Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.tam] | هيتم

Definisi : 1. warna spt warna arang, lwn putih; 2. ki dianggap tidak selamat kpd negara dsb: be­berapa kawasan di Pahang masih di­anggap sbg daerah ~; ~ berkilat warna hitam yg berkilat (agak ber­minyak); ~ birat orang yg kulitnya hitam lagi hodoh; ~ kerak dodol Kl hitam yg digemari orang, hitam manis; ~ kumbang = ~ jengat = ~ legam = ~ lengit = ~ lotong = ~ pe­kat sangat hitam, hitam benar; ~ (tampuk) ma­nggis hitam spt kulit buah manggis; ~ manis warna hitam kemerah-merahan (yg di­sukai orang); ~ mata bahagian mata yg hitam; ~ putih a) pernyataan bertulis sbg bukti: kami ada bukti ~ putih yg mem­bolehkan kami merobohkan rumah ini; sebarang perjanjian tidak akan sah kalau tidak ada ~ putih; b) berwarna hitam, putih dan kelabu sahaja (bkn gambar, televisyen dsb): gambar ~ putih itu menimbulkan kenangan yg beraneka; bagi mereka, pd waktu itu, jika memiliki televisyen ~ putih pun, sudah berasa spt orang kaya; c) ki nasib buruk atau baik yg dialami seseorang: ~ putih kehidupannya terletak pd dirinya sen­diri; ~ usam hitam yg tidak berseri (kotor); dlm ~ putih = ~ di atas putih (perjanjian dll) dibuat bertulis; ~ bagai pantat belanga prb perihal kebu­ruk­an tabiat seseorang; ~ dikatakan putih, putih dikatakan ~ prb tidak mengatakan yg se­benarnya (berdusta, berbohong); ~ gagak tiada siapa yg mencelupnya prb orang yg berlaku jahat dgn kemahuannya sendiri; ~-~ bendi, putih-putih sadah prb yg buruk lebih berharga drpd yg cantik; ~-~ gajah, putih-putih udang kepai prb meskipun cantik rupanya yg hina tetap hina dan yg mulia tetap mulia meskipun buruk rupanya; ~-~ gula Jawa prb sungguhpun hitam tetapi manis dipandang; ~-~ kereta api, putih-putih kapur sirih prb jangan disangka sesuatu yg buruk itu selamanya kurang harganya (malahan yg cantik itu ada kalanya kurang berharga); ~ mata itu takkan boleh bercerai dgn putihnya prb orang dlm percintaan tidak mudah di­pisah­kan; ~ tahan timpa, putih tahan sesah prb tetap tidak berubah, boleh dikaji keasli­annya; ~-~ tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang prb barang yg buruk tetapi berguna disimpan tetapi barang yg cantik tidak berguna dibuang; rambut sama ~ hati masing-masing = rambut sama ~ hati lain-lain prb tiap-tiap orang itu berlainan pendapatnya; menghitam 1. menjadi hitam: Leman masih me­mandang ketul keledek yg telah ~ kulitnya; 2. kelihatan hitam (kerana banyak orang berkumpul), menyemut: semut keli­hatan ~ menghurung nasi itu; menghitamkan 1. menyebabkan jadi hitam: ia ~ lukisannya dgn dakwat Cina; asap pelita minyak tanah itu sering kali ~ lubang hi­dung­nya; 2. memburuk-burukkan (pangkat, nama, dll), mencemar: perkara itu boleh ~ nama baik guru-guru agama; 3. Mn me­ninggalkan (negeri dll) dan tidak kembali lagi: dilulurnya air matanya, biarlah negeri Padang dihitamkan buat selama-lamanya; kehitaman hitam sekali; kehitam-hitaman agak hitam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.tam] | هيتم

