Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.dup] | هيدوڤ

Definisi : 1 bernyawa dan bernafas (bkn manusia, binatang dll); tumbuh dan berfungsi sebagaimana mestinya (bkn tumbuh-tumbuhan): Kedua-dua ibu bapanya masih ~. Pokok padinya ~ dgn subur. 2 tinggal di sesuatu tempat; berkediaman (di): ~ di kota besar tidak selamanya lebih mudah drpd hidup di kampung. 3 berada dlm keadaan tertentu: Orang yg tidak berilmu, ~nya seumpama berjalan pd malam yg gelap gelita. Mudah-mudahan kamu akan ~ bahagia. 4 (masih) bergerak atau berjalan (bkn enjin kereta, pertubuhan dll): Enjin keretanya masih ~. Syarikat kerjasama itu masih ~. Api itu masih ~. 5 mendapat rezeki dgn cara tertentu: Kebanyakan orang Melayu ~ dgn bersawah padi. hidup-hidup 1 benar-benar hi­dup: Kalau tidak pernah melihat penyu ~, barangkali kita pernah melihat gambarnya. 2 dlm keadaan masih hidup: Pengganas itu telah membakarnya ~. menghidupkan membuat supaya hidup (dlm berbagai-bagai erti spt memasang lampu, menyalakan api): Dia ~ enjin kereta­nya. Apabila dia berasa sejuk, dia pun ~ api utk memanaskan badannya. hidupan 1 segala benda (spt binatang, tumbuh-tumbuhan) yg hidup: Kuman ialah ~ yg sangat halus. 2 = binatang ~ binatang (spt kerbau, lembu) yg diternak; binatang yg dipelihara. ~ seni hidupan yg sangat kecil yg terbentuk drpd satu atau beberapa sel, yg dpt dilihat hanya melalui mikroskop, mis bakteria dan protozoa. kehidupan keadaan atau hal hidup: ~nya sangatlah susah kerana tidak cukup belanja hendak menanggung seorang isteri dan empat orang anak yg masih kecil. penghidupan cara atau hal menjaga hidup; pencarian: Wang itu cukup utk ~ sehari-hari. penghidup sesuatu alat atau bahagian drpd sesuatu spt enjin, yg menghidupkan: ~ bingkas ialah salah satu bahagian dlm enjin itu. sehidup hidup bersama. ~ semati bersetia antara satu dgn yg lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hidup
1. Bersinonim dengan bernyawa
( bernafas, tumbuh, membesar, bercambah, bertunas, berputik, berpucuk, membiak, menjalar, berbuah, )
(kata kerja:)
Berantonim dengan mati

2. Dalam konteks bunga
bersinonim dengan segar, betul,
(adjektif:)
Berantonim dengan palsu

3. Dalam konteks gunung berapi
bersinonim dengan cergas, giat, aktif,
(adjektif:)
Berantonim dengan mati

4. Bersinonim dengan tinggal
( diam, duduk, menetap, menginap, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : hidup-hidup, hidupan, menghidupkan, penghidupan,

Puisi
 

Orang buat tikar pandan berduri,
     Jangan buat pandan mengkuang;
Kita hidup sedarkan diri,
     Jangan hidup dibenci orang.


Lihat selanjutnya...(113)
Peribahasa

Seperti kambing dikuliti hidup-hidup.

Bermaksud :

Kesakitan yang amat sangat; dalam keadaan yang amat sukar.

 

Lihat selanjutnya...(107)

30

Better death than dishonour

Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah

Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah

We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land!

Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah . Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(37)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
31Better death than dishonourLebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalahDaripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bungaWe would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land!Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga . Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan!Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
30Better death than dishonourLebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalahDaripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanahWe would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land!Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah . Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan!Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
29Better death than dishonourLebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalahJika tiada tersapu arang di muka, baiklah mati daripada hidupWe would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land!Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Jika tiada tersapu arang di muka, baiklah mati daripada hidup . Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan!Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
156A good deed is never lostKebaikan atau jasa seseorang itu akan tetap dikenang meskipun selepas dia meninggal dunia.Elok basa’kan kekal hidup, elok budi bekal mati.Today we commemorate the fifth anniversary of the death of the people's princess. Her contribution and kindness will always dwell in our hearts. A good deed is never lost indeed.Hari ini kami memperingati hari ulang tahun kelima permaisuri berjiwa rakyat. Sumbangan dan kebaikan baginda akan sentiasa tersemat di hati kami. Sesungguhnya, elok basa’kan kekal hidup, elok budi bekal mati.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
207The wheel of fortune is forever in motionNasib manusia tidak pernah tetap, yakni sentiasa berubah-ubah, ada kalanya baik dan ada kalanya buruk.Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidupDuring her heyday on the silver screen, she was the nation's top actress, and she basked in luxury and fortune. Unfortunately, the wheel of fortune is forever in motion, and the disaster struck after her twentieth film.Ketika zaman kegemilangannya dalam industri perfileman, dialah pelakon wanita nombor satu Negara, dan dia dilimpahi kemewahan dan kekayaan.Malangnya, hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup, dan bencana datang selepas filemnya yang ke dua puluh.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
322Into each life some rain must fallSudah menjadi lumrah kehidupan manusia, ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan untuk menenangkan hati orang yang ditimpa malang dan untuk mengingatkan bahawa nasib malang itu hanyalah sementara)Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup.Don't you feel sad, my dear. Everybody must have his or her misfortune. Remember, into each life some rain must fall. Who knows may be tomorrow luck will come and knock at your door.Usah kamu bersedih, sayangku. Tiada insan yang tidak ditimpa malang. Ingat, hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup. Siapa tahu esok-esok nasib yang baik akan datang juga.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
323Into every life a little rain must fallSudah menjadi lumrah kehidupan manusia, ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan untuk menenangkan hati orang yang ditimpa malang dan untuk mengingatkan bahawa nasib malang itu hanyalah sementara)Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup.Don't you feel sad, my dear. Everybody must have his or her misfortune. Remember, into every life a little rain must fall. Who knows may be tomorrow luck will come and knock at your door.Usah kamu bersedih, sayangku. Tiada insan yang tidak ditimpa malang. Ingat, hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup. Siapa tahu esok-esok nasib yang baik akan datang juga.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
357One man's meat is another man's poisonSesuatu yang disukai oleh seseorang, tetapi dibenci pula oleh orang lain.Pejatian awak, kepandaian orang.Polygamy is sweet to some women, but one man's meat is another man's poison. I would rather remain unmarried than suffer in silence!Hidup bermadu manis bagi sesetengah perempuan, tetapi pejatian awak, kepantangan orang. Saya lebih rela membujang daripada hidup memendam derita!Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
358One man's meat is another man's poisonSesuatu yang disukai oleh seseorang, tetapi dibenci pula oleh orang lain.Temu pada awak, peria pada teman.Polygamy is sweet to some women, but one man's meat is another man's poison. I would rather remain unmarried than suffer in silence!Hidup bermadu manis bagi sesetengah perempuan, tetapi tebu pada awak, peria pada teman. Saya lebih rela membujang daripada hidup memendam derita!Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
130Cut your coat according to your clothBerbelanjalah mengikut kemampuanSempit bertelempu, lega berlunjurWe are facing a difficult moment in our lives. So, we must be prudent and cut your coat according to your cloth.Kita kini menghadapi saat-saat sukar dalam hidup kita. Jadi, berjimat cermatlah. Sempit bertelempu, lega berlunjur.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
1234

Kembali ke atas