Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[is.te.ri] | ايستري

Definisi : 1. bh perempuan yg menjadi pasangan hidup kpd seseorang lelaki, bini: upacara pembukaan pasar ria itu dilakukan oleh ~ Menteri Pendidikan; laki ~ = suami ~ laki dan bini bersama-sama; 2. perempuan yg sudah berkahwin, wanita: kaum ~; ~ muda isteri yg terkemudian dikahwini; ~ tua isteri yg terdahulu dikahwini; beristeri 1. mempunyai isteri, berbini: bagi saya soal duit tidak penting kalau hendak ~;2. sudah berkahwin (bagi lelaki), berbini: dia sudah ~; beristerikan mempunyai seseorang sbg isteri; memperisteri mengambil akan isteri, menjadikan isteri, mengahwini: setelah tuan puteri itu masuk Islam lalu diperisteri oleh baginda; memperisterikan memberi isteri, mengahwinkan (anak laki-laki): bila anaknya telah galak lalu diperisterikanlah dgn tidak usul lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[is.te.ri] | ايستري

Definisi : 1 perempuan yg menjadi pasangan hidup kpd seseorang lelaki; perempuan yg telah berkahwin dgn seseorang lelaki. 2 perempuan yg sudah berkahwin: perkumpulan kaum ~. memperisteri menjadikan isteri; mengahwini: Baginda ~ puteri dr Palembang. memperisterikan memberi beristeri; mengahwinkan anak lelaki: Encik Hamid mengadakan kenduri kahwin kerana ~ anak sulungnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Bahulu dalam pinggan,
     Tiga hidangan roti raji;
Jangan malu jangan segan,
     Kita sudah suami isteri.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Menggantikan lapik.

Bermaksud :

Memperisteri bekas isteri saudaranya.

 

Lihat selanjutnya...(45)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Isteri-isteri Rasulullah s.a.wBulan BintangTiada1974 
Isteri Untuk Disewa Tiada20159789670246604
IsteriDewan Bahasa dan PustakaTiada1988 cetakan 2015978-983-62-0025-9
Isteri Separuh Masa Tiada20159789675067969
Isteri Raja NagaProgressive Publishing House Sdn. Bhd.Tiada19949839736043
Isteri dan poetera HitlerMerdeka PressTiada1946 
Isteri yang kaduaTimor PressTiada  
Isteri terkorbanSentosa StoreTiada1950 
Isteri ImranDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada20079789836294135
IsteriPekan IlmuTiada2008978-967-5106-00-2
123456789

Kembali ke atas