390 | Misfortunes never come singly | Malang sering kali datang bertimpa-timpa | Antan patah lesung hilang. | It is said that misfortune never come singly. Less than two days after the country was shattered by the explosion of its nuclear plant, one of its active volcanoes finally erupted and killed 20,000 people. | Kata orang, antan patah lesung hilang. Tidak sampai dua hari selepas negara itu diranapkan oleh letupan loji nuklearnya, salah sebuah gunung berapinya yang aktif meletus dan meragut 20,000 nyawa. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
417 | A good name is sooner lost than won | Nama yang baik memerlukan masa dan usaha untuk dibina tetapi seseorang itu boleh kehilangannya dengan sekelip mata akibat satu kesalahan yang dilakukan meskipun kecil. | Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari. (Nota : Padanan seperti kurang tepat, PM –ve to +ve) | You are a man of honour and have done a lot of good things for his association. But don't get involved in those dubious activities because one minor slip could crumble your good reputation. Remember, a good name is sooner lost than won. | Kamu orang yang terhormat dan telah banyak berjasa kepada persatuan ini. Tetapi janganlah membabitkan diri dalam kegiatan yang mencurigakan kerana satu kesilapan kecil boleh menghancurkan reputasi baik kamu. Ingat, hilang kemarau setahun oleh hujan sehari | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
149 | You'll be damned if you do and damned if you don't | Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah. | Akan mengaji, surat ‘lah hilang; akan bertanya, guru ‘lah mati | The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried | Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran. Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana seperti akan mengaji, surat ‘lah hilang; akan bertanya, guru ‘lah mati . | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |