46

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.pus] | دهاڤوس

Definisi : 1 tidak kelihatan lagi; hilang (bkn tulisan, parut dll) kerana digosok dsb: Tanda hitam pd pakaiannya tidak akan ~ walaupun dicuci berkali-kali. 2 hilang; lenyap: Sekaliannya akan ~ dr muka bumi ini. 3 telah dimaafkan (bkn dosa dll): ~lah dosa jika Allah menerima taubat kita. menghapuskan 1 menjadikan hapus; menghilangkan dgn menggosok dll: ~ conteng di dinding. 2 menjadikan tiada; meniadakan; menghilangkan; melenyapkan; membasmi (penyakit): Mereka berunding dan mencari ikhtiar utk menghalau dan ~ semua tikus itu. 3 memberi ampun; memaafkan; meng­ampunkan: Mudah-mudahan Allah akan ~ dosanya. terhapus telah dihapuskan; telah lenyap: Mereka percaya bahawa dgn berbuat demikian, dosa mereka akan ~. penghapusan perbuatan, usaha dsb menghapuskan: ~ rumpai dpt dilakukan secara menyemburnya dgn racun rumpai. penghapus 1 orang yg menghapuskan. 2 alat utk menghapuskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ha.pus] | دهاڤوس

Definisi : 1. hilang, lenyap, lesap (tidak terdapat atau kelihatan lagi): parut di badannya itu tidak akan ~ sepanjang hayatnya; selama belum ~ Peringgi dr alam Melayu belum puas aku lagi; 2. (telah) dimaafkan (dosa, kesalahan, dll): dosa akan ~ apabila kita bertaubat dan taubat itu diterima Allah; ~ laut prb melupakan sesuatu perkara yg tidak baik (dibenci dll); menghapus menyapu (utk menghilangkan kotoran): ia ~ air matanya; ~ arang di muka menghilangkan malu; ~ dosa a) membersih­kan diri (drpd dosa); b) mengampuni dosa; menghapuskan 1. menghilangkan dgn me­nyapu: ~ conteng pd dinding; 2. meng­hilangkan, meluputkan, meniadakan, mem­banteras, membasmi: ada beberapa jalan utk ~ penyakit; berjuang utk ~ penjajahan; ~ musuh; 3. menganggap telah hapus, meng­ang­gap telah tidak ada lagi, mengampuni (dosa dll): segala hutangnya dihapuskan apabila ia bersetuju menyerah­kan segala kekuasa­annya; semua barang yg lama lebih baik dihapuskan drpd perjanjian kita; mudah-mudahan Yang Dipertuan akan ~ dosaku; terhapus menjadi hapus, telah dihapuskan: sebilangan besar anak bumiputera ~ akibat perbuatan kejam kaum penjajah; penghapusan perihal (perbuatan, tindakan, dsb) menghapuskan: kaum wanita menuntut ~ poligami; ~ penderitaan atau kekurangan; penghapus 1. alat utk menghapuskan se­suatu; 2. orang yg menghapuskan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hapus (kata kerja)
Bersinonim dengan hilang, lenyap, lupus, luput, lesap, tiada;,
Kata Terbitan : menghapuskan, terhapus, penghapusan, penghapus,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
deletehapusKomputerTiadaTiada
deletehapusKejuruteraanTiada1. Sebarang operasi untuk menghapuskan sekumpulan rakaman dari fail.,2. Memadam atur cara dari ingatan komputer.,3. Suatu fungsi khas yang digunakan dalam kod komunikasi data bagi membolehkan pengguna menulis semula aksara yang salah.
scavengehapus-sisaKejuruteraanTiadaTiada
obliteratehapus (UDGUndang-undangTiadaTiada
disintermediationhapus perantaraanPentadbiranTiada1. Urus niaga antara peminjam dan pemberi pinjam tanpa pengantara kewangan seperti bank. 2. Proses pelucutan peranan institusi kewangan dalam pelaburan.
deletehapusTeknologi MaklumatPerisianPerbuatan melenyapkan sesuatu objek dalam bentuk teks, fail atau data dalam sistem perkomputeran. Objek yang dihapuskan boleh berada dalam suatu dokumen elektronik, pangkalan data atau cakera keras. Sesuatu objek yang telah dihapuskan mungkin boleh dicapai semula dengan menggunakan kaedah tertentu.
block deletehapus blokKejuruteraanTiadaTiada
deletionpotong; hapus; pelepasanLinguistikTiadaTiada
write offhapus kiraMatematikTiadaTiada
deletionpotong; hapus; buangKejuruteraanTiada1. Pemotongan dokumen.,2. Teks yang telah dipotong dari dokumen.
12345

Kembali ke atas