Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ho.tél] | هوتيل

Definisi : (hotél) bangunan tempat penginapan yg menyediakan makanan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain utk orang luar yg datang mengunjungi sesuatu tempat; perhotelan urusan bkn hotel. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ho.tél] | هوتيل

Definisi : /hotél/ bangunan yg disediakan dgn bilik dan makanan utk orang yg dlm perjalanan; rumah penginapan: Mereka bermalam di sebuah ~ yg besar di bandar itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hotel


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
condominium hotelhotel kondominiumPelanconganTiadaHotel yang berkonsepkan kondominium dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan mewah. Hotel kondominium dikenali juga sebagai kondotel.
city hotelhotel bandarPelanconganTiadaHotel yang biasanya menyediakan perkhidmatan dan kemudahan kepada ahli perniagaan.
commercial hotelhotel komersialPentadbiran PerniagaanTiadaHotel yang terletak di pusat perniagaan dan bandar.
airport hotelhotel lapangan terbangPelanconganTiadaHotel yang beroperasi di dalam kawasan lapangan terbang.
downtown hotelhotel pusat bandarPelanconganTiadaHotel yang terletak di kawasan pusat bandar.
affiliated hotelhotel bergabungPelanconganTiadaSekumpulan hotel yang bekerjasama untuk mencapai tujuan tertentu, seperti mempromosikan produk dan meningkatkan daya saing.
budget hotelhotel kelas ekonomiPentadbiran PerniagaanTiadaHotel yang menyediakan perkhidmatan penginapan yang terhad seperti menyediakan bilik tidur sahaja.
all suite hotelhotel suite semuaPelanconganTiadaHotel yang mempunyai bilik mewah sahaja.
beach resort hotelhotel peranginan pantaiPelanconganTiadaHotel yang terletak di tepi pantai yang menawarkan pelbagai kemudahan untuk beristirahat dan melakukan aktiviti rekreasi.
floating hotelhotel terapungPelanconganTiadaBangunan yang dibina di atas permukaan air atau kapal yang diubah suai menjadi hotel.
12345678910...

Kembali ke atas