Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.yat] | حيات

Definisi : Ar ada nyawa pd badan, hidup; ilmu ~ pengetahuan tentang makhluk hidup (bina­tang dan tumbuhan), kaji hayat, biologi; selama ~ dikandung badan selagi hidup; tanda ~ cenderamata; mendapat ~nya sl mengalami sendiri; menghayati mengalami dan merasai (dlm batin), meresapkan ke dlm jiwa: matlamat akhirnya ialah utk ~ nilai-nilai akhlak; penghayatan perihal menghayati, perihal mengalami dan merasai dlm batin: buku-buku yg baik akan mempertinggi ~ estetik pd pem­baca; inti karya seni adalah ~ penciptanya; aspek-aspek penguasaan dan ~ bahasa Melayu Tinggi; penghayat orang yg menghayati sesuatu (cerita, peristiwa): kita sbg pembaca dan ~ harus lebih teliti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.yat] | حيات

Definisi : ; baju ~ sl sj baju. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.yat] | حيات

Definisi : keadaan yg membezakan manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan drpd tanah, batu dsb; kehidupan; nyawa. selama ~ dikandung badan selama masih hidup; selagi hidup. menghayati mengalami dan merasai sesuatu dlm batin: Dia sedang ~ cerita yg dibacanya itu. sehayat selama masih hidup; selagi hidup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hayat
Kata Terbitan : menghayati, penghayatan,

Puisi
 

Hendak berjalan jambatan panjang,
     Orang bertukang jambatan roboh;
Adik berdoa umur panjang,
     Selagi hayat kita berjodoh.


Lihat selanjutnya...(8)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Hayat dan ajal bahasaJeniri AmirDewan Bahasa1 April 2009
Hayat Kita 11Rahim M.S.BAHANA1 December 2007
Hayat KehidupanPurple VioletDara.Com1 May 2008
Hayat kesusasteraan Malaysia: antara LRT dengan kereta sport? [ Surat kepada editor ]Azmi IbrahimDewan Sastera1 February 2008
Hayat panjang kepenyairanHassan AliasDewan Sastera1 June 2003
Selagi Hayat Dikandung BadanArmin Azhari SalehPelita Bahasa1 January 2000
Tabir HayatNayan MuhammadBAHANA1 June 2008
Fasa hayat pertama penyuTiadaDewan Kosmik1 July 2008
Sedetik HayatSharifah NorbaizuraDara.Com1 July 2008
Timbunan HayatSolihin OsmanURTV1 January 2008
12345678

Kembali ke atas