Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. badan atau organisasi yg ditubuhkan utk sesuatu tujuan tertentu; ~ kewangan bank dsb; ~ pengajian tinggi universiti atau maktab; 2. sesuatu (spt agama, ciri-ciri budaya, dll) yg sudah berakar umbi atau menjadi kukuh dlm masyarakat dll: ~ pawang, bomoh, atau dukun sudah ada dlm budaya Melayu berabad-abad lamanya; penghuraian terhadap ~ agama Islam; menginstitusikan menjadikan (sbg suatu) institusi, menjadikan sesuatu berakar umbi atau kukuh dlm masyarakat dll: berpunca drpd keadaan inilah timbul satu perbezaan jelas antara lelaki dan wanita, lalu diinstitusikan; keinstitusian yg berkaitan dgn sistem, ciri, atau sifat institusi: susunan ~ hendaklah mencerminkan tahap amanah yg tinggi, sikap terbuka, dsb; penginstitusian perihal menginstitusikan sesuatu (badan, organisasi, kaedah) supaya kukuh dlm masyarakat atau organisasi: kelompok sains itu mempunyai beberapa ciri khusus yg memungkinkan ~ kaedah sains. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : badan yg melaksanakan tugas yg bersifat am.. ~ pengajian tinggi universiti dsb (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
institusi
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :organisasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah institusi kekeluargaan digantikan dengan institusi kulasentana / institusi kulawarga / institusi kulawangsa dalam penulisan karangan?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud "kulasentana", "kulawanga" dan "kulawangsa" ialah "keluarga", bukannya "kekeluargaan" yang berasal daripada perkataan Jawa.Tatabahasa29.10.2014
philantrophistJika puan ingin bertanyakan maksud philanthropist, dalam data kami philanthropist bermaksud seorang dermawan yang telah banyak memberikan sumbangan kepada institusi-institusi. (sumber: Kamus Inggeris-Melayu Dewan)Makna16.08.2019
maksuk integriti institusi kehakimanIntegriti institusi kehakiman bermaksud institusi kehakiman yang lengkap, kejujuran, keadaan sempurna dan utuh.  Makna27.09.2009
Selamat sejahtera, saya ingin bertanya tentang penggunaan kata nama am tak hidup institusi dan kata nama am tak hidup bukan institusi. Dalam buku teks DBP tahun 5, kata nama am tak hidup bukan institusi seperti rumah, padang, sungai. Boleh tak terangkan bagaimana nak mengajar murid tahun 5 untuk membezakan contoh antara bukan institusi dengan institusi? Sangat mengelirukan. Terima kasih.Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisis Sekolah Rendah, kata nama tak hidup binstitusi merujuk perbadanan, organisasi dan pertubuhan seperti sekolah, kementerian dan yayasan; manakala kata nama am tak hidup bukan institusi diberikan contoh, iaitu computer, teori, bantuan dan rumah.Tatabahasa24.01.2015
Assalamualaikum 1. Sambutan jubli sempena umur institusi : Sesebuah institusi tidak pernah mengadakan apa-apa sambutan dan sudah berumur 71 tahun ? Apakah sambutan yang boleh diadakan sempena umurnya itu ? 2. Saya masih keliru tentang penggunaan perkataan ' ironi ' , boleh tuan jelaskan serta contoh penggunaannya. 3. 1Malaysia : Cara penulisannya adakah boleh dijauhkan seperti 1 Malaysia ? atau pun Satu Malaysia. 4. Sendi nama seperti dan, pun di dll adakah dikira satu sebagai satu patah perkataan ? Terima kasih.

1. Tidak ada sambutan jubli bagi umur 71 tahun, mungkin disebut sambutan ke-71 tahun.

2. Ironi bermaksud keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya, contoh ayat: Ironinya jika "Dasar Belia Nasional" ini mahu diterima, maka dengan sendirinya kita mempersempit ruang lingkup pelaksanaan dasar itu sendiri.

