market patent | paten pasaran | Komunikasi | Korporat | Dokumen atau maklumat bercetak yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kepada pemilik sesuatu inovasi atau barangan. Inovasi boleh dalam bentuk idea atau ciptaan baru sesuatu barangan, sama ada untuk tujuan pemasaran atau pameran. Dokumen tersebut berfungsi sebagai pelindung kepada pencipta idea atau barangan berkenaan. Paten pasaran biasanya dilindungi di bawah Akta Hak Cipta dan Harta Intelek. Untuk mengelakkan penciplakan, pencipta idea atau barangan perlu mendaftarkan ciptaan tersebut kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil pendaftaran paten. Pihak berkuasa akan mengeluarkan dokumen pengesahan kepada pencipta setelah memenuhi syarat yang ditetapkan, seperti menyertakan maklumat asal yang lengkap mengenai hasil ciptaan baru tersebut. |
process innovation | inovasi proses | Pengurusan | Perancangan | Proses pencetusan idea baharu untuk menghasilkan kaedah operasi yang baharu atau lebih baik. Inovasi proses dapat menjimatkan kos operasi, meningkatkan kecekapan operasi dan kepuasan pelanggan serta warga kerja organisasi. Contohnya, sebuah perpustakaan yang melakukan penambahbaikan dalam proses peminjaman buku daripada kaedah manual (melalui kaunter) kepada kaedah automasi (menggunakan mesin layan diri). |
innovation | inovasi | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Segala pembaharuan yang dibuat untuk mendapatkan daya pengeluaran yang lebih tinggi. |
discruptive innovation | inovasi pengganggu | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Tiada |
product innovation | inovasi produk | Pengurusan | Perancangan | Proses pencetusan idea baharu untuk menghasilkan produk baharu atau menambah baik produk sedia ada bagi memenuhi kehendak pelanggan. Contohnya, sebuah syarikat pengeluar peralatan rumah telah berjaya menghasilkan kipas tanpa bilah yang lebih mesra pelanggan dan baik untuk kesihatan. |
experimental plays | drama eksperimental | Kesusasteraan | Tiada | Inovasi drama dalam konteks konsep dan teknik pementasan. |
diffusion | penerapan | Pendidikan | Tiada | Proses menyampaikan maklumat tentang inovasi kepada kumpulan tertentu dengan pelbagai strategi dan teknik. |
avant-garde | avant-garde | Kesusasteraan | Tiada | Perihal penerokaan, pembaharuan dan inovasi dalam sastera dan seni, terutamanya dalam drama dan teater. Dalam drama khususnya, avant-garde merujuk kepada pembaharuan teknik pementasan dari segi struktur, lakonan,latar hias, aspek pementasan dan lain-lain. Avant-garde juga merujuk kepada teater eksperimen apabila struktur dan gaya persembahan baharu digunakan. Avant-garde berasal daripada perkataan Perancis vanguard bermaksud �barisan hadapan�. Lihat juga futurisme. |
avant-garde | garda depan | Kesusasteraan | Tiada | Perihal penerokaan, pembaharuan dan inovasi dalam sastera dan seni, terutamanya dalam drama dan teater. Dalam drama khususnya, avant-garde merujuk kepada pembaharuan teknik pementasan dari segi struktur, lakonan, latar hias, aspek pementasan dan lain-lain. Avant-garde juga merujuk kepada teater eksperimen apabila struktur dan gaya persembahan baharu digunakan. Avant-garde berasal daripada perkataan Perancis vanguard bermaksud �barisan hadapan�. Lihat juga futurisme. |
avant-garde | avant-garde | Kesenian | Drama dan Teater | Perihal penerokaan, pembaharuan dan inovasi dalam sastera dan seni, terutamanya dalam drama dan teater. Dalam drama khususnya, avant-gardemerujuk kepada pembaharuan teknik pementasan dari segi struktur, lakonan, latar hias, aspek pementasan dan lain-lain. Avant-gardejuga merujuk kepada teater eksperimen apabila struktur dan gaya persembahan baharu digunakan. Avant-gardeberasal daripada perkataan Perancis 'vanguard'yang bermaksud ‘barisan hadapan’. |