dibakarnya habis ~. 3 berbau busuk spt bau ketiak, peluh dsb. menghangitkan menjadikan atau menyebabkan hangit. kehangitan keadaan hangit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Adakah anda bermaksud : hangit

Tesaurus
 
hangit (adjektif)
1. Bersinonim dengan hapak: pengit, tengik, tengit, sangit, masam,

2. Bersinonim dengan hangus: rentung, hitam,

Kata Terbitan : menghangitkan, kehangitan,

Puisi
 

Tinggallah bukit besi hangit,
     Tidaklah jauh dari pekan;
Walaupun tinggi terbang melangit,
     Ke bumilah juga cari makan.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Hendak tinggi terlalu,
     jatuh.

Bermaksud :

Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu hangit, b. Hendak masak langsung hangus, c. Hendak panjang terlalu, patah).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
hangit[hA.Nit]kata adjektifbersungguh-sungguh (kiasan).Dia pulon hangit nak bagi sudah kreja tu.[di.jA pu.lon hA.Nit nA/ bA.gi su.dAh kÒ«.dZA tu]Dia bekerja bersungguh-sungguh untuk menyudahkan kerja itu.
perat[p«.ÒAt]kata adjektifberkenaan bau keringat atau peluh yang semula jadi, hamis, hapak, hangit; kesaq.Cuba hang makan kulet limau nipeh, amai selalu, lama-lama bau perat badan hang tu hilang.[tSu.bA hAN mA.kAn ku.let li.mAw ni.peh A.mAj s«.lA.lu lA.mA.lA.mA bAw p«.ÒAt bA.dAN hAN tu hi.lAN]Cuba engkau amalkan memakan kulit limau nipis, lama-kelamaan tentu bau tengik badan engkau itu hilang.
kesaq[k«.sA)Ö]kata adjektifberkenaan bau keringat atau peluh yang semula jadi, hamis, hapak, hangit; perat.Cuba hang makan kulet limau nipeh, amai selalu, lama-lama bau kesaq badan hang tu hilang.[tSu.bA hAN mA.kAn ku.let li.mAw ni.peh A.mAj s«.lA.lu lA.mA.lA.mA bAu k«.sA)Ö bA.dAN hAN tu hi.lAN]Cuba engkau amalkan memakan kulit limau nipis, lama-kelamaan tentu bau tengik badan engkau itu hilang.
sergal[s«Ò.gAl]kata adjektif1. berkenaan rasa buah nona, sagun, kuih bakar, kuih beras dan sebagainya yang berbiji-biji atau berpasir; seregai, seregal, sergai.Nasik goreng tu dah hanget jadi keraeh, bila pepak rasa seregal dalam mulot.[nA.si/ g.ÒEN tu dAh hA.Net dZA.di k«.ÒAEh bi.lA p«.pA/ ÒA.sA s«Ò.gAl dA.lAm mu.lot]Nasi goreng itu hangit dan menjadi keras. Bila dikunyah terasa berbiji kasar di dalam mulut.
sergai[s«Ò.gAj]kata adjektif1. berkenaan rasa buah nona, sagun, kuih bakar, kuih beras dan sebagainya yang berbiji-biji atau berpasir; seregai, seregal, sergal.Nasik goreng tu dah hanget jadi keraeh, bila pepak rasa seregal dalam mulot.[nA.si/ g.ÒEN tu dAh hA.Net dZA.di k«.ÒAEh bi.lA p«.pA/ ÒA.sA s«Ò.gAj dA.lAm mu.lot]Nasi goreng itu hangit dan menjadi keras. Bila dikunyah terasa berbiji kasar di dalam mulut.
seregal[s«.Ò«.gAl]kata adjektif1. berkenaan rasa buah nona, sagun, kuih bakar, kuih beras dan sebagainya yang berbiji-biji atau berpasir; seregai, sergai, sergal.Nasik goreng tu dah hanget jadi keraeh, bila pepak rasa seregal dalam mulot.[nA.si/ g.ÒEN tu dAh hA.Net dZA.di k«.ÒAEh bi.lA p«.pA/ ÒA.sA s«.Ò«.gAl dA.lAm mu.lot]Nasi goreng itu hangit dan menjadi keras. Bila dikunyah terasa berbiji kasar di dalam mulut.
seregai[s«.Ò«.gAj]kata adjektif1. berkenaan rasa buah nona, sagun, kuih bakar, kuih beras dan sebagainya yang berbiji-biji atau berpasir; seregal, sergai, sergal.Nasik goreng tu dah hanget jadi keraeh, bila pepak rasa seregai dalam mulot.[nA.si/ g.ÒEN tu dAh hA.Net dZA.di k«.ÒAEh bi.lA p«.pA/ ÒA.sA s«.Ò«.gAj dA.lAm mu.lot]Nasi goreng itu hangit dan menjadi keras. Bila dikunyah terasa berbiji kasar di dalam mulut.

Kembali ke atas