31 | Better death than dishonour | Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah | Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga | We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land! | Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga . Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan! | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
30 | Better death than dishonour | Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah | Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah | We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land! | Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah . Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan! | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
29 | Better death than dishonour | Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah | Jika tiada tersapu arang di muka, baiklah mati daripada hidup | We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land! | Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Jika tiada tersapu arang di muka, baiklah mati daripada hidup . Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan! | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
156 | A good deed is never lost | Kebaikan atau jasa seseorang itu akan tetap dikenang meskipun selepas dia meninggal dunia. | Elok basa’kan kekal hidup, elok budi bekal mati. | Today we commemorate the fifth anniversary of the death of the people's princess. Her contribution and kindness will always dwell in our hearts. A good deed is never lost indeed. | Hari ini kami memperingati hari ulang tahun kelima permaisuri berjiwa rakyat. Sumbangan dan kebaikan baginda akan sentiasa tersemat di hati kami. Sesungguhnya, elok basa’kan kekal hidup, elok budi bekal mati. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
207 | The wheel of fortune is forever in motion | Nasib manusia tidak pernah tetap, yakni sentiasa berubah-ubah, ada kalanya baik dan ada kalanya buruk. | Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup | During her heyday on the silver screen, she was the nation's top actress, and she basked in luxury and fortune. Unfortunately, the wheel of fortune is forever in motion, and the disaster struck after her twentieth film. | Ketika zaman kegemilangannya dalam industri perfileman, dialah pelakon wanita nombor satu Negara, dan dia dilimpahi kemewahan dan kekayaan.Malangnya, hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup, dan bencana datang selepas filemnya yang ke dua puluh. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
322 | Into each life some rain must fall | Sudah menjadi lumrah kehidupan manusia, ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan untuk menenangkan hati orang yang ditimpa malang dan untuk mengingatkan bahawa nasib malang itu hanyalah sementara) | Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup. | Don't you feel sad, my dear. Everybody must have his or her misfortune. Remember, into each life some rain must fall. Who knows may be tomorrow luck will come and knock at your door. | Usah kamu bersedih, sayangku. Tiada insan yang tidak ditimpa malang. Ingat, hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup. Siapa tahu esok-esok nasib yang baik akan datang juga. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
323 | Into every life a little rain must fall | Sudah menjadi lumrah kehidupan manusia, ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan untuk menenangkan hati orang yang ditimpa malang dan untuk mengingatkan bahawa nasib malang itu hanyalah sementara) | Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup. | Don't you feel sad, my dear. Everybody must have his or her misfortune. Remember, into every life a little rain must fall. Who knows may be tomorrow luck will come and knock at your door. | Usah kamu bersedih, sayangku. Tiada insan yang tidak ditimpa malang. Ingat, hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup. Siapa tahu esok-esok nasib yang baik akan datang juga. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
357 | One man's meat is another man's poison | Sesuatu yang disukai oleh seseorang, tetapi dibenci pula oleh orang lain. | Pejatian awak, kepandaian orang. | Polygamy is sweet to some women, but one man's meat is another man's poison. I would rather remain unmarried than suffer in silence! | Hidup bermadu manis bagi sesetengah perempuan, tetapi pejatian awak, kepantangan orang. Saya lebih rela membujang daripada hidup memendam derita! | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
358 | One man's meat is another man's poison | Sesuatu yang disukai oleh seseorang, tetapi dibenci pula oleh orang lain. | Temu pada awak, peria pada teman. | Polygamy is sweet to some women, but one man's meat is another man's poison. I would rather remain unmarried than suffer in silence! | Hidup bermadu manis bagi sesetengah perempuan, tetapi tebu pada awak, peria pada teman. Saya lebih rela membujang daripada hidup memendam derita! | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
130 | Cut your coat according to your cloth | Berbelanjalah mengikut kemampuan | Sempit bertelempu, lega berlunjur | We are facing a difficult moment in our lives. So, we must be prudent and cut your coat according to your cloth. | Kita kini menghadapi saat-saat sukar dalam hidup kita. Jadi, berjimat cermatlah. Sempit bertelempu, lega berlunjur. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |