Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.ku.tan] | ايکوتن

Definisi : 1. contoh, teladan: kerajinannya bekerja menjadi ~ kpd pegawai-pegawai di pejabatnya; 2. sesuatu yg diikuti: segala perbuatan guru agama itu menjadi ~ penduduk kampung; 3. yg mengikut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.ku.tan] | ايکوتن

Definisi : sesuatu yg diikut atau diikuti; contoh; teladan: Segala perbuatannya menjadi ~ anak-anak muda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ikutan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kursus yang dihadiri oleh ahli pengakap itu merupakan _______ daripada kursus yang lalu. A. ikutan B. turutan C. pindaan D. sambungan yang manakah jawapan paling tepat.Jawapan yang paling tepat ialah kursus yang dihadiri oleh ahli pengakap itu merupakan sambungan daripada kursus yang lalu.Lain-lain08.09.2015
Saya ingin mengemukakan cadangan pertukaran istilah dalam Khidmat Nasihat bagi istilah "outreach program" yang telah dicadangkan sebagai "capaian program". Saya dapati ini tidak menepati hukum Diterangkan-Menerangkan. Saya juga khuatir ini akan menjadi ikutan sesiapa yang ingin merujuk istilah ini kelak. Diharap pembetulan dapat dilakukan. Sekian.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "outreach program" ialah program khidmat masyarakat atau program bantuan.Istilah21.09.2016
Tuan, ada sedikit pertanyaan mengenai apitan meN-...-i. Mengapakah kita menggunakan perkataan "mencukupi" untuk membawa maksud cukup, tidak kurang, sedangkan kita ada perkataan "cukup"? Dalam hal ini dilihat bahawa "mencukupi" dapat berfungsi sebagai kata adjektif, dan maksud "mencukupi" disamakan dengan maksud perkataan "cukup". Adakah "mencukupi" itu kata adjektif atau kata kerja transitif? Saya difahamkan bahawa apitan meN-...-i ialah pembentuk kata kerja transitif, tetapi "mencukupi" selalu digunakan tanpa ikutan objek. Adakah apitan meN-...-i dapat membentuk kata adjektif seperti "mencukupi"? Saya juga tidak pasti bahawa adakah "cukup" dan "mencukupi" sama maksud atau ada sedikit perbezaan makna? Minta tuan terangkan pertanyaan ini.

·         Mengikut Tesaurus Bahasa Melayu, cukup mempunyai makna seperti yang berikut:

·         1. (bilangan) kata tugas:banyak, sampai jumlahnya

·         2. (usia) kata tugas: genap, sampai, sangkap, betul-betul

·         3. Sempurna adjektif: lengkap, kafi, jap

·         4. Sangat kata tugas: terlalu, amat, sungguh

·         5. Lumayan kata tugas: sederhana, sedang

·          

·         Kata mencukupi kata kerja bermaksud memadai, melengkapi, mengenapi, sedang-menyedang:

·         Antonim mencukupi ialah berlebihan; berkurangan.

·         Sila kemukakan ayat sekiranya masih tidak memahami makna perkataan cukup dan mencukupi.

Tatabahasa22.11.2014
assalamualaikum... saya ingin bertanya tentang pembentukan kata terbitan (awalan, akhiran, apitan dan sisipan) dan pembentukan kata terbitan di dalam kata nama, kata kerja dan kata adjektif?

Puan Rabiatul Adawiyah,

Terdapat empat jenis imbuhan iaitu imbuhan awalan.

Imbuhan awalan contohnya tapa - menjadi pertapaan, tawa - menjadi ketawa

Imbuhan akhiran pula contohnya laut - menjadi lautan,ikut - menjadi ikutan

Imbuhan apitan pula contohnya tidak adil - menjadi ketidakadilan, salah guna - menjadi penyalahgunaan

Imbuhan kata sisispan pula contohnya - tapak menjadi telapak,kupas menjadi kelupas dan tunjuk menjadi telunjuk.

untuk maklumat lebih lanjut sila lihat buku tatabahasa Dewan pada halaman107 - 132. Terima kasih

 

 

Tatabahasa17.03.2010
Pada dasarnya 31.12.2000 ialah akhir alap kedua, ini bermakna pada 1.1.2001 bermulalah alap ketiga. Walau bagaimanapun ramai orang menyebut tahun 2001 hingga sekarang sebagai alap baru. Adakah kemungkinan manusia yang hidup alap ini akan hidup pada alap keempat iaitu 1.1.3001? Pakar-pakar bahasa, ahli-ahli politik sepatutnya berhati-hati menggunakan istilah-istilah baru kerana dikhuatiri akan menjadi ikutan generasi muda. Pada masa ini telah menjadi lumrah penggunaan bahasa Melayu dan Inggeris dicampuradukan. Siapa harus dipersalahkan ?saya bersetuju dengan pandangan tuan tersebut. Perkara seperti ini mungkin wujud disebabkan berlakunya salah faham dalam kalangan masyarakat kita pada masa kini.Tatabahasa16.09.2007
Membangunkan semula kawasan yang dilanda banjir itu ATAU membangunkan kawasan yang dilanda banjir itu semula. Maksud saya kekeliruan ini timbul daripada pendapat yang mengatakan kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek/frasa nama dan tidak boleh diikuti oleh kata sendi nama /kata yang lain. Contohnya: 1. "Mengumumkan kepada ibu bapa perkara itu" dikatakan salah, yang betulnya ialah 'Mengumumkan perkara itu kepada ibu bapa". 2. RTM Menayangkan semula filem-filem P Ramlee, sepatutnya RTM menayangkan filem-filem PR semula. Menyerahkan kepada Ali buku itu @ Menyerahkan buku itu kepada Ali. Mohon penjelasan. Terima kasihSeperti yang tuan ketahui kata kerja transitif mesti diikuti dengan objek. Dalam contoh yang diberikan ayat yang betul ialah "membangunkan kawasan yang dilanda banjir itu semula" dan "mengumumkan perkara itu kepada ibu bapa". Walau bagaimanapun kita sering juga mendengar ayat tersebut dalam susunan yang kurang tepat seperti "membangunkan semula kawasan yang dilanda banjir itu" dan "mengumumkan kepada ibu bapa perkara itu". Oleh itu, hendaklah kita membiasakan penggunaan yang betul agar penggunaan tersebut menjadi ikutan kepada orang lain.Tatabahasa30.04.2012

Kembali ke atas