ISTILAH ATAU MAKSUD DISIPLIN ILMU DAN MAKSUD ILMU BUDAYA | Disiplin ilmu merujuk kepada program ilmu, manakala ilmu budaya ialah ilmu yang membincangkan tentang sesuatu budaya. | Makna | 04.11.2007 |
ANTARA ILMU PERUBATAN DAN ILMU BIOLOGI ATAU ANTARA ILMU PERUBATAN DENGAN ILMU BIOLOGI | ANTARA ILMU PERUBATAN DENGAN ILMU BIOLOGI | Tatabahasa | 26.11.2010 |
Mohon jelaskan maksud 'pelajaran' dan 'pendidikan' | Pelajaran bermaksud: 1. segala sesuatu yang dipelajari atau diajarkan, ilmu pengetahuan (yang diperoleh); 2. proses (usaha, kegiatan) belajar atau mencari ilmu pengetahuan, pengajian, penuntutan (ilmu pengetahuan); 3. yang berkaitan dengan pengajaran ilmu pengetahuan. Manakala, pendidikan bermaksud: 1. perihal mendidik: 2. ilmu pendidikan, ilmu didik, ilmu mendidik pengetahuan mendidik; 3. didikan, latihan, ajaran. | Lain-lain | 09.12.2016 |
Saya ly safeey sedang belajer Bahasa melayu dasaa , Universiti fatoni ingin bertanya : apakah makna FALASAFAH Terima kasih | Falsafah bermaksud pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain. | Makna | 03.11.2015 |
Uslub =kaedah, cara. Bolehkan murid-murid membina ayat seperti berikut? Pelbagai uslub untuk menceriakan kawasan sekolah. | Uslub bermaksud kaedah. Walau bagaimanapun, perkataan uslub ini lebih tepat digunakan untuk ilmu-ilmu dalam bidang agama dan bahasa dalam bahasa Arab seperti uslub nahu, uslub dakwah. Oleh itu, ayat "Pelbagai uslub untuk menceriakan kawasan sekolah." tidak sesuai digunakan kerana ia tidak menepati maksud uslub tersebut. | Lain-lain | 03.08.2021 |
1. menambah ilmu atau menambahkan ilmu? | Frasa yang betul ialah menambah ilmu. | Tatabahasa | 11.03.2010 |
Salam DBP, apakah perbezaan antara kata "ilmu," "pengetahuan," dan "ilmu pengetahuan"? Dan soalan kedua: apakah padanan untuk "Knowledge Management" (bidang pendidikan)? Terima kasih. | 1. Menurut Kamus Dewan Perdana, “ilmu” bermaksud pengetahuan atau kepandaian tentang hal yang berkaitan dengan dunia, akhirat, zahir, batin dan lain-lain. “Ilmu pengetahuan” pula segala yang diketahui atau dipelajari yang berkaitan dengan sesuatu. Manakala “pengetahuan” bermaksud apa-apa yang diketahui, hal mengetahui sesuatu melalui pembelajaran, amalan harian, pengalaman dan sebagainya dan segala yang diketahui atau dipelajari berkenaan sesuatu. 2. Padanan bagi istilah knowledge management dalam bidang pendidikan ialah “pengurusan pengetahuan”.
| Makna | 10.01.2022 |
terangkan dengan lebih jelas BM sebagai bahasa ilmu | BM dapat mengunggapkan pelbagai ilmu, dan seterusnya mengembangkan ilmu pengetahuan jika dibandingkan bahasa perbualan yang digunakan untuk berbual sahaja. | Lain-lain | 29.08.2006 |
Apakah yang dimaksudkan 'ereksi persona' ? | Ereksi: keadaan zakar yg membesar, mengeras dan menegak apabila bangkitnya nafsu syahwat. Pesona: 1. guna-guna, mantera, sihir: ~, serapah dan pantun hukum diajarkan oleh pawang itu; ilmu ~ ilmu sihir, ilmu guna-guna; kena ~ kena guna-guna (sihir); membuat (mengenakan) ~ kpd mengenakan guna-guna (sihir) kpd; tukang ~ a) tukang (ahli) sihir; b) ark bp pemimpin rakyat (yg kurang jujur); 2. = pesonaan kata-kata jahat utk menyusahkan (mencelakakan) orang, fitnah: orang yg berhati hasad, dengki serta suka berbuat ~ terhadap orang lain akan menerima balasan Tuhan; fitnah dan ~ sangat menjadi-jadi pd masa itu di kalangan masyarakat kita; segala godaan dan ~ syaitan utk menyesatkan manusia drpd jalan Allah; mempesona memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian: kejelitaannya ~ setiap lelaki yg melihatnya; ia mempunyai suara merdu yg ~; mempesonakan 1. mengenakan pesona (sihir); 2. mempesona, memikat, menggoda, mengagumkan: lukisan asli alam Pulau Mutiara ~ dia; terpesona 1. kena pesona (jampi), terpukau (oleh jampi-jampi): aku seolah-olah ~ dgn segala ucapannya itu sehingga tidak sepatah pun yg dapat kulahirkan; 2. sangat tergoda (oleh kecantikan gadis dll), sangat terpikat (tertarik) hati: penonton-penonton ~ oleh lagu sayu yg sedang mengalun itu; | Makna | 11.08.2009 |
Pembudayaan ilmu perlu ditanam di dalam jiwa graduan sebab ilmu yang mereka miliki ialah sesuatu harta yang paling berharga sekali bila mereka melangkah ke dalam alam pekerjaan dan seterusnya menjana kembali ilmu itu bagi merialisasikan impian ke dalam sesuatu bidang yang mereka ceburi. Sikap membentuk kita bertindak berdasarkan kepada apa yang kita pelajari dari pengalaman tanpa memerlukan kita menganalisa setiap satu keadaan seolah-olah ia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pengalaman masa lampau. Pertanyaan:saya harap encik dapat mengenal pasti kesalahan tatabahasa dalam ayat-ayat di atas beserta dengan alasan-alasannya.Terima kasih | Pembudayaan ilmu perlu ditanam di dalam jiwa setiap graduan kerana ilmu yang mereka miliki ialah harta yang paling berharga sekali bila mereka melangkah ke alam pekerjaan dan seterusnya menjana kembali ilmu itu bagi merealisasikan impian dalam bidang yang mereka ceburi. Sikap membentuk graduan bertindak berdasarkan apa yang dipelajari dari pengalaman tanpa perlu menganalisis setiap keadaan, seolah-olah ia tidak mempunyai sebarang kaitan, dengan pengalaman masa lampau. | Tatabahasa | 26.09.2007 |