rujuk kepada respon DBP pada 31/7/2012 tentang: Biskut susu yang sudah lama tersimpan di dalam tin itu sudah berbau hapak. Soalan: 1. Apakah beza antara hapak dengan tengik? 2. Keropok udang yang (rangup, garing) itu disukai ramai. (manakah jawapan yang lebih sesuai)? | Berdasarkan Kamus Dewan, berikut makna yang diberikan: Tengik 1. bau atau rasa yang tidak sedap (bau minyak kelapa yang sudah lama disimpan) pering; 2. Kiasan untuk berbau busuk, terlalu jahat (kelakuan). · Hapak ialah berbau tidak sedap kerana sudah lapuk atau usang (berkaitan sesuatu) atau sudah lama tersimpan (berkaitan bahan makanan): contoh ayat: bantal usang yg hapak; biskut yang sudah hapak. Rangup 1. mudah pecah atau patah, rapuh. Contoh ayat: dinding zink minyak tar itu akan rangup dilanyak traktor; 2. pecahan: Garing ialah keras tetapi rapuh seperti keropok, biskut kering dan mudah hancur, rangup. | Makna | 06.04.2014 |
Biskut susu yang sudah lama tersimpan di dalam tin itu sudah berbau ____________. A. hapak B. tengik Apakah jawapannya? | Biskut susu yang sudah lama tersimpan di dalam tin itu sudah berbau hapak. | Tatabahasa | 31.07.2012 |
Apakah bau yang paling sesuai untuk ikan masin/kering ? Hapak atau Hanyir. | Kami cadangkan bau "bacin" untuk ikan masin. | Lain-lain | 14.07.2014 |
1)penyair itu mendeklamasikan se........ sajak ( seuntai atau serangkap) 2) ikan masin yg sudah lama itu berbau hapak/hanyir....jawapsn mana yg sesuai? | 1. Serangkap. 2. Hanyir. | Lain-lain | 11.06.2013 |
Tolong hantarkan senarai kata adjektif yang melibatkan bau (seperti hanyir, hancing, dan sebagainya) bersertakan dengan maknanya. | Antaranya ialah busuk, wangi, hapak. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Lain-lain | 05.10.2008 |