Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ho.tél] | هوتيل

Definisi : (hotél) bangunan tempat penginapan yg menyediakan makanan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain utk orang luar yg datang mengunjungi sesuatu tempat; perhotelan urusan bkn hotel. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ho.tél] | هوتيل

Definisi : /hotél/ bangunan yg disediakan dgn bilik dan makanan utk orang yg dlm perjalanan; rumah penginapan: Mereka bermalam di sebuah ~ yg besar di bandar itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hotel


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HOTEL UMUM 
KETIADAAN TEMPAT BERTEDUH

Ketiadaan tempat berteduh ialah satu

keadaan bagi seseorang yang tidak mempunyai

alamat yang tetap. Mereka yang tiada tempat

berteduh ini biasanya tinggal di bangunan-bangunan

yang terbiar, di bawah jambatan, stesen

bas, hotel-hotel murah, tempat persinggahan

kecemasan dan jalanan.

UMUM 
S.E.A. WRITE AWARD

S.E.A. WRITE AWARD, anugerah yang diberikan kepada penulis di negara-negara Asia Tenggara sebagai menghargai dan mengiktiraf sumbangan mereka dalam bidang sastera S.E.A. Write Award (Southeast Asia Write Award) atau Anugerah Penulisan Asia Tenggara dimulakan pada tahun 1979.  Anugerah ini dianjurkan oleh The Oriental Hotel, sebuah hotel di Bangkok bersama-sama dengan Syarikat Penerbangan Antarabangsa Thai, Kumpulan Ital Thai, Bangkok Bank Ltd. Dan Riche Monde (Thailand) Ltd.

SASTERAAnugerah/Hadiah
AGENSI PELANCONGAN

Agensi pelancongan ialah perniagaan yang

membantu mengatur perjalanan dan percutian

orang ramai dengan menguruskan hal-hal yang

berkaitan dengan pemergian mereka. Agensi

pelancongan membuat tempahan bilik hotel dan

pengangkutan serta mengatur perjalanan untuk

melihat tempat-tempat yang menarik. Agensi ini

juga menawarkan panduan bagi pelanggannya

untuk memperoleh pasport dan visa yang

diperlukan untuk melancong ke luar negara.

Agensi pelancongan juga memberikan maklumat

tentang undang-undang dan peraturan sesebuah

negara kepada pelanggannya. Agensi ini

mengatur pelancongan untuk orang

perseorangan atau secara berkumpulan.

UMUM 
PERJANJIAN GLENEAGLES

Perjanjian Gleneagles ialah ikrar yang dibuat

oleh pemimpin Negara Komanwel pada tahun 1977

untuk tidak menggalakkan hubungan sukan

dengan Afrika Selatan. Perjanjian itu telah dibuat

ketika satu mesyuarat di Hotel Gleneagles, di

Kawasan Tayside , Scotland . Para pemimpin

menandatangani satu perjanjian bahawa mereka

perlu menasihati ahli sukan lelaki dan wanita

supaya tidak melawat Afrika Selatan. Tujuan

perjanjian itu adalah untuk mengenakan tekanan ke

atas kerajaan Afrika Selatan supaya menghapuskan

dasar aparteid. Lihat Aparteid.

UMUM 
NICE

Nice (pend. 345 674; pend. kaw. met. 475 507) ialah

bandar peranginan di French Riviera dan pelabuhan

Mediterranean . Bandar ini terletak di kaki

Pergunungan Alps berhampiran Itali (lihat Perancis

[peta politik]). Bandar ini mempunyai jalan yang besar,

hotel mewah, dan vila yang dikelilingi oleh taman.

Sungai Paillon membahagikan bandar ini kepada dua

bahagian, Pekan Lama di bahagian timur dan pekan

moden di bahagian barat. Pergunungan Alps

melindungi Nice daripada angin utara yang sejuk dan

menyebabkan bandar ini mengalami musim sejuk

yang sederhana. Kebanyakan penduduk bergantung

kepada perdagangan pelancongan. Kebanyakan

pelancong datang pada musim cuti musim sejuk

antara bulan Januari hingga bulan April, atau dari

bulan Julai hingga bulan September. Mardi Gras, yang

menandakan kemuncak Pesta Riviera, adalah satu

daripada beberapa pesta musim sejuk bandar ini (lihat

Mardi Gras ).

UMUM 
OCHO RIOS

Ocho Rios ialah tempat peranginan di Jamaica

yang mempunyai keindahan alam semula jadi. Ia

terletak kira-kira 100 kilometer ke timur Teluk

Montego. Ia merupakan teluk yang terlindung

yang dikelilingi oleh dusun kelapa dan tebu serta

kebun buah-buahan. Ocho Rios merupakan tarikan

pelancong dengan pantai, pasar, kedai, restoran,

hotel, dan kemudahan rekreasi lain yang

dimilikinya yang dapat dibanggakan. Kawasan

yang menarik yang terletak berdekatan dengannya

termasuk Galur Fern, iaitu kawasan tumbuh-

tumbuhan tropika yang tidak tercemar; Air Terjun

Sungai Roaring, yang sebahagiannya digunakan

bagi tenaga hidroelektrik; dan Air Terjun Sungai

Dunn.

UMUM 
NOVA SCOTIA

Nova Scotia (pend. 899 942) merupakan salah satu

daripada empat buah Provinsi Atlantik Kanada. Ia

termasuk semenanjung tanah besar Kanada dan

juga Pulau Cape Breton.

Industri perkhidmatan merupakan aktiviti

ekonomi yang utama di Nova Scotia. Industri

perkhidmatan ini termasuk pendidikan, kerajaan,

dan hotel serta restoran. Pemprosesan makanan juga

penting kepada ekonomi provinsi ini. Halifax ialah ibu

negeri Nova Scotia. Lihat Kanada.

UMUM 
SAUNA

Sauna ialah sejenis permandian khas untuk

membersihkan badan dan bersantai. Ia

mengeluarkan peluh melalui kaedah wap.

Perkataan sauna juga merujuk kepada bilik atau

bilik mandi tempat orang mandi wap. Sauna

menjadi tradisi di Finland selama lebih 1000 tahun.

Di tempat-tempat lain pula, ia menjadi ciri di

kebanyakan kelab kesihatan, hotel, dan tempat

peranginan.

UMUM 
SANTO DOMINGO

Santo Domingo (pend. 1 313 172) ialah ibu

negara dan bandar terbesar di Republik Dominica.

Ia terletak di muara Sungai Ozama di selatan

pinggir laut. Untuk lokasi, lihat Republik Dominica

(peta). Bandar ini merupakan pelabuhan laut dan

lapangan terbang yang penting. Kilang-kilangnya

menghasilkan keluaran gula, tekstil dan minuman

beralkohol. Hotel tempat peranginan dan pantainya

menjadikan Santo Domingo popular kepada

pelancong.

UMUM 
12

Kembali ke atas