Seni khat ialah seni tulisan huruf Jawi yang
mengandungi nilai keindahan dan gaya estetik.
Seni khat dibentuk menjadi memanjang,
memendek, membulat, membujur, merentang,
menegak, bersegi, condong dan sebagainya. Ayat-
ayat al-Qur’an, hadith-hadith nabi dan kata-kata
hikmat sering kali dipetik dan dijadikan penulisan
khat. Keindahan seni khat bukan sahaja
dirakamkan atas kertas seperti tulisan al-Qur’an,
kitab dan surat tetapi juga atas kain, kulit, logam,
tembikar, kaca, batu nisan, kayu, mimbar,
mahkota dan plastik. Seni khat ini boleh
dirakamkan dalam bentuk sulaman, anyaman,
tekatan, lukisan, dan sebagainya. Penemuan
terawal seni khat di Malaysia ialah yang terdapat
pada batu bersurat Terengganu pada tahun 1303.