Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. (lit. & fig.) penunjuk: the ~ showed that he had forgotten to put on his seat belt, penunjuk itu menandakan bahawa dia terlupa memasang tali pinggang keledarnya; the sudden increase in foreign investment is an ~ that the economy is picking up, pertambahan pelaburan asing yg mendadak merupakan penunjuk bahawa ekonomi beransur pulih; 2. light on car which indicates which way it is turning, lampu penunjuk: the left ~ is broken, lampu penunjuk kiri sudah pecah. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata indicator


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kata ganti/terjemahan bagi perkataan 'indicator' yang digunakan dalam konteks 'economic indicator'. Apakah kata ganti/terjemahan yang betul dalam bahasa Melayu? Pihak kami menggunakan perkataan 'petunjuk' sebagai terjemahan. Tetapi apabila dirujuk dalam kamus BM-BI DBP, ia menngunakan 'penunjuk'. Mohon pengesahan tentang kemusykilan ini. Terima kasih.Berdasarkan buku Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan, istilah bahasa Melayu untuk "economic indicator" ialah penunjuk ekonomiIstilah29.01.2016
Assalamualaikum, Apakah perkataan yang sesuai bagi indicator? Contoh ayat - Jumlah penyelidikan yang dapat dikomersialkan adalah salah satu INDICATOR kepada keberkesanan kerjasama penyelidikan antara pihak swasta dengan kerajaan.

Mengikut Kamus Perdana terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan “indikator” membawa maksud petunjuk atau alat yang dapat memberikan maklumat khusus tentang kedudukan atau keadaan sesuatu. Contoh ayat: Penerbitan dan petikan makalah jurnal adalah antara indikator yang diukur dalam menilai sesebuah Institut Pengajian Tinggi.

Tatabahasa19.02.2021
Salam satu Malaysia, Apakah perbezaan perkataan "petunjuk" dan "penunjuk"? Kedua-duanya merupakan terjemahan bagi "Indicator" namun saya kurang pasti penggunaan perkataan mana yang betul. Harap pihak DBP dapat memberikan sedikit penerangan mengenai perkataan berkenaan. Terima kasih.

Indicator” diberikan padanan “penunjuk” dalam bahasa Melayu, iaitu dalam konteks  sesuatu yang digunakan sebagai panduan (untuk melakukan sesuatu), peringatan, rujukan.  

Istilah14.01.2015
(1) Mohon penjelasan rasional mengapa perkataan "diperoleh" tanpa "i" sedangkan perkatan "dimilki", "didapati" dibolehkan penggunaannya. (2) Lagi satu perkataan "indicator" dalam bahasa inggeris akan diterjemahkan sebagai "penunjuk" atau "petunjuk". Saya telah merujuk kepada Kamus DBP Ed.4 tetapi masih mengelirukan. Adakah wajar untuk saya menggunakan perkataan "indikator"... (3) Adakah boleh singkatan perkataan "julai" dibuat sebagai "Jul"...adakah dibenarkan penggunaanya... Terima kasih atas penjelasan. K/sama tuan amat dihargai demi menambah pengetahun di samping memartabatkan bahasa..TK

1. Kata dasar oleh menghasilkan kata terbitan lain seperti diperoleh dan memperoleh, manakala kata terbitan dimiliki dan didapati seperti contoh yang diberi ialah bentuk transitif bagi kata milik dan dapat.

2. Padanan/istilah indicator dalam bahasa Melayu ialah penunjuk (petunjuk dan indikator ialah istilah lama).

3. Untuk singkatan kata Julai saudara perlu menulis seperti Jul. (dengan noktah). Untuk menulis sesuatu singkatan apa yang penting kata tersebut boleh difahami oleh pembaca.

Tatabahasa07.07.2009
Assalamualaikum. 1) Yang manakah terjemahan tepat untuk "biomarker" (An indicator in your body that is used to identify diseases or whether a treatment may be appropriate): biopenanda, penanda biologi? 2) Apakah padanan untuk "tagged" dalam konteks berikut: "A PET scan uses specially tagged (radioactive) materials that are injected into your body and using a special scanner that can highlight specific parts of your body." 3) Apakah padanan tepat untuk istilah "double-blind study"? Contohnya, dlm kajian "double-blind", kedua-dua pesakit dan doktor tidak mengetahui kumpulan mana pesakit itu dikelaskan. Setiap kumpulan akan menerima rawatan yang berbeza untuk penyakit yang sama. Mengikut carian saya di prpm, saya dapati istilah-istilah berikut pernah diberikan sebelum ini utk "double-blind": 1. dubel-buta 2. dwibuta 3. buta duaan 4. gelap ganda Mohon pihak tuan perjelaskan yang mana yang paling tepat. Dan juga, dari manakah datangnya istilah "dubel" itu? Dan mengapa ia dieja bersempang, padahal penggunaan sempang dalam B. Melayu begitu jarang sekali dan amat spesifik, iaitu hanya utk kata jamak dan kata awalan yang diikuti dengan kata nama khas saja. Terima kasih atas pencerahan.Kami mencadangkan terjemahan dalam bahasa Melayu yang dinyatakan di bawah digunakan sekiranya bersesuaian dengan konteks penulisan:

