'hayati erti hijrah dengan penuh keimanan&ketaqwaan' atau 'hayati semangat hijrah dengan penuh keimanan& ketaqwaan' ayat manakah yang lebih gramatis? | Kedua-dua ayat tersebut membawa makna yang berbeza. Erti hijrah ingin mengungkap makna, maksud, takrif hijrah itu manakala semangat hijrah pula ialah kemahuan untuk melakukan sesuatu atau perasaan hati terhadap erti hijrah tersebut. Maka, untuk memilih ayat yang lebih gramatis tidak adil kerana kedua-duanya memberi makna yang berbeza. Sekian. | Lain-lain | 12.01.2007 |
1. Ingin mendapatkan kepastian mengenai ejaan perkataan `HIJRAH'. Mabi Muhammad berhijrah dari Mekah ke Madinah Apakah untuk sebutan tahun digunakan Hijrah atau `HIJRIAH' seperti tahun 1437 Hijrah atau 1437 Hijriah. 2. Ejaan `Mekah' atau `Makkah'. Ejaan mana yang sesuai untuk ditulis dalam buku sejarah agama Islam yang sedang saya sunting? | Selamat Tengah Hari 1. Ejaan yang betul Hijrah (Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, makna hijrah ialah perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah). 2. Menurut data kami, kedua-dua bentuk ejaan Mekah atau Makkah diterima dalam bahasa Melayu. Dalam buku pendidikan Islam DBP, ejaan Makkah digunakan. Sekian, terima kasih. | Istilah | 10.06.2016 |
Salam maal hijrah pihak KNDBP, saya ingin bertanya, muslim dieja dengan "Muslim" atau "muslim", m kecik @ besar, terima kasih | Menurut data kami, perkataan Muslim ditulis awalannya dengan huruf besar kerana Muslim ialah kata nama khas yang bermaksud orang lelaki yang beragama Islam. | Ejaan | 01.10.2016 |
Panduan ejaan berkaitan dengan awalan `Al’. Apakah panduan yang tepat untuk menulis kata penentul `Al’ bagi beberapa kategori perkataan seperti: Al-Maunah atau Al Maunah atau Almaunah, Al-Hijrah atau Al Hijrah atau Alhijrah dsbnya. | Perkataan Arab "al" diterima sebagai kata nama khas dieja dengan tanda sempang dan diikuti dengan huruf besar selepasnya, seperti al-Quran, al-Attas, al-Kitab dan al-Wali dan sebagainya. | Lain-lain | 18.12.2017 |
1.Makna Hijrah. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, makna hijrah ialah perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah. | Makna | 29.10.2009 |
Mohon Semakan tatabahasa mengenai maklumat korporat Surau Al-Hijrah di lampiran fail. Setiausaha Jawatankuasa Surau Al-Hijrah | Lihat Lampiran. | Tatabahasa | 24.11.2015 |
saya ingin membuat iklan al hijrah cafe | Untuk pengesahan iklan sila hantar permohonan melalui www.prpm.dbp.gov.my . Klik e-Perkhidmatan, kemudian klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Sila isi borang pendaftaran dan tunggu kata laluan yang akan dihantar melalui e-mel. Setelah pendaftaran disahkan, isi borang permohonan dan lampirkan visual iklan dalam bentuk jpeg tau gif. | Tatabahasa | 26.11.2014 |
selepas menyaksikan persembahan sambutan Maal Hijrah orang ramai ____ keluar dari Stadium Bukit Jalil. soalan saya ialah jika pilihan jawapan ada berbondong-bondong dan berpusu-pusu, yang manakah harus dipilih sedangkan kedua-dua jawapan mempunyai maksud yang sama iaitu berduyun-duyun? yang manakah lebih tepat dan mengapa??? | Secara umumnya kedua-duanya boleh digunakan disebabkan mempunyai makna yang sama, ataupun disebut sebagai sinonim. Kedua-duanya mempunyai konotasi yg sama. Sebagai contoh lain: Kelihatan kereta di atas jalan raya itu bertali arus sejak petang tadi. Frasa bertali arus digunakan bagi menggambarkan keadaan kenderaan yang banyak dalam keadaan bergerak.Kalau kita bandingkan antara frasa berbondong-bondong, berpusu-pusu dan bertali arus, semuanya menggambarkan keadaan yang sama, iaitu tentang keadaan orang yang terlalu ramai dan bilangan kenderaan yg banyak. Tidak salah menggunakan frasa berbondong-bondong dan berpusu-pusu tersebut. T.kasih. | Makna | 06.08.2008 |
Apakah maksud hybrid dalam istilah puisi? | Salam Maal Hijrah 1432, Perkataan hibrid secara harfiah bermakna kacukan, bauran atau cantuman dua/atau lebih entiti yang berlainan identiti dan budaya sehingga membentuk entiti baru. Dalam karya sastera, termasuklah genre puisi, perkataan hibriditi menjadi salah satu unsur penting dalam teori pascakolonial untuk memperlihatkan permasalahan dan kesan representasi kolonial dan kolonialisasi sehingga membentuk identiti budaya baru dan unik kepada kalangan yang terjajah. Dalam perkembangan kesusasteraan Melayu, novel "Mencari Isteri" karya Mohamad Yusof Ahmad, memperlihatkan ciri-ciri hibriditi identiti dan budaya kalangan pegawai Melayu dalam "Malay Civil Service" walaupun berjiwa Melayu yang menyerap masuk nilai-nilai Barat sebagai nilai baru, antaranya melalui cara penampilan, cara pergaulan, jenis perabot dan susun atau hiasan dalamannya, lanskap dan pemikiran yang sendeng Barat. Dari segi pemikiran, unsur-unsur pemodenan ke atas bangsa Melayu menggunakan kayu ukur pemodenan kaedah Barat. Dalam karya puisi subjek yang sama mungkin juga dapat diteliti. Penggunaan mitonimi sebagai bahasa kiasan untuk menjustifikasikan kesan bauran dan cantuman identiti dan budaya dalam puisi itu juga dapat diteliti. Mutakhir ini terdapat pandangan yang lebih terbuka dan radikal terhadap penggunaan istilah hibriditi, apabila bauran atau cantuman budaya itu tidak lagi dilihat sebagai kesan dan akibat penjajahan semata-mata tetapi kesan daripada modernisasi, urbanisasi, sentralisasi dan globalisasi yang memungkinkan transmigrasi, percampuran dan bancuhan sesebuah budaya dan identiti itu menjadi dinamik sehingga membentuk identiti dan budaya baru yang unik. Banyak bahan rujukan yang saudara boleh teliti untuk menambah pengetahuan dalam bidang ini, misalnya karya Homi Bhabha The Location of Culture ((1994)atau tulisan G.Yao Taxonomizing hybridity (2003). Penjelasan lanjut juga boleh juga ssaudara peroleh dengan menghubungi tenaga pakar teori dan kritikan DBP iaitu sdr. Mohamad Daud Mohamad di talian 03-21482536 atau 0133236724. Salam takzim. | Lain-lain | 04.12.2010 |
saya ingin membuat iklan kedai makan.contoh ayat saya ialah "AL HIJRAH CAFE"bolehkah ayat ini digunapakai. sekian terima kasih | Sila tambah perkataan "KAFE" di bahagian atas papan tanda dan hantar semula melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP (bukan Khidmat Nasihat Bahasa) untuk mendapat sijil pengesahan. Sila daftar dahulu untuk mendapat kata laluan dan hantar visual melalui borang permohonan. | Lain-lain | 30.11.2014 |