Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ti] | هاتي

Definisi : 1 organ berwarna perang ke­merah-merahan di dlm tubuh yg menge­luarkan hempedu dan membersih­kan darah: ~ kambing; ~ lembu. 2 tempat melahirkan segala perasaan; batin: Mereka ketawa kerana suka ~. Rupanya buruk tetapi ~nya baik. 3 bahagian tengah pd sesuatu: ~ kayu; ~ nanas. ~ budi keperibadian seseorang yg tergambar pd tingkah laku, pekerti atau pertuturannya. ~ kecil pe­rasaan yg terkandung dlm batin (hati). berhati mempunyai atau menaruh sesuatu perasaan; berperasaan: ~ keras. ~ batu a. bersifat degil. b. tidak mempunyai belas kasihan. ~ berlian (emas) bersifat sangat baik hati, suka menolong dan membuat kebajikan. ~ binatang bersifat bengis. ~ perut mempunyai perasaan yg halus; bertimbang rasa. ~ pilu bersedih. ~ waja tidak mudah kecewa. ~ walang tidak sedap hati; khuatir; bimbang. sehati sepakat; seia sekata; bersatu hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ha.ti] | هاتي

Definisi : ; hati-hati cermat ketika melakukan sesuatu; teliti; ingat-ingat. berhati-hati berbuat sesuatu dgn hati-hati; beringat-ingat; berjaga-jaga: Ia ~ ketika membuat kerja. memperhatikan 1 me­mandang atau melihat dgn cermat; mengamat-amati: Segala gerak-geri dan tingkah lakunya diperhatikan oleh gurunya. 2 mengambil peduli; mempedulikan; mengendahkan: Dia tidak sedikit pun ~ nasihat ibu bapanya. perhatian keingin­an atau kesukaan kpd sesuatu; minat: Disangkanya kita ada ~ terhadapnya. menarik ~ menimbulkan minat. pemerhatian perbuatan memperhatikan: Asal usul penyakit itu diketahui setelah ~ dan percubaan dijalankan. pemerhati 1 orang yg memberikan perhatian. 2 orang yg menghadiri (menyertai) sesuatu persidangan, seminar dll tetapi tidak mengambil bahagian dlm perbincangan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ha.ti] | هاتي

Definisi : ; hati-hati nama sj pokok renek yg daunnya dijadikan ubat sakit perut, Coleus amboinicus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hati (kata nama)
Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;,
Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati,

Puisi
 

Hati-hati pinang muda,
     Pinang muda makan pipit;
Sampai hati meninggal saudara,
     Tidak mengenang barang sedikit.


Lihat selanjutnya...(845)
Peribahasa

Lupa ketinggalan,
     terlelap kemalingan.

Bermaksud :

Kurang hati-hati mengakibatkan kerugian. lelap = tidur; kemalingan = kecurian.

 

Lihat selanjutnya...(224)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Hati-hati dengan penyakit bawaan seksSiti Balkis BudinDewan Masyarakat1 June 2007
Hati-hati Bersalaman dengan Orang BaratTiadaDewan Masyarakat1 November 2008
Hati - hati YBSivamurugan PandianDewan Masyarakat1 March 2008
Hati-Hati MemilihPena MutiaraIbu1 September 2006
Hati-hati bila berpaling ke timur (diwawancara oleh Jaafar AbdulRahim)Sujak RahimanDewan Masyarakat15 March 1982
Hati-hati Yang GusarSyamsuri, MaulanaPesona1 December 1994
Hati-hati memilih penjodoh bilanganAwang SariyanDewan Siswa1 April 1989
Hati-hati Yang RetakZanifah Md. NorFamili15 October 1989
Hati-hati menggunakan ubat-ubatanMohd. Hamdan Haji AdnanDewan Siswa1 October 1988
Lakukan Hati-hatiKinga FaboHorison1 May 2008
12345678910...

Kembali ke atas