Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[har.ta] | هرتا

Definisi : barang-barang berharga (spt rumah, tanah, barang-barang kemas, dsb) yg dipunyai oleh seseorang (syarikat, pertubuhan, dll); ~ bawaan (pembawa, pembawaan) harta yg dibawa pd ketika berkahwin; ~ benda barang-barang kepunyaan, berbagai-bagai barang yg berharga (sbg kekayaan); ~ bersama = ~ carian (laki bini) = ~ suarang harta yg diperoleh suami isteri bersama; ~ dunia barang-barang yg tidak kekal, barang-barang duniawi; ~ hibah harta yg diberi dgn keredaan pemiliknya (sebelum dia meninggal dunia); ~ jangka panjang (Eko) benda (spt tanah, bangunan, jentera, dll) utk keperluan perusahaan dlm jangka waktu panjang, aset jangka panjang; ~ jangka pendek (Eko) wang atau benda yg mudah dijadikan wang, aset jangka pendek; ~ karun harta benda yg tidak diketahui empunyanya (pemiliknya) atau yg didapati dgn tidak sah; ~ milik barang-barang kepunyaan seseorang; ~ mudah cair (Eko) benda yg mudah dijadikan wang (dijual); ~ pencarian harta benda yg didapati drpd usaha sendiri (bukan yg dipusakai); ~ (pen)dapatan harta yg dibawa oleh pihak perempuan; ~ pusaka harta warisan (harta peninggalan si mati); ~ rampasan barang-barang yg dirampas dlm masa perang; ~ sepencarian harta yg diperoleh drpd usaha suami isteri; ~ tanah (Eko) tanah dan apa-apa sahaja yg terdapat di atasnya (spt bangunan, tanaman, balak, atau galian); ~ sung­guh harta yg berupa mata benda; ~ tak sungguh (Eko) hak yg tidak berupa benda (spt hak cipta dll); ~ tidak kurang keadaan harta melebihi hutang; ~ pulang ke tuan prb sudah sangat cocok utk seseorang; berharta mempunyai harta, kaya, berada. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[har.ta] | هرتا

Definisi : barang-barang spt rumah, tanah yg berharga yg dipunyai oleh seseorang. ~ benda segala barang yg berharga. ~ karun harta yg tidak diketahui tuannya. ~ milik barang-barang kepunyaan seseorang. ~ pusaka barang-barang berharga peninggalan orang yg telah meninggal dunia. ~ rampasan barang-barang yg dirampas dlm peperangan dll. ~ terpendam segala harta, emas dsb yg tidak diketahui sebelumnya dan yg tersimpan (tersembunyi) di sesuatu tempat, di dlm tanah dll. berharta mempunyai harta; berada; kaya: Dia hidup senang sebab dia orang ~. hartawan 1 mempunyai harta; berharta; kaya: Orang itu bangsawan lagi ~. 2 orang yg berharta; orang kaya: Dia ~ yg terkenal di negeri ini. kehartawanan sifat hartawan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
harta (kata nama)
Bersinonim dengan wang ringgit, harta benda, kebendaan, kekayaan, kemewahan, pusaka;,
Kata Terbitan : berharta,

Puisi
 

Bukanlah mahal harga perabot,
     Tidak ternilai tinggi harganya;
Harta orang jangan direbut,
     Kalau direbut buruk padahnya.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Harta orang hendak dikebas.

Bermaksud :

Orang yang mahu mengambil harta orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Harta orang hendak digalas).

 

Lihat selanjutnya...(50)

566

Sweep your own doorstep clean

Tidak usahlah mengkritik orang lain jika diri sendiri pun tidak betul.

Pacak mencerca biduk orang, biduk sendiri tak terkayuh

''You have no right to accuse her wasting her husband's money when you yourself squandered away your late father's fortune on your boyfriend. Sweep your own doorstep clean first,'' I said

''Tak payahlah awak hendak menuduhnya membazirkan wang ringgit suaminya sedangkan awak sendiri memboroskan harta arwah bapa awak untuk teman lelaki awak. Pacak mencerca biduk orang, biduk sendiri tak terkayuh,'' kataku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(10)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
hareta meredak[hA.Ò«.tA m«.Ò«.dA/] pelbagai harta benda.Kalu kawaq masok dia tinggai jugak selai dua kaen burok, tapi kalu tebakaq habeh hareta meredak hanguih.[kA.lu kA.wA)Ö mA.so/ di.jA tiN.gAj dZu.gA/ s«.lAj du.wA kAen bu.Òo/ tA.pi kA.lu t«.bA.kA)Ö hA.beh hA.Ò«.tA m«.Ò«.dA/ hAN.guC]Kalau pencuri masuk dia tinggal juga sehelai dua kain buruk, tetapi kalau terbakar pelbagai harta benda akan hangus.
polok[p.l]kata kerjamembolot sesuatuMana aci hang nak polok reta tu kat hang sorang.[mA.nA A.tSi hAN nA/ p.l Ò«.tA tu kAt hAN so.ÒAN]Mana boleh awak hendak membolot harta itu seorang.
kawai[kA.wAj]kata kerjamembolot sesuatu untuk diri sendiri.Semua reta pesaka dia kawai kat dia sorang saja.[s«.mu.wA Ò«.tA p«.sA.kA di.jA kA.wAj kAt di.jA s.ÒAN sA.dZA]Semua harta pusaka dia bolot seorang saja.
gagau[gA.gAw]kata kerjamencuriDia keluaq sat saja, kawaq mai gagau reta meredak.[di.jA k«.lu.wA)Ö sAt sA.dZA kA.wA)Ö mAj gA.gAw Ò«.tA m«.Ò«.dA/]Dia keluar sekejap saja, pencuri datang mencuri harta bendanya.
dahok[dA.ho]kata adjektifterlalu ingin kepada hak orang lain dan telah melebihi sifat tamak.Dia tu dahok betoi, semua reta dia nak kebaih.[di.jA tu dA.ho b«.toj s«.mu.wA Ò«.tA di.jA nA k«.bAC]Dia itu sangat tamak, semua harta dia hendak ambil.
   2. menokok tambah sesuatu cerita; pekunonPak dia tinggai reta besaq cet, dia pekunu kata dapat berelong-relong tanah.[pA/ di.jA tiN.gAj Ò«.tA b«.sA)Ö tSe/ di.jA p«.ku.nu kA.tA dA.pAt b«.Ò«.loN.Ò«.loN tA.nAh]Bapaknya meninggalkan harta sikit sahaja, dia menokok nambah cerita yang dia mendapat berelong-relong tanah.
   3. mengambil atau membolot sesuatu secara tamak.Mentang-mentang dia anak sulong habeh reta pesaka dia karau kat dia.[m«n.tAN.m«n.tAN di.jA A.nA/ su.loN hA.beh Ò«.tA p«.sA.kA di.jA kA.ÒAw kAt di.jA]Mentang-mentang dia anak sulung habis harta pusaka dia bolot.
bebedak[b«.bE.dA]kata kerjamengagih-agihkan sesuatu yang banyak (seperti benda, pekerjaan) kepada sekumpulan orang supaya setiap orang mendapat bahagian masing-masing; bedak.Sebelom dia mati lagi dia dah bebedak reta kat anak-anak dia.[s«.b«.lom di.jA mA.ti lA.gi di.jA dAh b«.bE.dA Ò«.tA kAt A.nA.A.nA di.jA]Sebelum dia meninggal dunia dia sudah membahagi-bahagikan harta kepada anak-anaknya.

Kembali ke atas