Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.san] | انسان

Definisi : Ar makhluk yg dicipta oleh Allah SWT yg tidak terlepas drpd kealpaan, manusia; ~ kamil manusia yg sempurna, iaitu Nabi Muhammad SAW; keinsanan kemanusiaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.san] | انسان

Definisi : manusia: ~ kamil manusia yg sempurna (baik, bersih drpd noda dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
insan
Bahasa Asal :Arab
Rujuk :manusia

Peribahasa

556

There's no accounting for tastes

Dalam kehidupan ini, setiap insan berbeza cara, kesukaan, perangai, tabiat dan sebagainya. Inilah hakikat yang harus kita terima dan fahami meskipun aneh.

Kepala sama hitam hati lain-lain.

I don’’t understand why he would rather spend so much money on expensive furniture for his broken-down house. Well I guess, there’’s no accounting for tastes.

Saya tidak faham kenapa dia sanggup berbelanja besar dengan membeli perabut yang mahal-mahal untuk rumahnya yang retak seribu itu. Gamaknya inilah yang dikatakan epala sama hitam hati lain-lain.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(22)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SURAH AL-INSAN

Surah al-Insan ialah salah satu daripada surah

Madaniyyah, surah yang ke-76 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 31 ayat.

Surah ini dinamakan al-Insan kerana isi

kandungannya menerangkan tentang tahap

perkembangan kejadian manusia sebagai makhluk

dan garis-garis tanggungjawabnya.

UMUM 
SAROYAN, WILLIAM

Saroyan, William (1908–1981) ialah penulis

Amerika. Dia menjadi terkenal kerana drama dan

ceritanya yang menyanjung kebolehan manusia

biasa hidup sepenuhnya, dan bergembira dalam

dunia yang jelik. Dalam salah satu prakata dramanya,

Saroyan menulis: “Dalam kehidupan ini, cubalah

anda lalui dengan sebaik-baiknya agar tiada

kejelikan atau kematian untuk diri anda dan untuk

sesiapa sahaja yang berkaitan dengan anda.” Karya

Saroyan merakamkan kepercayaan bahawa insan

tidak bersalah. Kebanyakan karyanya mengisahkan

kemiskinan dan insan yang gigih. Karyanya lebih

bersifat sentimental daripada bersifat objektif

terutama paparannya tentang kanak-kanak dan

kehidupan golongan pekerja.

UMUM 
TELUK GONG

TELUK GONG, antologi puisi yang diterbitkan secara stensilan pada bulan Oktober 1967, di Kuala Lumpur. Antologi ini kemudiannya diterbitkan semula pada tahun 1987 oleh Penerbit INSAN, Kuala Lumpur. Kesemua puisi dalam antologi ini berkisar tentang nasib dan masa depan petani miskin di Teluk Gong. Petani yang diketuai oleh Hamid Tuah ini telah meneroka tanah di situ, tetapi telah ditindas oleh pemimpin peringkat negeri. Antologi puisi ini mengandungi 59 puisi yang dihasilkan oleh 41 orang penyair. Ia telah disusun oleh Usman Awang dan diberi kata pengantar oleh A. Bakar Hamid.

SASTERAKarya
DAKWAH

Dakwah, ajakan, seruan, panggilan dan undangan kepada sesuatu. Dalam hal ini, ajakan, seruan, panggilan dan undangan itu merujuk seruan Allah SWT dan Rasul-Nya kepada sekalian insan.

AGAMAKonsep
SURAH YASIN

Surah Yasin ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah ke-36 mengikut susunan surah-surah

al-Qur’an dan mengandungi 83 ayat. Surah

ini dinamakan Yasin kerana Allah S.W.T. telah

memulakan surah yang mulia ini dengan huruf

tersebut. Permulaan dengan dua huruf ini juga

menjadi tanda kemukjizatan al-Qur’an al-Karim.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda ketika

menyatakan kelebihan surah ini di dalam hadithnya

yang bermaksud:

“Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai

hati dan hati al-Qur’an itu ialah surah Yasin . Oleh

itu, aku suka sekiranya ia berada dalam hati tiap-tiap

insan di kalangan umatku.”

UMUM 
PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

PERGERAKAN PUTERI Islam Malaysia, pertubuhan berpakaian seragam.  Pertubuhan ini ditubuhkan pada tahun 1970-an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM).  LKPIM dipengerusikan oleh Tunku Puan Besar Kurshiah.  PPIM merupakan salah satu pergerakan berpakaian seragam yang bergerak di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah/wilayah untuk para pelajar perempuan di sekolah-sekolah rendah, menengah, maktab/Institusi dan universiti.  Ia bergerak sebagai sebuah pergerakan dalam unit kokurikulum dan aktivitinya adalah berdasarkan ajaran Islam.  Ini adalah selaras dengan falsafah PPIM yang bertujuan melahirkan puteri sebagai insan kamil.  Oleh sebab objektif pertubuhan ini dan objektif LKPIM berbeza, maka dengan nasihat pendaftar pertubuhan, Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) telah didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan berpakaian seragam pada 3 Disember 1988 dengan perlembagaannya sendiri.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan

Kembali ke atas