hydrolysis | hidrolisis | Bioteknologi | Tiada | Pemecahan pemangkinan makro molekul atau polimer kepada unit blok binaan yang lebih kecil dengan kemasukan air, misalnya hidrolisis protein yang menghasilkan asid amino, hidrolisis karbohidrat yang menghasilkan monosakarida dan disakarida, hidrolisis asid nukleik yang menghasilkan nukleotida, dan hidrolisis lemak yang menghasilkan asid lemak dan gliserol. |
amylase | amilase | Kimia | Biokimia | Kumpulan enzim yang memangkini hidrolisis kanji kepada maltosa. Kumpulan enzim ini terdiri daripada dua enzim, iaitu enzim α-amilase yang memangkini hidrolisis ikatan α -I, 4-glikosida polisakarida yang terdiri daripada unit-unit glukosa, dan enzim β–amilase yang memangkini hidrolisis polisakarida bermula dari penghujung bukan penurunan dan menceraikan unit-unit maltosa. enzim embolisis bd. diastase. |
arginine hydrolysis | hidrolisis arginina | Perubatan | Tiada | Pemecahan molekul arginina secara hidrolisis. |
hydrolytic enzyme | enzim hidrolisis | Kimia | Tiada | Enzim pencernaan yang memangkini pemecahan protein melalui hidrolisis ikatan peptida. |
debranching enzyme | enzim penyahcabang | Kimia | Biokimia | Enzim yang memangkini hidrolisis sesuatu ikatan dalam polimer pada titik cabang, seperti enzim endoglukosidase yang memangkini hidrolisis ikatan-1,6 glikosida di dalam glikogen dan amilopektin pada titik cabang. |
rancid | tengik | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Rasa atau bau yang tidak enak yang terbentuk dalam minyak atau lemak disebabkan oleh hidrolisis atau pengoksidaan. Bau tengik yang dihasilkan oleh hidrolisis ialah bau masam, hapak, dan tajam disebabkan oleh pembentukan asid lemak berantai pendek, manakala bau tengik yang dihasilkan oleh pengoksidaan ialah seperti bau cat, bahan kimia, ikan, atau kacang mentah disebabkan oleh pembentukan hasil-hasil sekunder seperti aldehid, alkohol dan keton. |
high-energy compound | sebatian tenaga tinggi | Kimia | Biokimia | Sebatian yang menghasilkan tenaga bebas dalam jumlah yang besar apabila mengalami hidrolisis dalam keadaan biasa. Sebatian ini biasanya mempunyai kumpulan fosfat yang disingkirkan melalui proses hidrolisis dan perubahan tenaga bebas dalam tindak balas ini sebanyak 7 kkal/mol atau lebih. lih. ikatan tenaga tinggi |
hydrolytic rancidity | ketengikan hidrolitik | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Kerosakan dalam lemak atau minyak dan diikuti dengan penghasilan perisa yang tidak diingini akibat hidrolisis lemak oleh enzim lipase yang sedia ada atau kontiminasi mikroorganisma. Hidrolisis oleh enzim lipase akan menghasilkan asid lemak bebas dan gliserol. |
hydrolysis | hidrolisis | Fizik | Tiada | Tiada |
hydrolysis | hidrolisis | Komunikasi Massa | Tiada | Tiada |