Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.kan] | ايکن

Definisi : sj binatang berdarah sejuk yg hidup di dlm air serta bernafas melalui insang dan mempunyai sirip utk berenang. ~ air tawar (darat) ikan yg hidup dlm air tawar (spt di sungai, di paya). ~ asin (masin, kering) ikan yg dibubuhi garam dan dikeringkan. ~ basah ikan yg tidak mengalami sebarang proses (spt tidak dikeringkan, tidak dijeruk); ikan yg baru ditangkap. ~ laut ikan yg hidup di laut. ~ pelaga ikan kecil utk diperlagakan. ~ salai ikan yg dikeringkan di atas api. perikanan urusan mengenai ikan: Jabatan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ikan (kata nama)

Puisi
 

Banyak ikan perkara ikan,
     Ikan bilis sedap sekali;
Banyak hitam perkara hitam,
     Hitam manis pemurah hati.


Lihat selanjutnya...(210)
Peribahasa

Sebab nila setitik,
     rosak susu (= santan) sebelanga.

Bermaksud :

Kerana kejahatan yang sedikit, semua kebaikan menjadi rosak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan seekor rosakkan ikan setajau, b. Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor).

 

Lihat selanjutnya...(91)

107

Don't count your chickens before they are hatches

Jangan bertindak atau bersikap seolah-olah ada sesuatu yang dikehendaki itu sudah dimiliki walhal ia belum lagi menjadi kenyataan.

Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan

Just because the big company has promises you the job, it does not mean that you can resign now and start spending money to celebrate the good news. Don't count your chickens before they are hatches. Wait until they give you an appointment letter.

Hanya kerana syarikat besar itu telah menjanjikan awak pekerjaan, tidak bermakna awak boleh berhenti kerja sekarang, dan berbelanja besar untuk meraikan berita baik itu! Usahlah ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan. Tunggu sehingga mereka memberi awak surat pelantikan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
gonjo[gn.dZo]kata kerjahenjut (tentang tali).Dah toraso makan dek ikan, gonjo sikit juan tu, dapeklah ikan.[dAh t.ÄA.s mA.kAn dE/ i.kAn gn.dZ si.ket dZu.wAn tu dA.pE/.lA i.kAn]Dah terasa dimakan oleh ikan, henjut sikit joran itu, dapatlah ikan.
bojolean[b.dZo.le.jAn]kata adjektifberkenaan ikan sembilang, keli dan belut yang banyak dan licin.Bojolean ikan somilang dalam lubuk tu.[b.dZo.le.jAn i.kAn s.mi.lAN dA.lAm lu.b/ tu]Banyak ikan dalam lubuk itu.
mongoca[m.N.tSA]kata kerjamenggagau (ikan dalam sungai atau parit) yang cetek.Abah mongoca ikan kek sungai dongan jeramak.[A.bAh m.n.tSA i.kAn kE/ su.NAj d.NAn dZE.ÄAm.bA/]Abah menggagau ikan di sungai dengan menggunakan jerambah.
sokuntung[s.kun.tuN]kata namasejenis bekas mengisi ikan daripada buluh, mengkuang, dawai dan lain-lain.Ponuh sokuntung dapek ikan monjalo somalam.[p.nuh s.kun.tuN dA.pE/ i.kAn mn.dZA.l s.mA.lAm]Penuh sekuntung, dapat ikan menjala semalam.
molangut[m.lA.Nut]kata kerjatimbul mabuk di permukaan air (tentang ikan).Orang monubo di ulu sungai, ikan di ile abih molangut.[.ÄAN m.nu.b di u.lu su.NAj i.kAn di i.lE A.bih m.lA.Nut]Orang menuba di hulu sungai, ikan di hilir habis mabuk.
sopan[s.pAn]kata adjektifhabis.Sopan ikan tu dimakan dek kuceng.[s.pAn i.kAn tu di.dA.lAm de/ ku.tSeN]Habis ikan itu dimakan oleh kucing.
kohok[k.h/]kata adjektifberkenaan bau yang busuk.Ikan bilih yang kohok tu jangan kau boli.[i.kAn bi.lih jAN k.h/ tu dZA.NAn kAw b.li]Ikan bilis yang busuk baunya itu jangan kau beli.
sangai[sA.NAj]kata kerjajemur, layur.Kek mano ekau sangai ikan koreng tadi?[kE/ mA.n E.kAw sA.NAj kAn k.ÄEN tA.di]Di mana kau jemur ikan kering tadi?
daweh[dA.wEh]kata adjektifhambar, berubah rasa.Ikan ni dah lamo borondam agake, daweh dah rasoe.[i.kAn ni dAh lA.m b.čn.dAm A.gA/.E dA.wEh dAh ÄA.s.E]Ikan ini sudah lama berendam agaknya. Hambar sahaja rasanya.
bojorombik[b.dZ.čm.bi/]kata adjektifberkenaan ulat yang banyak dan bergerak-gerak.Kek ikan kombung koring tu bojorombik uleke.[kE/ i.kAn km.buN k.ÄiN tu b.dZ.čm.bi/ u.lE/.E]Pada ikan kembung kering itu banyak ulatnya.
12

Kembali ke atas