Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. badan atau organisasi yg ditubuhkan utk sesuatu tujuan tertentu; ~ kewangan bank dsb; ~ pengajian tinggi universiti atau maktab; 2. sesuatu (spt agama, ciri-ciri budaya, dll) yg sudah berakar umbi atau menjadi kukuh dlm masyarakat dll: ~ pawang, bomoh, atau dukun sudah ada dlm budaya Melayu berabad-abad lamanya; penghuraian terhadap ~ agama Islam; menginstitusikan menjadikan (sbg suatu) institusi, menjadikan sesuatu berakar umbi atau kukuh dlm masyarakat dll: berpunca drpd keadaan inilah timbul satu perbezaan jelas antara lelaki dan wanita, lalu diinstitusikan; keinstitusian yg berkaitan dgn sistem, ciri, atau sifat institusi: susunan ~ hendaklah mencerminkan tahap amanah yg tinggi, sikap terbuka, dsb; penginstitusian perihal menginstitusikan sesuatu (badan, organisasi, kaedah) supaya kukuh dlm masyarakat atau organisasi: kelompok sains itu mempunyai beberapa ciri khusus yg memungkinkan ~ kaedah sains. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : badan yg melaksanakan tugas yg bersifat am.. ~ pengajian tinggi universiti dsb (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
institusi
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :organisasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Institutional Theory of ArtTeori Seni InstitusiKesenianTiadaTeori estetik yang menganggap bahawa taraf kesenian sesebuah karya bergantung pada penerimaan institusi-institusi tertentu dan masyarakat.
nominee companysyarikat penamaPentadbiran PerniagaanTiadaSyarikat yang dibentuk oleh sesebuah syarikat broker, bank ataupun institusi-institusi lain bagi tujuan memegang saham bagi pihak tuan punya saham tersebut yang berkepentingan.
socialistsosialisSains PolitikPolitik PerbandinganIndividu atau kelompok yang mendukung fahaman sosialis. Pendukung sosialis cenderung kepada konsep pemilikan awam seperti pendidikan, pengangkutan, hospital atau kesihatan dan pembekalan tenaga yang dimiliki oleh kerajaan. Mereka juga tidak membenarkan institusi-institusi penting ini dikuasai oleh pihak peniaga persendirian yang lebih mementingkan keuntungan. Pendukung ini menentang keras sistem kapitalis yang menindas kelas bawahan. Terdapat beberapa variasi sosialisme seperti leninisme, stalinisme dan marhaenisme. Contoh tokoh sosialis tanah air sebelum merdeka ialah Ahmad Boestamam.
fourth marketpasaran keempatPentadbiran PerniagaanTiadaDagangan sekuriti daripada satu institusi kepada institusi lain tanpa menggunakan perkhidmatan firma broker.
Islamic banking institutioninstitusi perbankan IslamEkonomiEkonomi IslamInstitusi perbankan yang menawarkan produk dan perkhidmatan selari dengan syariah. Institusi ini mengelakkan urus niaga berdasarkan kadar bunga dengan menggalakkan urus niaga berdasarkan jual beli dan perkongsian untung. Di samping mencari keuntungan, institusi perbankan Islam juga tidak mengabaikan objektif kebajikan seperti membantu golongan miskin melalui kemudahan qardul hasan. Institusi ini boleh berbentuk sama ada perbankan Islam penuh atau jendela Islam.
investment grade bondbon gred pelaburanPentadbiran PerniagaanTiadaBon yang mempunyai penarafan yang baik yang biasanya dibeli oleh pelabur institusi dan institusi kewangan tertentu.
nonbank financial intermediarypengantara kewangan bukan bankEkonomiEkonomi IslamInstitusi kewangan khusus yang ditubuhkan dan dikawal selia oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan untuk memenuhi kehendak unit lebihan dan unit kurangan yang berbeza. Institusi ini terdiri daripada lima kumpulan, iaitu institusi pembiayaan pembangunan, institusi tabungan, kumpulan wang simpanan dan pencen, syarikat insurans dan sekumpulan pengantara kewangan lain seperti unit amanah dan amanah harta benda, syarikat pemajakan, syarikat pemfaktoran, syarikat token kredit, syarikat modal teroka, Perbadanan Cagaran Malaysia Berhad dan Syarikat Jaminan Kredit.
Bretton Woods InstitutionInstitusi Bretton WoodsUndang-undangUndang-undang AntarabangsaInstitusi yang ditubuhkan oleh Persidangan Bretton Woods 1944 untuk mengatur sistem ekonomi antarabangsa pasca- Perang Dunia Kedua. Institusi tersebut terdiri daripada tiga buah badan, iaitu Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa (ITO), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia. Walau bagaimanapun, penubuhan ITO tidak menjadi kenyataan dan digantikan oleh satu kerangka ad hoc, iaitu Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT) pada tahun 1947, tetapi kemudiannya ditamatkan apabila tertubuhnya Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) pada tahun 1995.
bridge coursekursus tautPendidikanTiadaRancangan pengajaran yang bermula di sebuah institusi dan berakhir di institusi yang lain.
learning organisationorganisasi pembelajaranPentadbiranPentadbiran Awam

 Institusi pengajian yang ditubuhkan khas untuk mendidik, melatih dan memberi kemahiran kepada pelajar dalam bidang tertentu. Institusi ini mempunyai sistem pendidikan yang telah ditetapkan dan disusun mengikut sukatan yang sesuai dengan tahap keperluan ijazah, diploma atau sijil. Di peringkat ijazah dan diploma, institusi pendidikan ini dilaksanakan oleh universiti dan kolej universiti. Manakala di peringkat sijil kemahiran vokasional dan teknikal, institusi pendidikan ini dilaksanakan oleh institusi kemahiran seperti Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN). Terdapat juga institusi latihan khas untuk profesion tertentu seperti kursus pentadbiran awam oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) untuk melatih pegawai tentera. 

12345678910...

Kembali ke atas