Definisi : warna spt warna arang: Dia memakai baju berwarna ~. ~ berkilat warna hitam yg berkilat. ~ legam (pekat) warna yg sangat hitam. ~ manis warna kulit yg hitam kemerah-merahan. ~ putih pernyataan (perjanjian dll) yg dibuat dgn bertulis dan bertandatangan. ~ tampuk manggis hitam spt kulit buah manggis. menghitam menjadi hitam: Awan ~ di angkasa. menghitamkan menjadikan berwarna hitam; mengecat atau mewarnai dgn warna hitam: Ia ~ lukisannya dgn dakwat cina. kehitaman keadaan hitam. kehitam-hitaman seakan-akan hitam; agak hitam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hitam
1. Dalam konteks warna
bersinonim dengan aswad, lotong, legam, legap, gelap,
(kata nama:)
Berantonim dengan putih

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan berbahaya
(kata kerja:)

Kata Terbitan : menghitamkan,

Puisi
 

Hitam-hitam si tampuk manggis,
     Bunga kemuning luruh di hulu;
Hitam-hitam kupandang manis,
     Putih kuning tinggal dahulu.


Lihat selanjutnya...(88)
Peribahasa

Hitam-hitam tahi minyak dimakan juga,
     putih-putih hampas kelapa dibuang.

Bermaksud :

Barang yang buruk tetapi berguna, disimpan; barang yang cantik tetapi tidak berguna, dibuang.

 

Lihat selanjutnya...(48)

380

So many men, so many opinions.

Setiap orang berbeza pandangan atau kemahuan.

Kepala sama berbulu (hitam), pendapat (hati) berlain-lain

A motely crowd turned up for yesterday's general meeting. Each had different views to offer. So many men, so many opinions, so I doubt that agreement would ever be reached.

Bermacam-macam orang hadir dalam mesyuarat agong semalam. Setiap orang memberikan pandangan yang berlainan. Memandangkan kepala sama berbulu (hitam), pendapat (hati) berlain-lain , saya tidak yakin bahawa persetujuan boleh dicapai.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Di dalam ayat dialog yang berikut "kulitnya hitam-hitam ah"; adakah perkataan "hitam-hitam" ini diterima sebagai kata ganda? Sekian, terima kasih!

Untuk makluman, dialog merupakan bahasa percakapan dan bahasa percakapan tidak ada kawalan kerana manusia berkecenderungan bercakap apa-apa sahaja yang diinginkan. Walau bagaimanapun, kata ganda hitam-hitam boleh diterima sebagai kata ganda. Contoh dalam ayat, Hitam-hitam si tampuk manggis, putih-putih melati, merah-merah delima.

Tatabahasa06.07.2020
Mohon betulkan ayat di bawah. 1. Membuat garisan trek padang. 2. Minyak hitam terpakai atau minyak hitam kitar semula1. Membuat garisan trek padang. 2. Minyak hitam terpakai atau minyak hitam kitar semula
Jawapan:
1. Membuat garisan trek di padang.
2. Minyak hitam kitar semula.
Tatabahasa04.09.2014
Soalan : A. Memadamakan papan hitam B. Memadam papan hitam Yang manakah betul dari segi bahasa? sebab saya pernah lihat pada buku rujukan banyak menggunakan 'memadam papan hitam ' Terima Kasih.Ayat yang gramatis ialah "memadankan tulisan pada papan hitam" kerana yang dipadamkan ialah tulisan bukan papan hitam.Tatabahasa27.12.2012
Soalan : A. Memadamakan papan hitam B. Memadam papan hitam Yang manakah betul dari segi bahasa? sebab saya pernah lihat pada buku rujukan banyak menggunakan 'memadam papan hitam 'Ayat yang gramatis ialah memadamkan tulisan pada papan hitam sama seperti memadamkan api atau memadamkan kebakaran.Tatabahasa09.01.2013
Assalamualaikum... Saya ingin bertanya tentang penjodoh bilangan untuk lada hitam. Jika keadaan lada hitam itu terpisah tidak sejambak atau satu sahaja lada hitam, apakah penjodoh bilangan yang sesuai sebutir atau sebiji? Terima kasihWaalaikumussalam,

Penjodoh bilangan bagi lada hitam ialah sebutir kerana ia merujuk biji yang kecil-kecil seperti  padi.

