1. Perkataan "internet" sepatutnya ditulis sbg internet @ Internet? Adakah ia kata nama am @ khas? 2. mencantas rambut & memangkas rambut betul atau salah ? Terima kasih | 1. Internet ialah kata nama khas, maka huruf awalannya hendaklah ditulis dengan huruf besar walaupun pada pertengahan ayat. 2. Mengikut Kamus Dewan, mencantas ialah memancung sesuatu dgn benda tajam dgn sekali ayun; Memangkas pula diberikan dua iaitu makna pertama, menggunting rambut supaya rapi: rambut di pelipisnya menjulur tidak dipangkasnya; kedua makna memotong hujung (rumput, pokok, dan lain-lain). Terdapat peralatan yang dinamakan "pemangkas" iaitu alat spt gunting dll yg digunakan untuk memangkas. | Makna | 04.05.2017 |
kenapa internet menggunakan huruf besar seperti penggunaan Internet dan bukan penggunaan internet melayari Internet, teknologi Internet. Buku Tahun 1 huruf kecil, Tahun 2 dan 3 huruf besar pula. Tahun 5 pula huruf kecil. buku teks ini keluaran DBP. | Internet ialah kata nama khas, maka huruf awalannya hendaklah ditulis dengan huruf besar walaupun pada pertengahan ayat. Maklumat yang tuan berikan kami kemukakan kepada Bahagian Buku Teks untuk semakan dan tindakan selanjutnya. | Ejaan | 19.10.2015 |
Manakah yang betul? 1. melayari ( internet / Internet ) 2. menyental kotoran ( di / pada ) meja | 1. Internet. 2. di atas meja. | Tatabahasa | 06.04.2014 |
perkataan internet ditulis Internet atau internet. Saya pernah diberitahu bahawa perkataan tersebut perlu ditulis dengan huruf 'i' besar ('I') sama ada di awal ayat atau di pertengahan ayat. | Internet ialah kata nama khas, oleh itu huruf awalannya hendaklah ditulis huruf besar walaupun di pertengahan ayat. | Ejaan | 29.05.2009 |
Salam Tuan/Puan, Mana satukah yang betul tatabahasanya untuk menterjemah ayat "Connect to Internet?" 1) Sambung kepada Internet. 2) Sambung melalui Internet. 3) Sambung dengan Internet. 4) Sambung ke Internet. Harap Tuan/Puan dapat beri sedikit pencerahan tentang penggunaan kata sendi yang paling sesuai digunakan. Terima kasih. | Wkslm ... Terjemahan yang sesuai bagi 'Connect to Internet' ialah Sambung melalui internet. Melalui dalam konteks ayat tersebut berfungsi sebagai "dengan perantaraan" atau "menerusi". | Makna | 25.07.2020 |
mohon pencerahan terjemahan bagi Internet of Things (IoT) terdapat tiga jawapan yang dijumpai di Internet: 1) Internet untuk Segala-galanya 2) Peranti Internet Berhubung 3) Peranti Berhubung Internet terima kasih | Untuk makluman, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "internet of Things" ialah Internet Benda. | Istilah | 20.09.2016 |
bagaimana menulis: 1. konsep 'klik dengan bijak'/ Konsep Klik Dengan Bijak/ konsep klik dengan bijak (condong; dalam Italic) 2. internet/ Internet 3. Information and Communication Technologies (ICT)/ (condong; dalam Italic) | 1. Konsep 'Klik dengan Bijak' 2. Internet 3. Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tatabahasa | 11.12.2012 |
yang mana betul a. Ekor kucing itu terpijak oleh saya. atau b. Ekor kucing itu saya terpijak. ejaan mana yang betul a. sedia kala atau sediakala b. Internet atau internet (adakah kata ini kata nama khas) (mengikut Kamus Dewan dieja Internet) a. internet | a. Dua-dua salah. Jawapan yang betul ialah " Saya terpijak ekor kucing itu". b. Sediakala b. Internet Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada suatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Contoh kata nama khas ialah seperti Amelia, Raja Zakuan, Jibrail, Kancil, Melayu, Singapura, Piala Thomas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Honda, dan lain-lain. | Tatabahasa | 27.06.2008 |
Internet? Adakah perkataan Internet kata nama khas? atau Jaringan Internet sahaja kata nama khas? | Selamat ptg. Internet merupakan kata nama khas. Sekain, terima kasih. | Tatabahasa | 17.11.2016 |
Tuan/Puan, 1)Mana frasa yang betul - melungsuri internet / melayari internet? 2)Boleh saya gunakan papan gelongsor untuk perkataan 'skateboard'? 3) Apa perbezaan bila, bilakah dan apabila? Terima kasih, Tuan & Puan. | Salam sejahtera, Puan, Penggunaan perkataan yang betul: 1. Melayari internet 2. skateboard- papan selaju Bagi soalan ketiga, perbezaannya seperti keterangan berikut: Bila merupakan kata tanya yang digunakan untuk menanyakan waktu (masa, ketika). Bilakah merupakan kata tanya yang hadir di hadapan ayat. Apabila merupakan kata hubung pancangan keterangan yang merujuk "pada ketika". Contoh ayat: Apabila senja tiba, kelawar berterbangan keluar mencari makanan. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 17.10.2019 |