Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.dén.ti.ti] | ايدينتيتي

Definisi : (idéntiti) sifat-sifat (ciri-ciri dsb) yg terdapat pd seseorang atau sesuatu yg sbg suatu keseluruhan memperkenalkannya atau mengasingkannya drpd yg lain: kalau asimilasi menekankan peresapan kaum-kaum pendatang serta kehilangan ~ mereka, maka akomodasi membenarkan penerusan dan pengekalan warisan kebudayaan dan ~ masing-masing; ideologi demikian memperlihatkan satu imej dan ~ negara yg baru; beridentiti mempunyai identiti, ada identitinya; beridentitikan mempunyai sesuatu sbg identiti: suatu ideologi yg ~ diri kita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.dén.ti.ti] | ايدينتيتي

Definisi : /idéntiti/ 1 aspek-aspek tertentu (tingkah laku, cara berpakaian dsb) yg dpt menunjukkan sifat diri seseorang; keperibadian: Penyanyi biasanya mempunyai ~ yg tersendiri. 2 adat resam, kesenian dsb yg dpt melambangkan sekumpulan masyarakat (negara dll): Sikap yg lemah lembut dan peramah telah menjadi ~ masyarakat Malaysia. beridentiti mempunyai identiti; ada identitinya: Usaha ke arah satu masyarakat yg ~ Malaysia. beridentitikan mempunyai sesuatu sbg identiti: Satu ideologi yg ~ diri kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
identiti (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan jati diri, keperibadian, sahsiah, keindividuan, keunikan.,