[in.de.ra] | ايندرا
Definisi : 1. = Betara I~ dewa yg memerintah di angkasa (menurut kepercayaan Hindu); 2. sl sj dewa-dewa yg kurang tinggi martabatnya: beroleh selamat sempurnalah anakanda drpd sekalian bencana raja-raja di atas kayangan, mambang dewa, cendera dan ~; 3. sl raja atau kerajaan; mahkota ~ mahkota raja; pulau ~ pulau tempat tinggal raja-raja; Pulau I~ Sakti sebuah pulau di Sungai Perak (tempat bersemayam seorang Sultan Negeri Perak); 4. gelaran orang besar-besar negeri; Dato’ Maharaja I~ gelaran orang besar-besar negeri Perak; keinderaan inderaloka, tempat Betara Indera, syurga: alkisah, maka tersebutlah perkataan Bentara Majapahit, asalnya dr ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[in.de.ra] | ايندرا
Definisi : 1 roh yg dipercayai menguasai alam dan manusia (dr pandangan orang Hindu); dewa. 2 raja yg berkuasa; yg amat mulia: mahkota ~ mahkota raja. 3 gelaran kehormatan utk orang-orang besar negeri: Orang Kaya ~ Pahlawan. 4 rupa atau bentuk. menginderakan menjadikan berupa; memberi bentuk: Allah menjadikan suatu makhluk yg tidak boleh diinderakan, iaitu malaikat. keinderaan tempat segala dewa kayangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)