castle | istana | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Bangunan kediaman kursus untuk sultan, raja dan bangsawan. Di alam Melayu, istana mempunyai ciri khusus seperti Balai Penghadapan dan Singgahsana yang membezakannya dengan kediaman rakyat jelata. Alat-alat kebesaran diraja biasanya disimpan di istana. Istana merupakan pusat pemerintahan dan politik selain menjadi pusat penyebaran agama, ilmu pengetahuan, pengembangan seni dan budaya. |
court drama | drama istana | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk hiburan yang dipersembahkan di istana raja pada zaman dahulu khusus untuk tontonan kalangan istana dan kaum bangsawan. |
court intrigue | tipu daya istana | Sejarah | Tiada | Perbuatan berkomplot di istana untuk sesuatu tujuan jahat. |
bouncy castle | istana ambul | Umum | Tiada | Model besar boleh kembung, lazimnya berbentuk istana yang membolehkan kanak-kanak melompat-lompat dan bermain. |
court comedy | komedi istana | Kesusasteraan | Tiada | Komedi yang ditulis untuk persembahan golongan istana. |
court record | rekod istana; rekod mahkamah | Sejarah | Tiada | Catatan yang bertulis di istana yang ditulis oleh penulis yang dilantik oleh raja biasanya dalam penulisan sejarah Melayu. |
palace literature | sastera istana; sastera keraton | Kesusasteraan | Tiada | Sastera yang dilahirkan di kalangan istana khususnya oleh pujangga atau empu. |
court poetry | puisi istana | Kesusasteraan | Puisi | Syair yang dinyanyikan, didendangkan atau dibacakan oleh biduan istana dalam sesuatu keramaian atau keraian. Contohnya, syair "Puteri Beradu". |
court dress | pakaian istana | Kesenian | Tiada | Pakaian dan alatan yang digunakan untuk adat istiadat harian dan istiadat tertentu di dalam istana semasa menghadap raja. |
hyangak | hyangak | Muzik | Tiada | Muzik istana subkategori chongak yang berbeza dengan t'angak, Hyangak ialah muzik istana yang menggabungkan muzik Korea dengan muzik China. Contoh hyangak yang terkenal ialah Sujech 'on, iaitu sebuah muzik instrumental yang dicipta pada awal abad ke-9. Hyangak dalam bahasa Korea bermaksud muzik Korea asli. |