Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.ri.ta.si] | ايريتاسي

Definisi : (Ubat) keadaan atau rasa tidak selesa (gatal-gatal, pedih, sakit, bengkak, panas dsb) pd sesuatu bahagian tubuh akibat sesuatu rangsangan, kerengsaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata iritasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reversible pulpitispulpitis berbalikPergigianTiadaKeradangan tisu pulpa yang disebabkan oleh iritasi karies gigi dan reda setelah gigi di rawat. Kesakitan yang dirasai hanya seketika dan hilang apabila rangsangan dibuang, sakit mencucuk dan terhad kepada kawasan gigi yang terlibat dan tidak mengganggu tidur. Pembuangan sumber iritasi karies ini boleh menyebabkan tisu pulpa kembali menjadi normal.
mechanical irritationiritasi mekanikalPerubatanTiadaTiada
itchgatalPerubatanTiadaKudis buta.,Iritasi pada kulit, yang mengaruh keinginan untuk menggaru.
gag reflexrefleks gagPerubatanTiadaMuntah akibat iritasi kerongkong atau farinks.
corneal reflexrefleks korneaPerubatanTiadaPejaman mata akibat daripada iritasi kornea.
pulpitispulpitisPergigianTiadaKeradangan tisu pulpa akibat infeksi bakteria, iritasi bahan kimia, kesan terma atau trauma. Terdapat dua jenis pulpitis iaitu pulpitis akut dan pulpitis kronik.
liningpelapikPergigianTiadaLapisan nipis yang diperbuat daripada simen pergigian. Lapisan ini menjadi benteng untuk menghalang kesan iritasi kimia dan terma terhadap dentin dan pulpa. Bahan yang biasa digunakan ialah simen berasaskan zink oksida eugenol atau kaca ionomer.
reparative dentinedentin reparatifPergigianTiadaSejenis dentin yang terbentuk hasil daripada tindak balas yang berlaku terhadap rangsangan luar seperti iritasi bahan kimia, kesan terma, trauma atau atrisi. Jenis dentin yang terbentuk adalah daripada jenis yang tidak teratur.
irreversible pulpitispulpitis tak berbalikPergigianTiadaKeradangan tisu pulpa yang tidak boleh reda. Kesakitan selalunya dirasai dengan tiba-tiba atau dirangsang oleh bahan iritasi. Kesakitan selalunya berterusan melebihi 15 saat dan sakitnya terhad kepada kawasan gigi serta mengganggu tidur. Ini menandakan infeksi pulpa telah berlaku. Jika rangsangan berterusan, tisu pulpa akan mengalami nekrosis. Rawatan secara operatif biasanya tidak dapat menyelesaikan masalah keradangan melainkan rawatan kanal akar dijalankan.
cavity varnishvarnis kavitiPergigianTiadaBahan kimia yang disapu pada kaviti untuk membentuk satu lapisan. Bahan ini berfungsi sebagai penghalang mikrobocoran dan kemasukan bakteria dan iritasi bahan kimia daripada simen pergigian ke dalam tubul dentin. Ketebalan lapisan ini di antara 2-5 ?m dan disapu sebanyak dua kali bagi memastikan keberkesanannya.
12

Kembali ke atas