Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.dung] | ايندوڠ

Definisi : ibu, induk (terutamanya pd benda-benda dan binatang); ~ madu sarang lebah yg berisi madu; ~ mutiara siput mutiara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
indung
Rujuk :induk

Puisi
 

Indung kunyit pemanggang ayam,
     Ketupat nasi berisi inti;
Dunia senget alam tenggelam,
     Belum dapat jangan berhenti.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
honeycomb reactorreaktor indung maduKejuruteraanKejuruteraan KimiaReaktor monolit yang mangkinnya ditempatkan di dalam saluran berbentuk segi empat, seperti bentuk indung madu.
honeycomb formationformasi indung maduKejuruteraanPetroleumStrata batuan yang mengandungi lompang yang besar. Kebanyakan lompangnya berbentuk segi enam atau menyerupai sarang lebah.
honeycomb checkretak indung mudaPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanRetak pada bahagian dalam kayu yang biasanya selari dengan ruji dan berbentuk seperti sarang labah. Retak ini disebabkan kerintangan tegasan kayu yang tidak sekata semasa pengeringan, dan biasanya tidak kelihatan pada permukaan.
monolithic catalytic converterpenukar bermangkin monolitikKejuruteraan AutomotifEnjinPenukar bermangkin yang mempunyai bahagian laluan udara yang berbentuk indung madu atau sarang lebah yang diperbuat daripada seramik. Struktur ini menyediakan permukaan yang disaluti unsur pemangkin yang luas. Konfigurasi ini menghasilkan tindak balas kimia gas ekzos yang lebih cekap dan laluan gas ekzos yang lebih lancar dan kurang kehilangan tekanan. Sinonim penukar monolitik Banding penukar bermangkin lapisan berpelet.
lacunosuslakunosusMeteorologiMeteorologi PerhubunganVarieti awan yang terdiri daripada tompokan lapisan atau hamparan awan yang lazimnya nipis, ditandai oleh lubang-lubang yang tersebar secara sekata dengan kebanyakannya berjumbai. Unsur awan dan ruang yang jelas selalunya tersusun sehingga berupa jaring atau indung madu. Awan ini terdapat pada sirokumulus dan altokumulus, dan jarang-jarang sekali, pada stratokumulus.

Kembali ke atas