Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[is.te.ri] | ايستري

Definisi : 1. bh perempuan yg menjadi pasangan hidup kpd seseorang lelaki, bini: upacara pembukaan pasar ria itu dilakukan oleh ~ Menteri Pendidikan; laki ~ = suami ~ laki dan bini bersama-sama; 2. perempuan yg sudah berkahwin, wanita: kaum ~; ~ muda isteri yg terkemudian dikahwini; ~ tua isteri yg terdahulu dikahwini; beristeri 1. mempunyai isteri, berbini: bagi saya soal duit tidak penting kalau hendak ~;2. sudah berkahwin (bagi lelaki), berbini: dia sudah ~; beristerikan mempunyai seseorang sbg isteri; memperisteri mengambil akan isteri, menjadikan isteri, mengahwini: setelah tuan puteri itu masuk Islam lalu diperisteri oleh baginda; memperisterikan memberi isteri, mengahwinkan (anak laki-laki): bila anaknya telah galak lalu diperisterikanlah dgn tidak usul lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[is.te.ri] | ايستري

Definisi : 1 perempuan yg menjadi pasangan hidup kpd seseorang lelaki; perempuan yg telah berkahwin dgn seseorang lelaki. 2 perempuan yg sudah berkahwin: perkumpulan kaum ~. memperisteri menjadikan isteri; mengahwini: Baginda ~ puteri dr Palembang. memperisterikan memberi beristeri; mengahwinkan anak lelaki: Encik Hamid mengadakan kenduri kahwin kerana ~ anak sulungnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Bahulu dalam pinggan,
     Tiga hidangan roti raji;
Jangan malu jangan segan,
     Kita sudah suami isteri.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Menggantikan lapik.

Bermaksud :

Memperisteri bekas isteri saudaranya.

 

Lihat selanjutnya...(45)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Surat-surat Samad kepada isteri-isteri dan anak-anaknyaJohan JaaffarDewan Sastera1 July 1989
Isteri Seorang LelakiZabidin Haji IsmailDewan Sastera1 February 2001
Isteri Untuk SuamikuAdilah HamzahAnis1 December 2008
IsteriZahari HasibKeluarga Harmoni15 May 2008
Isteri Thaksin Tidak Mengaku SalahTiadaDewan Masyarakat1 May 2008
IsteriNazira Mohd NoorNur1 January 2008
IsteriIsmail HashimWanita1 December 2007
IsteriRosman NordinJelita1 April 2000
Isteri IAbdullah ShuibWanita1 May 2003
Isteri TerbaikMohd. Kassim MahmudWanita1 February 2003
12345678910...

Kembali ke atas