emas hijau | aloi emas berwarna hijau yg dihasilkan drp gabungan emas tulen, zink, perak dan tembaga | Kamus Dewan Perdana |
euglena | alga hijau drp genus Euglena, yg mempunyai satu sel, dan biasanya terdapat di dlm air tawar yg tercemar | Kamus Dewan Perdana |
empenai | pokok rendah yg berduri, berbunga kecil berwarna putih, berbuah bulat kecil berwarna hijau kekuningan apb masak dan mengandungi minyak pati yg boleh dijadikan ubat utk melegakan penyakit reumatisme. Pokok ini biasanya terdapat di pantai yg berbatu dan juga berpasir | Kamus Dewan Perdana |
etimon | bentuk kata yg menjadi sumber terbitnya bentuk kata lain, mis kata Austronesia Purba * hijav menjadi sumber kpd kata hijau (Melayu), ijo (Jawa) dan hilau (Tagalog) | Kamus Dewan Perdana |
eukariot | organisma yg bahan genetiknya terkandung di dlm nukleus bermembran, dan meliputi semua organisma kecuali bakteria dan alga biru hijau | Kamus Dewan Perdana |
epigeal | (bkn percambahan biji benih) keluar kotiledonnya dr dlm tanah bersama-sama tunas disebabkan pemanjangan hipokotil, mis percambahan biji benih kacang hijau | Kamus Dewan Perdana |
ekor kuda | pokok sederhana tinggi yg hidup liar di hutan, daunnya berbentuk spt jarum atau duri, buahnya kecil, bulat, berwarna hijau dan menghasilkan kon | Kamus Dewan Perdana |
ekor tupai | tumbuhan berbatang lembut yg tingginya sehingga kira-kira 1.5 m, bunganya berjambak menegak spt ekor tupai yg kebanyakannya berwarna putih berurat hijau, ditanam sbg tanaman hiasan, dan banyak juga yg tumbuh liar | Kamus Dewan Perdana |