Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. (berbau) spt bau kain terbakar; 2. rosak atau terbakar dan berbau (bkn makanan spt nasi, lauk, kuih, dsb yg dimasak atau dibakar terlalu lama): dia asyik berbual sehingga ~ nasi di atas dapur; 3. berbau busuk spt bau peluh, hapak (badan kerana tidak mandi atau berpeluh): badannya ~ kerana sudah beberapa hari dia tidak mandi; memberi ~ ki memberi malu; ~-pengit a) terlalu hangit; b) Pr, Kl hangus rentung; menghangitkan menyebabkan hangit (masakĀ­an, kuih yg dibakar); kehangitan 1. perihal hangit (masakan, kuih yg dibakar); 2. perihal hangit (hapak), bau hangit, kehapakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 berbau spt bau nasi, kuih dll yg dimasak terlalu lama dan hangus. 2 rosak atau terbakar dan berbau (bkn makanan dll): Dia ditegur kerana kuih yg dibakarnya habis ~. 3 berbau busuk spt bau ketiak, peluh dsb. menghangitkan menjadikan atau menyebabkan hangit. kehangitan keadaan hangit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hangit (adjektif)
1. Bersinonim dengan hapak: pengit, tengik, tengit, sangit, masam,

2. Bersinonim dengan hangus: rentung, hitam,

Kata Terbitan : menghangitkan, kehangitan,

Puisi
 

Tinggallah bukit besi hangit,
     Tidaklah jauh dari pekan;
Walaupun tinggi terbang melangit,
     Ke bumilah juga cari makan.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Hendak tinggi terlalu,
     jatuh.

Bermaksud :

Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu hangit, b. Hendak masak langsung hangus, c. Hendak panjang terlalu, patah).

 

Lihat selanjutnya...(4)