Apakah maksud perkataan butik dalam erti kata bahasa melayu | butik bermaksud kedai kecil yg biasanya menjual pakaian wanita yg terbaru fesyennya dan hiasan-hiasan badan wanita (spt rantai leher, gelang, cincin, dsb). | Makna | 11.11.2007 |
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "wallpaper background"? "background" ialah latar belakang, manakala "wallpaper" ialah hiasan latar. Mana yang sesuai digunakan antara yang berikut: hiasan latar latar belakang latar belakang hiasan latar hiasan latar belakang Terima kasih. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "wallpaper background" dalam pangkalan data kami. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah hiasan latar belakang. | Istilah | 17.08.2013 |
1)Gambar itu digantungkan pada dinding sebagai (hiasan/ perhiasan). Ini merupakan soalan upsr. Jawapan yang diberikan ialah hiasan. Apakah perbezaan hiasan dan perhiasan? Kamus dewan memberikan maksud yang sama. 2)Emak _______ menyiram pokok itu agar hidup subur. A. kerap B. selalu C. sering Mengapakah jawapan yang diberikan ialah A? Berdasarkan rujukan Kamus Dewan, ketiga-tiga jawapan memberikan maksud yang sama. | Sdr.Ng Saya juga telah melihat kamus tentang kedua-dua perkataan ini dan memang kesemuanya sama. Pada pandangan saya perkara begini tidak seharusnya berlaku. | Tatabahasa | 15.08.2010 |
Hiasan Dalaman RED HOT Construction.Interior Design.Home Decor No sykt: NS1170086V | Sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun sebagai pelanggan baharu untuk mendapatkan kata laluan. Klik daftar iklan dan pilih jenis iklan - Papan Premis Bayaran. Semua tatacara ada dimuatkan dalam laman web berkenaan. | Lain-lain | 06.12.2017 |
Ayat yang manakah betul? A. Ibu menghias halaman rumah dengan tanaman hiasan supaya kelihatan cantik. B. Ibu menghiasi halaman rumah dengan tanaman hiasan supaya kelihatan cantik. | Menurut data kami, ayat yang betul ialah ibu menghias halaman rumah dengan tanaman hiasan supaya kelihatan cantik. | Tatabahasa | 22.05.2017 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya hendak tahu ejaan yang betul bagi hiasan/seni kaum India yang dibuat daripada beras, hiasan yang dibuat di atas lantai, "kolum" atau "kolam"? Terima kasih | Wassalam, Tuan/puan, Dalam data kami tidak terdapat ejaan "Kolum" atau "Kolam" yang merujuk hiasan perayaan orang Indian di lantai yang diperbuat daripada beras. Hal ini bermaksud, kedua-dua istilah ini tiada dalam bahasa Melayu. Melalui carian Internet, terdapat dua versi ejaan iaitu "Kolum" dan "Kolam", Wikipedia menggunakan ejaan "kolam" yang betul. | Lain-lain | 18.04.2017 |
Kedai Hiasan living it dimiliki oleh: KENJE SDN BHD | Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 26.05.2015 |
Sila menterjemahkan ke dalam bahasa jawi LAMPU HIASAN | Ejaan jawi bagi lampu hiasan ialah لمڤو هياسن | Ejaan | 18.12.2019 |
1.Amirah mencuba menceriakan kelasnya dengan pelbagai hiasan. 2. Yang mana betul menggarisi perkataan atau menggariskan perkataan. 3. mengajarkan bahasa Melayu atau mengajar bahasa Melayu. Yang mana betul. terima kasih atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberi. | 1. Amirah mencuba menceriakan kelasnya dengan pelbagai hiasan. Amirah cuba menceriakan kelasnya dengan pelbagai hiasan. 2. Yang mana betul menggarisi perkataan atau menggariskan perkataan. Menggariskan perkataan... 3. mengajarkan bahasa Melayu atau mengajar bahasa Melayu. mengajarkan bahasa Melayu.
| Tatabahasa | 18.03.2013 |
Adakah "Hiasan daun kering itu pada dinding" gramatis? | Mohon perjelaskan makna ayat yang ingin disampaikan dalam ayat diajukan. Ayat yang betul dari segi tatabahasa dan mempunyai makna ialah “Hiasan daun kering itu di dinding”. | Tatabahasa | 13.03.2014 |