Tatabahasa25.06.2015
Adakah perlu sempang dalam perkataan berikut: hitam keperangan atau hitam-keperanganUntuk makluman, frasa yang gramatis ialah "hitam keperang-perangan".Tatabahasa05.10.2015
1. Apakah maksud " berwas-was " ? 2. Ali "memadam" papan hitam atau " memadamkan " papan hitam ? Manakah satu jawapan betul ? Terima kasih..

1. Waswas ialah ejaan yang betul dan maksudnya ialah perasaan sangsi atau curiga terhadap sesuatu.

2. Frasa yang betul ialah Ali memadam papan hitam.

Makna08.04.2010
Sanusi Rifaie Feb 25th, 3:01pm Kenapa 'kambing hitam' ie 'black sheep' di maksudkan sebagai 'orang yg di persalahkan'? Itu 'scapegoat ' atau 'sacrificial lamb' dalam bahasa Inggeris. Black sheep atau kambing hitam adalah orang yang di pinggirkan atau discriminated .Pada pandangan kami, kambing hitam bagi scapegoat telah ada dalam BM dan meluas penggunaannya. Walau bagaimanapun, bagi pengguna yang tahu simpulan bahasa blacksheep dalam BI tidak menggunakan kambing hitam untuk scapegoat (contoh: Kamus Oxford Fajar, KIMD, Istilah). Berdasarkan korpus dan kamus-kamus ekabahasa, kambing hitam (scapegoat) lebih banyak digunakan. Bentuk terbitan mengambinghitamkan juga sudah digunakan dengan meluas berbanding dgn kambing hitam (blacksheep). Istilah lempar salah yang dicadangkan bagi scapegoat hanya digunakan 7 kali daripada dua sumber sahaja dalam korpus DBP. Berdasarkan rujukan di atas, kambing hitam ada dua makna, iaitu makna scapegoat dan kata terbitan mengambinghitamkan, dan kedua makna untuk blacksheep.Penyemakan dan penterjemahan25.02.2015
Etimologi istilah joyinah sebagai padanan swan.Padanan untuk angsa hitam ialah joyinah hitam (Cygnus atratus).Istilah16.02.2018
Sanusi Rifaie Feb 25th, 3:01pm Kenapa 'kambing hitam' ie 'black sheep' di maksudkan sebagai 'orang yg di persalahkan'? Itu 'scapegoat ' atau 'sacrificial lamb' dalam bahasa Inggeris. Black sheep atau kambing hitam adalah orang yang di pinggirkan atau discriminated . Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Feb 27th, 1:08pm Pada pandangan kami, kambing hitam bagi scapegoat telah ada dalam BM dan meluas penggunaannya. Walau bagaimanapun, bagi pengguna yang tahu simpulan bahasa blacksheep dalam BI tidak menggunakan kambing hitam untuk scapegoat (contoh: Kamus Oxford Fajar, KIMD, Istilah). Berdasarkan korpus dan kamus-kamus ekabahasa, kambing hitam (scapegoat) lebih banyak digunakan. Bentuk terbitan mengambinghitamkan juga sudah digunakan dengan meluas berbanding dgn kambing hitam (blacksheep). Istilah lembar salah yang dicadangkan bagi scapegoat hanya digunakan 7 kali daripada dua sumber sahaja dalam korpus DBP. Berdasarkan rujukan di atas, kambing hitam ada dua makna, iaitu makna scapegoat dan kata terbitan mengambinghitamkan, dan kedua makna untuk blacksheep. Terima kasih Sanusi Rifaie Mar 1st, 3:23am 'Kambing korban' lebeh tepat dan universal.Tidak ada maksud lain yang dikiaskan kepada kambing korban, kecuali ibadah pada hari raya korban.Istilah01.03.2015
12345678910...

Kembali ke atas