Anugerah Ratu untuk Eksport dan
Teknologi, dianugerahkan kepada syarikat di
United Kingdom yang memperoleh pencapaian
yang cemerlang dalam usaha meningkatkan eksport
atau dalam inovasi teknologi (menggunakan kaedah
baru atau mengeluarkan produk baru). Anugerah ini
dapat dimenangi oleh mana-mana cabang industri,
termasuk pertanian. Pemegang anugerah ini – sama
ada untuk pencapaian dalam bidang pengeksportan
atau dalam bidang teknologi – menerima replika
lambang anugerah tersebut yang dibuat daripada
besi dan dilekapkan pada blok yang lut sinar.
Pemegang anugerah ini berhak mempamerkan
lambang tersebut pada alat tulis yang dicetak dan
pada produk mereka. Bagi anugerah eksport,
lambang itu mempunyai huruf E di tengahnya. Bagi
anugerah teknologi, ia mempunyai huruf T.