3. Cara penulisannya ialah 1 Malaysia ataupun Satu Malaysia.

4. Sendi Nama juga dikira sebagai satu perkataan, misalnya "di", "dan" dan sebagainya.

Tatabahasa12.08.2009
IPTA= Institusi Pengajian Tinggi Awam IPTS= Institusi Pengajian Tinggi Swasta (adalah kata nama khas) Soalan: Adakah institusi pengajian tinggi adalah kata nama khas? Perkataan ini "institusi pengajian tinggi" digunakan untuk merujuk kepada maktab/universiti/kolej secara am. Mohon pencerahan. Terima kasihInstitut pengajian tinggi awam dan institut pengajian tinggi swasta ialah kata nama am, tetapi lazimnya dalam menulis singkatan kedua-dua frasa nama itu dieja dengan huruf besar seperti IPTA dan IPTS.Tatabahasa29.08.2012
Manakah satu yang betul? Boleh berikan contoh ayat? 1. Institusi kekeluargaan 2. Institusi keluarga"Keluarga" bermaksud sanak saudara, manakala "kekeluargaan" ialah "hal yang berkaitan dengan keluarga" atau hubungan sebagai anggota dalam sesuatu keluarga. Oleh itu frasa yang betul ialah "institusi kekeluargaan".Tatabahasa30.10.2014
Institusi saya akan mengadakan satu program pada 30 september 2018. Oleh itu saya ingin merujuk tentang nama program yang di cadangkan adakah sesuai penggunaan perkataan yang di cadangkan. Nama program adalah "KARNIVAL PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT BERSAMA-SAMA KOMUNITI SIMPANG RENGGAM" . Adakah perkataan bersama-sama sesuai digunakan? Saya mohon bantuan.Cadangan nama program yang dikemukakan betul penggunaannya dari segi tatabahasa. Tuan juga boleh menggunakan cadangan yang berikut: "KARNIVAL PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT BERSAMA KOMUNITI SIMPANG RENGGAM".Tatabahasa12.09.2018
institusi pengajian tinggiJawapan dieja dengan huruf kecilEjaan21.08.2014
Salam Tahun Baharu, 1. Apakah beza frasa 'institusi keluarga' dan 'institusi kekeluargaan'? 2. Maksud 'post-mortem' dalam terjemahan BM, apa? 3. Maksud 'band', 'deskriptor', dan 'evidens' dalam terjemahan BM, apa? 4. Pakar IT mengatakan bahawa istilah 'laman sesawang' adalah tidak tepat untuk merujuk kepada 'laman web'. Pendapat tuan? 5. Kata 'diam' dan 'istirahat' tergolong dalam kata apa? 6. Bagaimanakah cara untuk membina ayat yang gramatis dengan menggunakan kata hubung pancangan komplemen 'untuk'? Sekian, terima kasih.1. Keluarga bermaksud sanak saudara, manakala kekeluargaan ialah hal yang berkaitan dengan keluarga atau hubungan sebagai anggota dalam sesuatu keluarga. Oleh itu, frasa yang betul ialah institusi kekeluargaan.
2. Perkataan post-mortem diterima pakai dalam konteks pemeriksaan dan pembedahan mayat untuk menentukan sebab-sebab kematian, manakala dalam konteks yang berbeza post-mortem diterjemahkan kepada pascanilai bagi mendapatkan maklumat untuk dibuat penambahbaikkan setelah sesuatu projek dilaksanakan. 
3. Band diterjemahkan kepada kumpulan, descriptor ialah penerang, dan evidence ialah bukti atau keterangan. Untuk maklumat lanjut rujuk www.prpm.dbp.gov.my
4. Laman sesawang' ialah pilihan lain kepada istilah 'laman web'. Ketepatan istilah ini telah dibincangkan oleh pakar bidang dan dipersetujui. Dalam pelaksanaan pengguna boleh memilih salah satu daripadanya. 
5. Diam dan istirahat ialah kata kerja 
6. Contoh ayat komplemen ialah Cikgu itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin. Untuk membina ayat yang gramatis dengan menggunakan kata hubung pancangan komplemen sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, halaman 253.
Tatabahasa13.01.2013
12345678910...

Kembali ke atas