Muse ialah sembilan dewi seni dan sains dalam
mitologi Yunani dan Rom. Dalam mitologi Yunani,
mereka ialah anak perempuan Zeus, raja dewa,
dan Mnemosyne, dewi ingatan. Setiap Muse
memerintah sesuatu seni atau sains. Calliope ialah
Muse puisi epik; Erato, puisi cinta; Euterpe, puisi
lirik; Melpomene, tragedi; Thalia, komedi; Clio,
sejarah; Urania, astronomi; Polyhymnia, lagu
kudus; dan Terpsichore, tarian.
Orang Yunani percaya dewi-dewi ini tinggal di
atas gunung Olympus dengan ketua mereka, dewa
Apollo. Muse ini sama seperti ketua mereka,
sentiasa muda dan cantik. Mereka boleh melihat ke
masa hadapan, yang tidak ramai dewa lain boleh
buat. Mereka juga mempunyai kebolehan
menghilangkan rasa sedih dan duka. Muse
mempunyai suara yang menyenangkan, merdu dan
selalu menyanyi sebagai koir. Penulis dan pelukis
awal Yunani memanggil Muse untuk inspirasi
sebelum memulakan kerja. Mana-mana satu atau
semua Muse ini boleh dipanggil untuk
mendapatkan bantuan, walaupun setiap seorang
mengawal seni atau sains yang khusus.
Dewi-dewi ini memainkan peranan penting
dalam mitologi Rom, walaupun Pemujaan Muse
oleh orang Rom adalah dipinjam daripada orang
Yunani. Orang Rom percaya bahawa Jupiter, raja
dewa mereka, adalah bapa Muse.
Beberapa perkataan berasal daripada perkataan
Yunani, Mousa bermakna Muse. Ia termasuk
museum , yang asalnya bermakna kuil Muse; dan
music , yang bermakna seni Muse.