Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.tim] | اينتيم

Definisi : sangat mesra dan rapat atau karib (bkn perhubungan, persahabatan, dsb): meskipun kedua-dua belah negara menghadapi masalah dr semasa ke semasa, hubungan Malaysia dan Singapura tetap ~; keintiman perihal (keadaan, perhubungan) intim, keakraban. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
intim
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :erat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
intimate spaceruang intimLandskapTiadaBilik atau tempat yang dikhaskan untuk seseorang individu melakukan aktiviti bersendiri seperti bertafakur, bersembahyang dan sebagainya.
authorial intusioncelahan pengarangKesusasteraanTiadaAlat penceritaan yang membenarkan pengarang untuk memberhentikan cerita sejenak, keluar daripada cerita dan berbicara secara terus-menerus dengan pembaca. Tidak seperti watak dalam cerita yang dikisahkan, celahan pengarah merupakan suara orang yang tidak terlibat sama sekali dalam aksi cerita. Justeru, suara tersebut dapat memainkan peranan sebagai pembekal maklumat yang tidak diketahui oleh watak dalam cerita. Celahan pengarang tidak semestinya berbentuk percakapan intim seorang pengarang seperti yang terdapat dalam diari atau memoir. Celahan pengarang boleh juga dianggap sebagai pengarang tersirat apabila suara pengarang tidak ketara tetapi tetap diketahui dan difahami. Dalam perkembangan teknik penceritaan, celahan pengarang dipinggirkan untuk sekian waktu kerana dianggap terlalu menonjol, tidak halus, dan tidak berseni tinggi. Namun begitu, pada dekad 1970-an, celahan pengarang digunakan semula apabila bentuk cereka metafiksyen diperkenalkan, dan mula mendapat perhatian ramai. Dalam sastera Melyu moden, b
authorial omniscient voicesuara pengarang serba tahuKesusasteraanTiadaAlat penceritaan yang digunakan dalam novel untuk merujuk kepada suara pengisah yang tahu serba-serbi tentang cerita yang dikisahkan. Oleh sebab kedudukannya yang serba tahu, maka sesuatu yang diperkatakan sama ada ulasannya tentang watak ataupun pandangannya terhadap cerita secara keseluruhannya dianggap sebagai maklumat yang benar dan berwibawa. Suara yang digunakan untuk menyampaikan maklumat biasanya jarang bernada intim tetapi lebih bersifat autoritatif. Istilah ini dicipta oleh John Gardener. Lihat juga pnegisahan bermediasi, pengisah ketara, pengisah saksi, pengisah utama.

Kembali ke atas