Ingin mendapat maksud dengan lebih mendalam perkatanberikut: 1. Sikap pelajar 2. Iklim sekolah 3. Peranan guru 4. Pencapaian 5. Rakan sebaya | 1. Sikap pelajar ialah perbuatan atau pandangan pelajar yang berdasarkan sesuatu pendapat. 2. Iklim sekolah bermaksud suasana atau keadaan sekolah. 3. Peranan guru ialah bahagian atau fungsi yang dipegang oleh guru. 4. Pencapaian ialah apa yang telah dicapai (dihasilkan atau diperoleh) atau prestasi. 5. Rakan sebaya ialah rakan yang sama umur. | Makna | 29.08.2007 |
Memohon terjemahan tema hari meteorologi sedunia jabatan meteorologi malaysia | kami telah menyemak cadangan terjemahan yang dikemukakan. pada pandangan kami pandanan yang diberikan betul dengan sedikit pembetulan, iaitu Climate Knowledge for Climate Action - Pengetahuan iklim Menanagni Impak dan Keragaman Iklim | Tatabahasa | 03.12.2014 |
KAMI AKAN ADAKAN FORUM IKLIM KEBANGSAAN DENGAN TEMA "SIAGA TENGKUJUH, PEDULI CUACA". SAYA INGIN MEMOHON PANDANGAN DARI PIHAK DBP PENGGUNAAN TEMA TERSEBUT. SEKIAN, TERIMA KASIH | Penggunaan perkataan SIAGA TENGKUJUH, PEDULI CUACA tidak tepat. Penggunaan yang paling tepat ialah SIAGA MENGHADAPI TENGKUJUH, PEDULI AKAN CUACA. | Lain-lain | 14.09.2018 |
Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan dibawah; 1) Iklim keselamatan 2) Safety climate 3) Kadar kemalangan di Malaysia 4) Sektor pembuatan di Malaysia | Perkataan yang diberikan tidak terdapat dalam senarai istilah dan tidak terdapat huraian khusus untuk perkataan tersebut. Perkataan tersebut perlu dirujuk secara berasingan dalam kamus. | Lain-lain | 13.10.2016 |
salam mohon bantuan. ejaan yang betul bagi mengenalpasti atau mengenal pasti? ayat panjang : Objektif 1: Mengenalpasti Kesan Hubungan antara Iklim Keselamatan dan Prestasi Keselamatan dalam Organisasi Pembuatan | Ejaan yang betul ialah mengenal pasti yang bermaksud mengetahui serta menentukan atau mengetahui sehingga dapat menyatakan dengan pasti | Ejaan | 25.03.2020 |
Salam sejahtera, Tuan/puan, Biasanya kata tanya yang digunakan adalah seperti bagaimanakah atau mengapakah untuk membina ayat tanya. Bolehkah kata tanya digunakan tanpa -kah seperti dalam ayat berikut? Terangkan bagaimana/mengapa penebangan hutan menyebabkan perubahan iklim global. Minta penjelasan. Terima kasih. | Ayat tanya ditandai dengan penggunaan partikel kah dan tanda tanya. Perkataan terangkan lazimnya digunakan bagi meminta sesuatu penjelasan bukannya pertanyaan, seperti terangkan bagaimana penebangan hutan menyebabkan perubahan iklim global. | Tatabahasa | 02.07.2012 |
pertukaran atau penukaran ? | Pertukaran ialah perbuatan atau hal bertukar, pergantian, perubahan, dsb bertukar-tukar(melibatkan sesuatu yang baru). Contoh ayat, pertukaran iklim secara mengejut telah menyebabkan ia sakit. Penukaran pula ialah perbuatan (hal dsb) menukar atau menukarkan. Contoh ayat, penukaran permata asli dgn permata palsu itu dibuat secara sulit. | Makna | 03.02.2010 |
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=climate+change&d=1# climate change pemanasan sejagat Harap pembetulan akan dibuat pada istilah sasar frasa ini. Saya pasti istilah yang tepat adalah 'perubahan iklim'. | Saranan puan kami kemukakan untuk makluman dan tindakan Bahagian Peristilahan, DBP. | Istilah | 15.06.2010 |
Tuan/Puan saya ingin mendapatkan pengesahan DBP bagi penterjemahan perkataan ini "climate action" yang dijadikan tema Hari Bumi 2020 seluruh negara pada tahun ini. Terima Kasih di atas kerjasama tuan/puan. | Kami mencadangkan tema “climate action” sempena dengan Hari Bumi 2020 diterjemahkan sebagai Kebolehtindakan Iklim atau Pengawalan Iklim, bergantung pada konsep dan konteks penggunaannya. | Istilah | 18.02.2020 |
Salam sejahtera. Bolehkah saya dapatkan cadangan terjemahan bagi "ecoregion", istilah yang digunakan dalam bidang alam sekitar. Terima kasih. | Tidak ada maklumat tentang perkataan ecoregion dalam pangkalan data kami. Melalui carian di internet ecoregion membawa maksud kawasan yang ditakrifkan oleh keadaan alam sekitarnya, khususnya iklim, rupa bentuk bumi, dan ciri-ciri tanah. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.03.2015 |