Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hik.mah] | حکمه

Definisi : 1. kebijaksanaan drpd Allah, kecer­dikan: dakwah Islam yg dijalankan mestilah dgn penuh ~ serta bertepatan dgn budaya dan iklim kemalaysiaan; Allah melakukan apa sahaja menurut kehendak-Nya dan sesuai dgn ~ yg telah ditetapkan oleh-Nya; 2. rahsia, kelebihan atau tujuan sebenar di se­balik sesuatu perkara (kejadian, hal dsb): rupa-rupanya kemalangan itu ada ~ di sebaliknya; poligami harus dilihat sbg syariat Allah yg pasti ada ~ dan perlu ditegakkan sekiranya mampu; berhikmah mempunyai hikmah (kebijak­sanaan dsb): pendekatan yg ~ dan berhati-hati perlu diambil dlm usaha menyeragam­kan undang-undang syariah itu; generasi muda yg sering diperkatakan sbg golongan yg bermasalah harus ditangani dgn cara yg ~ dan penuh rahmat serta kasih sayang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hik.mah] | حکمه

Definisi : 1 kebijaksanaan drpd Allah; kecerdikan: Kegiatan dakwah Islam hendaklah dijalankan dgn penuh ~.2 kelebihan atau tujuan sebenar di balik sesuatu perkara, kejadian dsb; hikmat: Rupa-rupanya ada ~ di balik kemalangan yg berlaku itu. berhikmah mempunyai hikmah; bijaksana: Cara yg ~ dilaksanakan dlm menangani masalah remaja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hikmah (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
1. Bersinonim dengan kebijaksanaan: kebijakan, kebestarian, kecerdikan, kepandaian,

2. Bersinonim dengan rahmat: faedah, kebaikan, manfaat, fadilat, keuntungan.,



Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Hikmah Di Sebalik KesabaranRokiah Haji Abd. LatifHarian Ekspress16.06.2008
Hikmah hina, fitnah, tohmahSudirman UsmanNew Sabah Times13.01.2008
Hikmah Hina, Fitnah TohmahSudirman UsmanNew Sabah Times13.01.2008
Hikmah kontroversi AmaniManan SamadHarian Metro24.08.2006
Hikmah di sebalik 'kematian'-Utusan Malaysia29.04.2006
Hikmah BencanaShukri AbdullahMingguan Malaysia23.04.2006
Hikmah bahasa jiwa bangsaYeop Johari YaakobUtusan Malaysia05.07.1994
Hikmah: evolusi dan cabaranIja NamiriUtusan Borneo27.09.1995
Hikmah seni untuk berbaktiZainal ABerita Harian05.12.1995
Hikmah 'peletakan jawatan'Johan JaaffarMingguan Malaysia22.06.1997
123456

Kembali ke atas