Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.jau] | هيجاو

Definisi : 1. warna spt warna daun atau rumput (banyak peringkatnya); ~ bemban (warna) hijau yg pekat atau yg gelap spt bemban; ~ daun a) (warna) hijau spt daun; b) sj pigmen yg terdapat pd daun-daun yg hijau; ~ kepala itik Kl (warna) hijau kebiru-biruan; ~ laut hijau spt air laut; ~ muda = ~ pucuk pisang (warna) hijau yg keputih-putihan; ~ serindit (warna) hijau yg lebih muda drpd (warna) hijau pucuk pisang; ~ tua (warna) hijau yg kehitam-hitam­an; 2. ki masih mentah (dlm berbagai-bagai erti), kurang pengalaman: anak-anak itu masih ~, masih belum mengerti erti hidup; naik kuda ~ ki mabuk; menghijau 1. menjadi hijau (warnanya): padi sedang ~; 2. nampak hijau (warnanya): di seberang jalan raya itu kelihatan padang bola Kolej Melayu ~ rata; menghijaukan menjadikan berwarna hijau, mewarnakan dgn warna hijau; kehijauan keadaan hijau: beberapa kawa­san yg dulunya megah dgn ~nya, kini telah berubah menjadi kawasan industri; kehijau-hijauan agak hijau warnanya: gas itu berwarna kuning ~ dan berbau sengit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.jau] | هيجاو

Definisi : warna spt warna daun. ~ laut warna hijau spt warna air laut. ~ muda warna hijau yg keputih-putihan. ~ pucuk pisang warna hijau spt warna pucuk pisang. ~ tua warna hijau yg agak gelap. menghijau 1 nampak berwarna hijau: Di seberang jalan raya itu kelihatan padang bola ~ rata. 2 menjadi berwarna hijau: Pokok padi ~ di sawah. menghijaukan menjadikan berwarna hijau; mewarnai lukisan dsb dgn warna hijau. kehijauan 1 = kehijau-hijauan seakan-akan warna hijau; agak hijau warnanya. 2 keadaan atau sifat hijau: ~ sawah padi menenangkan fikirannya. penghijauan perihal atau perbuatan menghijaukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hijau
Rujuk :mentah

Puisi
 

Hijau-hijau daun keladi,
     Mari makan di pagi hari;
Hendak dikesal tak guna lagi,
     Cari lain sebagai ganti.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Air laut hijau siapa celup?

Bermaksud :

Kemegahan dan kemewahan tidak payah diheboh-hebohkan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
amazoniteamazonitGeologiTiadaVarieti mikroklin yang berwarna hijau epal, hijau cerah, atau hijau biru dan kadang-kadang digunakan sebagai batu permata.
green flashkilat hijauMatematikTiadaTemberang kecil yang kelihatan, dan akan berubah warnanya daripada oren menjadi hijau, dan seterusnya memperlihatkan imbasan terakhir yang berupa kilat hijau atau hijau kebiru-biruan. Kesan daripada sebaran cahaya matahari oleh atmosfera semasa.
deutranomalydeutranomaliSains KesihatanTiadaRabun warna yang melibatkan kecacatan persepsi warna hijau dan merah. Warna hijau kelihatan kurang hijau.
emerald greenhijau zamrud;; zamrud hijau (sebatian)KesenianTiada1. Warna hijau kebiruan.
emerald greenhijau zamrud;; zamrud hijau (sebatian),KimiaTiada2. Bahan berwarna hijau-biru terdiri daripada kuprum arsenit dan kuprum asetat.
amazonstonebatu amazonGeologiTiadaNama yang lebih awal diberikan kepada varieti mikroklin yang berwarna hijau pucuk pisang, hijau cerah, atau hijau biru dan kadang-kadang digunakan sebagai batu permata, dan nama ini kemudiannya digantikan dengan amazonit.
aquamarineakuamarinKimiaTiadaVarieti atau jenis beril yang terdapat dalam warna biru, biru-hijau atau hijau.
praseprasGeologiTiada1. Varieti kalsedoni yang lutcahaya dan berwarna hijau malap atau hijau kuning. 2. Kuarza habluran yang mengandung sejumlah besar hablur aktinolit yang berwarna hijau dan berbentuk rambut.
emerald greenhijau zamrud;; zamrud hijau (sebatian)Komunikasi MassaTiadaTiada
emerald greenhijau zamrud;; zamrud hijau (sebatian)GeografiTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas