a)Adik membina istana daripada pasir. atau b)Adik membina istana pasir. (a) atau (b) yang betul? | a) Adik membina istana daripada pasir. atau b)Adik membina istana pasir. Kedua-dua ayat tersebut betul, ayat pertama memberitahu daripada apa istana itu dibina dan ayat kedua memberitahu jenis istana yang dibina. | Tatabahasa | 17.01.2012 |
Istana dalam ayat di bawah ditulis dengan huruf kecil atau besar? Alat kerumong dalam gamelan Melayu dari tradisi istana Pahang dan Terengganu dan masih dimainkan hari ini. | Perkataan “istana” pada ayat tersebut ditulis dengan huruf kecil kecuali pada permulaan ayat. Sekiranya nama istana tersebut merupakan nama khas, maka nama istana ditulis dengan huruf besar, contohnya Istana Negara dan Istana Budaya. | Tatabahasa | 14.05.2024 |
Apakah fungsi-fungsi bahasa istana? | Bahasa istana merupakan satu jenis laras bahasa yang terdapat dalam bahasa Melayu. Digunakan oleh golongan istana dalam sistem komunikasi antara mereka seperti panggilan gelaran-gelaran, dan sebagainya. | Lain-lain | 08.09.2006 |
Adakah bahasa istana melambangkan budaya penuturnya? Apakah bahan-bahan rujukan yang bersesuaian yang boleh di rujuk berkaitan soalan di atas? | Ya, kerana penutur bahasa istana berasimilasi dengan budaya istana. laras dan ungkapan khusus dalam bahasa tersebut. Untuk maklumat lanjut Sdr. bolehlah membaca buku tentang bahasa istana yang ditulis oleh Asmah Haji Omar yang diterbitkan oleh DBp dan makalah lain tentang perkara ini. | Lain-lain | 19.08.2006 |
apakah bersalin/melahirkan,terima kasih, dan datang yang digunakan dalam bahasa istana? | Bahasa istana merupakan satu jenis laras bahasa yang terdapat dalam bahasa Melayu. Digunakan oleh golongan istana dalam sistem komunikasi antara mereka seperti panggilan gelaran-gelaran dan sebagainya yang mengandungi nilai bahasa yang tinggi dan beradab. Saudara boleh merujuk perkara ini di Bahagian Protokol dan Adat Istiadat, Jabatan Perdana Menteri. | Istilah | 26.04.2009 |
Saya ingin mendapatkan rujukan bagi saya menamakan ruangan/bilik-bilik di Istana yang mencerminkan imej Istana Negara sebagai institusi Diraja. | Penamaan bilik atau dewan boleh dibuat berdasarkan nama yang berkaitan dengan diraja seperti nama-nama sultan/Yang Dipertuan Agong, nama klasik di istana zaman dahulu, bunga, tumbuhan, bintang, batu permata dan sebagainya bergantung pada konsep yang hendak ditonjolkan. DBP ada menerbitkan buku Garis Panduan Menamai Syarikat, bangunan, kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan sebagai panduan umum dalam penamaan tempat awam. Walau bagaimanapun jika puan memilih untuk menamakan bilik dengan konsep yang tertentu, silalah rujuk buku yang berkaitan. | Lain-lain | 27.06.2012 |
Salam sejahtera, saya ingin bertanya tentang maksud "dukacita". Merujuk kepada Kamus Dewan (laman PRPM), dukacita mempunyai definisi susah hati dan sedih. Namun begitu, merujuk kepada laman Istana Negara berkenaan bahasa istana (http://www.istananegara.gov.my/bahasa-istana/) perkataan ke-14 dalam senarai perkataan menunjukkan Dukacita (bahasa Awam) seerti dengan Marah atau Murka dalam bahasa istana. Mohon penjelasan dan pencerahan untuk penggunaan perkataan dukacita. Sekian, terima kasih. | Untuk makluman tuan Kamus DBP memberikan maksud perkataan yang lazim digunakan. Walau bagaimanapun, sesuatu perkataan boleh membawa maksud yang berbeza mengikut konteks atau laras penggunaannya. Contohnya, perkataan dukacita bermaksud perasaan sedih atau susah hati dalam konteks umum, namun dalam laras bahasa istana perkataan dukacita hendaklah dibaca dengan maksud yang dinyatakan dalam konteks tersebut. | Tatabahasa | 30.07.2021 |
Apabila seseorang hamba ingin mengadu/memaklumkan sesuatu peristiwa/perkara kepada raja, apakah perkataan yang digunakan untuk merujuk “mengadu” (bahasa istana)? Contohnya, bahasa istana bagi “tidur” ialah beradu. Saya telah merujuk beberapa laman web yang memberikan bahasa istana. Namun demikian, saya tidak dapat mencari perkataan yang digunakan untuk merujuk “mengadu”. Bolehkah perkataan “mengadu” digunakan atau apakah perkataan yang lebih sesuai untuk digunakan? Mohon beri tunjuk ajar. Terima kasih. | Dalam sumber rujukan kami tidak ada padanan untuk perkataan mengadu dalam bahasa diraja, lagipun bahasa diraja terhad perbendaharaan katanya dan tidak semua kata ada padanannya dalam bahasa diraja. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Bahasa Diraja yang ditulis oleh Prof. Emeritus Asmah Haji Omar, terbitan DBP. | Tatabahasa | 07.06.2010 |
Apakah definisi bahasa istana? Apakah ciri-cirinya dan fungsi-fungsinya ? | Bahasa istana atau bahasa dalam merupakan bahasa komunikasi keluarga diraja, ketua negeri dan ketua negara yang mengandungi nilai bahasa yang tinggi dan beradab. Untuk mendapatkan penjelasan lanjut saudara bolehlah mendapatkan buku berkaitan bahasa istana yang berada dalam pasaran atau hubungi bahagian Adat Istiadat, Istana Negara. | Makna | 05.09.2006 |
Salam, sy keliru, titah ydpa semalam yg berbunyi “ydpa dukacita”, adakah dukacita bermaksud marah dlm bahasa istana? Kalau rujuk di portal istana negara, dukacita bahasa awam = murka bahasa istana. Blh jelaskan? | Dukacita bermaksud duka, susah (sedih) hati. Manakala murka bermaksud marah. Oleh itu, dukacita juga digunakan sebagai bahasa istana. | Lain-lain | 30.07.2021 |