Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. badan atau organisasi yg ditubuhkan utk sesuatu tujuan tertentu; ~ kewangan bank dsb; ~ pengajian tinggi universiti atau maktab; 2. sesuatu (spt agama, ciri-ciri budaya, dll) yg sudah berakar umbi atau menjadi kukuh dlm masyarakat dll: ~ pawang, bomoh, atau dukun sudah ada dlm budaya Melayu berabad-abad lamanya; penghuraian terhadap ~ agama Islam; menginstitusikan menjadikan (sbg suatu) institusi, menjadikan sesuatu berakar umbi atau kukuh dlm masyarakat dll: berpunca drpd keadaan inilah timbul satu perbezaan jelas antara lelaki dan wanita, lalu diinstitusikan; keinstitusian yg berkaitan dgn sistem, ciri, atau sifat institusi: susunan ~ hendaklah mencerminkan tahap amanah yg tinggi, sikap terbuka, dsb; penginstitusian perihal menginstitusikan sesuatu (badan, organisasi, kaedah) supaya kukuh dlm masyarakat atau organisasi: kelompok sains itu mempunyai beberapa ciri khusus yg memungkinkan ~ kaedah sains. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : badan yg melaksanakan tugas yg bersifat am.. ~ pengajian tinggi universiti dsb (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
institusi
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :organisasi


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
548 istilah berserta huraian, hasil penyusunan yang dilakukan oleh pakar yang berkaliber dalam bidang ini. Penerbitan Kamus Teknologi Maklumat: Keselamatan Komputer ini diharapkan dapat memenuhi keperluan para pengguna khususnya pelajar institusi pengajian tinggi, pensyarah, para pengamal dalam bidang Teknologi Maklumat serta pengguna umum yang lain. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada para penyusunnya. Mereka Ig. Acceptable Use Policy (AUP); Br. Polisi Guna Boleh Terima; Id. Kebijakan Guna Bisa Terima) Dasar yang menggariskan penggunaan pelbagai sumber pengkomputeran atau rangkaian. Dasar ini biasanya diguna pakai terhadap institusi yang menyediakan capaian kepada sistem rangkaian itu sendiri. dasar kata laluan (Ig. password policy; Br. polisi kata laluan; Id. kebijakan sandi lewat) Garis panduan yang menyarankan pelaksanaan peraturan kata laluan

Kembali ke atas