1. biomarker: biopenanda
2. tagged: bertanda
3. double blind study: kajian dubel-buta atau kajian gelap ganda. Manakala, dwibuta dan buta duaan boleh digunakan mengikut konteks penggunaan dan bidang

Mengikut Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu, akhiran -le dipadankan dengan -el. Oleh itu, perkataan double menjadi dubel. Perkataan dubel-buta dieja sempang kerana mengikut bentuk istilah bahasa sumber.

Istilah16.04.2021
Tuan, apakah terjemahan yang paling tepat untuk istilah berikut: (i) Average variance extracted, (ii) indicator loading, (iii) cross loading, (iv) squared loading, (v) variance inflation factor. Terima kasih.

Mohon maaf, DBP tidak memberikan perkhidmatan penterjemahan.  Sila hubungi ITBM-Institut Terjemahan dan Buku Negara, 03-41451800 atau Persatuan Penterjemahan Malaysia 03-21442506

Penyemakan dan penterjemahan25.09.2014
Selamat sejahtera. Saya nak tanya, adakah ada perkataan lain yang digunakan untuk perkataan 'leading' yang digunakan dalam tipografi?Leading dalam banyak bidang diterjemahkan kepada utama, seperti leading indicator - petunjuk utama (ekonomi), leading sector - sector utama (geografi) dan leading question - soalan pimpinan (pendidikan). Untuk maklumat lanjut sila rujuk http://sbmb.dbp.gov.my/kndbp/SoalJawab/nb_jawab_soalan_pelanggan.aspx?ID=46144.Penyemakan dan penterjemahan30.10.2017
Apakah perkataan yang tepat ejaannya dan maknanya bagi perkataan berikut? 1. Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia 2. Indikator atau kata kunci ? 3. Tauladan atau teladanKedua-duanya betul, Bahasa Melayu untuk mata pelajaran di sekolah dan bahasa Melayu merujuk Malay language. Menurut arahan kabinet istilah bahasa Melayu hendaklah digantikan dengan istilah bahasa Malaysia. 2. Indicator ialah petunjuk. 3. Teladan yang bermakna perbuatan dll yg patut diikut, contoh.Lain-lain16.04.2009
salam. apakah terjemahan yang sesuai utk terma-terma berikut: 1. trait personality 2. neuroticism 3. extraversion 4.conscientiousness 5. opennes to experience 6. agreeableness. 7. learning experience 8. conformity to gender role norms 9. sensing 10. intuition 11.mastery experience 12. vicarious experience 13. social persuasions 14. physiological states 15. outcome expectation 16. body of knowledge 17. type indicator terima kasih. t.kasih.Dalam bidang perubatan paranoid personality trait diterjemahkan kepada trait personality paranoid, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=trait+personality+ untuk maklumat lanjut, neuroticism diterjemahkan kepada neurotisisme, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=neuroticism dan extraversion diterjemahkan kepada ekstraversi, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=extraversion. Untuk nombor 4 hingga 17, sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang diperlukan dalam ruangan Carian Spesifik, tuan akan lihat data daripada kamus dan istilah. Soalan yang tidak ada dalam pangkalan data kami bolehlah ditanyakan dalam Khidmat Nasihat Bahasa dan jelas kan konsep perkataan tersebut untuk kami cadangkan padanan yang sesuai.Tatabahasa27.06.2013
Assalamualaikum wbt. Saya memerlukan khidmat nasihat bahasa bagi penggunaan istilah yang betul bagi penulisan tesis saya. Saya lampirkan di "fail lampiran" senarai istilah yang memerlukan semakan dari pihak DBP. Jasa baik dan kerjasama pihak DBP saya dahului dengan ucapan terima kasih.Salam sejahtera,

Semua istilah yang diberi betul kecuali yang dibawah ini:

1. Partial Least Square-Structural Equation Modeling terjemah kepada Model persamaan berstruktur-kuasa dua terkecil separa

2. Exogenus variable kepada Pemboleh ubah eksogenus

3. Endogenous variable kepada Pemboleh ubah endogen

4. Predictive accuracy kepada Ketepatan ramalan

5. Predictive relevant kepada Kerelevanan ramalan

6. Indicator kepada penunjuk


Sekian, terima kasih.
Istilah20.10.2017
12

Kembali ke atas