Mohon pencerahan. Peribahasa manakah yg tepat, lembu dicucuk hidung atau kerbau dicucuk hidung? Apakah kedua2nya boleh diterima? Terima kasih. | Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Merujuk kepada peribahasa tersebut, jawapan yang paling tepat ialah lembu dicucuk hidung - merujuk kepada lembu yang sering dilambangkan dengan kebodohan. Lembu dicucuk hidung beerti orang bodoh yang menurut sahaja kemahuan orang lain atau orang yang selalu menurut kemahuan orang. Rajin-rajinlah bersahabat dengan http://prpm.dbp.gov.my/ di hujung jar | Lain-lain | 17.03.2014 |
LEMBU/KERBAU DICUCUK HIDUNG | KERBAU DICUCUK HIDUNG | Tatabahasa | 02.11.2010 |
1) Ini hidungkah? 2) Inikah hidung? 3) Adakah ini hidung? Adakah semua ayat pertanyaan tersebut sesuai digunakan? Terima kasih tuan. | Pertanyaan yang sesuai ialah (3). | Tatabahasa | 21.08.2014 |
Apakah peribahasa yg betul... seperti lembu dicucuk hidung atau seperti kerbau dicucuk hidung? | Peribahasa yang terakam dalam data DBP adalah seperti kerbau dicucuk hidung. | Makna | 09.01.2015 |
Assalamualaikum adakah benar "resah hidung" merupakan akronim bagi resdung? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, resdung membawa maksud sejenis penyakit hidung yang disebabkan oleh radang pada membran sinus. Tidak dinyatakan bahawa resdung ialah akronim bagi "resah hidung".
| Makna | 08.03.2021 |
Tuan, ayat mana yang betul? (1) bau harum durian menusuk hidung memenuhi ruang tamu rumah atau (2) bau harum durian yang menusuk hidung memenuhi ruang tamu rumah | "Yang" ialah kata hubung pancangan relatif atau ringkasnya kata relatif yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain. Ayat "bau harum durian" ialah klausa utama dan "menusuk hidung memenuhi ruang tamu rumah" ialah klausa kecil yang lain. Oleh itu, ayat yang gramatis ialah "bau harum durian yang menusuk hidung, memenuhi ruang tamu rumah." | Tatabahasa | 16.05.2012 |
Ada bebintik merah di/pada hidung? | Jawapan yang betul ialah Ada bebintik merah pada hidung. | Tatabahasa | 17.07.2022 |
Selamat sejahtera. Saya hendak bertanya tentang peribahasa.Mana satukah yg betul..dlm kamus dewan..spt kerbau dicucuk hidung..manakala kamus digital/online DBP spt lembu dicucuk hidung. Masalah timbul apabila pelajar lebih byk memilih jwpn ...lembu...Untuk makluman kami dinasihatkan berpandukan Kamus Dewan dan Buku Teks sahaja. | Peribahasa yang terakam dalam data DBP adalah seperti kerbau dicucuk hidung. | Lain-lain | 03.09.2015 |
Asalamualaikum tuan, saya mohon pencerahan terhadap penerangan pihak tuan tentang peribahasa bagai lembu/kerbau dicucuk hidung. Saya sertakan penerangan tersebut untuk rujukan pihak tuan. Terima kasih., | Untuk makluman tuan, setakat ini peribahasa yang terakam dalam data DBP adalah seperti kerbau dicucuk hidung yang membawa maksud orang bodoh yang selalu menurut kemahuan orang. | Lain-lain | 20.10.2019 |
Apakah maksud peribahasa "kerbau dicucuk hidung"? | Maksudny, orang bodoh yang menurut sahaja kemahuan orang lain. | Makna | 01.11.2009 |