46

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.pus] | دهاڤوس

Definisi : 1 tidak kelihatan lagi; hilang (bkn tulisan, parut dll) kerana digosok dsb: Tanda hitam pd pakaiannya tidak akan ~ walaupun dicuci berkali-kali. 2 hilang; lenyap: Sekaliannya akan ~ dr muka bumi ini. 3 telah dimaafkan (bkn dosa dll): ~lah dosa jika Allah menerima taubat kita. menghapuskan 1 menjadikan hapus; menghilangkan dgn menggosok dll: ~ conteng di dinding. 2 menjadikan tiada; meniadakan; menghilangkan; melenyapkan; membasmi (penyakit): Mereka berunding dan mencari ikhtiar utk menghalau dan ~ semua tikus itu. 3 memberi ampun; memaafkan; meng­ampunkan: Mudah-mudahan Allah akan ~ dosanya. terhapus telah dihapuskan; telah lenyap: Mereka percaya bahawa dgn berbuat demikian, dosa mereka akan ~. penghapusan perbuatan, usaha dsb menghapuskan: ~ rumpai dpt dilakukan secara menyemburnya dgn racun rumpai. penghapus 1 orang yg menghapuskan. 2 alat utk menghapuskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ha.pus] | دهاڤوس

Definisi : 1. hilang, lenyap, lesap (tidak terdapat atau kelihatan lagi): parut di badannya itu tidak akan ~ sepanjang hayatnya; selama belum ~ Peringgi dr alam Melayu belum puas aku lagi; 2. (telah) dimaafkan (dosa, kesalahan, dll): dosa akan ~ apabila kita bertaubat dan taubat itu diterima Allah; ~ laut prb melupakan sesuatu perkara yg tidak baik (dibenci dll); menghapus menyapu (utk menghilangkan kotoran): ia ~ air matanya; ~ arang di muka menghilangkan malu; ~ dosa a) membersih­kan diri (drpd dosa); b) mengampuni dosa; menghapuskan 1. menghilangkan dgn me­nyapu: ~ conteng pd dinding; 2. meng­hilangkan, meluputkan, meniadakan, mem­banteras, membasmi: ada beberapa jalan utk ~ penyakit; berjuang utk ~ penjajahan; ~ musuh; 3. menganggap telah hapus, meng­ang­gap telah tidak ada lagi, mengampuni (dosa dll): segala hutangnya dihapuskan apabila ia bersetuju menyerah­kan segala kekuasa­annya; semua barang yg lama lebih baik dihapuskan drpd perjanjian kita; mudah-mudahan Yang Dipertuan akan ~ dosaku; terhapus menjadi hapus, telah dihapuskan: sebilangan besar anak bumiputera ~ akibat perbuatan kejam kaum penjajah; penghapusan perihal (perbuatan, tindakan, dsb) menghapuskan: kaum wanita menuntut ~ poligami; ~ penderitaan atau kekurangan; penghapus 1. alat utk menghapuskan se­suatu; 2. orang yg menghapuskan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hapus (kata kerja)
Bersinonim dengan hilang, lenyap, lupus, luput, lesap, tiada;,
Kata Terbitan : menghapuskan, terhapus, penghapusan, penghapus,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah imbuhan awalan men- untuk kata nyah(buang/hapus) menyah atau mengnyah? mana satu betul?Kata dasar nyah menjadi mengenyah apabila menerima awalan menge- yang diimbuhkan pada kata dasar yang bersuku kata satu.Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 155 untuk keterangan lanjut.Tatabahasa06.08.2014
Di halaman 1087 Kamus Dewan Edisi Keempat ada masukan -nyah- yang dikatakan awalan asing yang bermaksud buang atau hapus. Perkataan contoh yang diberikan ialah nyahcas dan nyahwarna. Mohon nyatakan bahasa sumber bagi awalan -nyah- itu. Terima kasih.Awalan "nyah-" ialah padanan bahasa Melayu untuk awalan bahasa Inggeris de- atau dis-. Contohnya, discharge menjadi nyahcas, deceleration menjadi nyahpecutan.Istilah29.12.2012
Menterjemahkan perkataan Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia1. Write-off (fixed assets) 2. Pecured rubber 3. Retread tyres1. Write-off = hapus kira 2. Precured rubber = getah praawet 3. Retread tyres = tayar celupIstilah03.10.2002
Mohon bantuan memberi istilah terjemahan terbaik untuk 'DELETE' bagi penggunan pada borang online. Sekina, terima kasih.Istilah bahasa Melayu untuk "delete" ialah hapus.Istilah11.03.2013
Salam sejahtera, Apakah perbezaan bagi "menghapuskan" dan "menyingkirkan"? Sila terangkan lebih lanjut tentang penggunaan kedua-dua perkataan ini. Terima kasih.Kedua-dua perkataan ini membawa beberapa maksud dan disesuaikan mengikut konteks penggunaannya. Contohnya, menghapuskan antaranya bermaksud menjadikan hapus atau menghilangkan dengan menggosok atau sebagainya. Menyingkirkan antaranya bermaksud mengetepikan atau menghindarkan.Tatabahasa17.02.2015
Penggunaan perkataan yang betul. 1. 'penyahsenaraian' dari bursa saham; atau 2. 'pengenyahsenaraian' dari bursa saham. Sekian, terima kasih.

Awalan nyah- bermaksud hapus, buang. Apabila awalan nyah- digabungkan dengan kata senarai maka terbentuk kata nyahsenarai, dan akan membentuk kata terbitan penyahsenaraian. Frasa yang betul ialah penyahsenaraian daripada bursa saham (bukan dari bursa saham).

Tatabahasa14.01.2015
apakah perbezaan antara dihapus, dihapuskan dan terhapus. Contoh, Kerajaan akan memberikan subsidi diesel kepada golongan nelayan sekiranya subsidi bahan api _______. A) terhapus B) dihapus C) dihapuskan jawapan manakah betul, sila jawab. Terima kasih!Yang betulnya ialah dihapuskan. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna terhapus ialah  menjadi hapus, telah dihapuskan. Jawapan kepada soalan tersebut ialah 'C'.Tatabahasa03.10.2008
Assalamualaikum. Tuan DBP saya ingin bertanya berkenan dengan istilah penggunaan nama cop di dalam jabatan saya yang bercampur dengan perkataan Bahasa Inggeris. Mohon jelaskan istilah yang sebenarnya. 1. Cop Crown 2. Cop Added 3. Cop Modified 4. Cop Deleted 5. Cop Open 6. Cop Repeat Mohon diberi makna jika ada setelah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Saya boleh dihubungi di talian 017-7267345. Sekian, terima kasih. Hisham Bin Othman @ Mohd.Adakah cop yang tuan maksudkan ialah cap? Perkataan yang betul ialah cap, bukan cop yang banyak digunakan dalam urusan pejabat. Setiap kata tersebut boleh diterjemahkan kepada bahasa Melayu yang sempurna seperti cap mahkota/cap tajuk, cap tambahan, cap ubah suai, cap batal/cap hapus, cap buka dan cap ulang.Penyemakan dan penterjemahan13.06.2015

Kembali ke atas