Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[is.te.ri] | ايستري

Definisi : 1. bh perempuan yg menjadi pasangan hidup kpd seseorang lelaki, bini: upacara pembukaan pasar ria itu dilakukan oleh ~ Menteri Pendidikan; laki ~ = suami ~ laki dan bini bersama-sama; 2. perempuan yg sudah berkahwin, wanita: kaum ~; ~ muda isteri yg terkemudian dikahwini; ~ tua isteri yg terdahulu dikahwini; beristeri 1. mempunyai isteri, berbini: bagi saya soal duit tidak penting kalau hendak ~;2. sudah berkahwin (bagi lelaki), berbini: dia sudah ~; beristerikan mempunyai seseorang sbg isteri; memperisteri mengambil akan isteri, menjadikan isteri, mengahwini: setelah tuan puteri itu masuk Islam lalu diperisteri oleh baginda; memperisterikan memberi isteri, mengahwinkan (anak laki-laki): bila anaknya telah galak lalu diperisterikanlah dgn tidak usul lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[is.te.ri] | ايستري

Definisi : 1 perempuan yg menjadi pasangan hidup kpd seseorang lelaki; perempuan yg telah berkahwin dgn seseorang lelaki. 2 perempuan yg sudah berkahwin: perkumpulan kaum ~. memperisteri menjadikan isteri; mengahwini: Baginda ~ puteri dr Palembang. memperisterikan memberi beristeri; mengahwinkan anak lelaki: Encik Hamid mengadakan kenduri kahwin kerana ~ anak sulungnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Bahulu dalam pinggan,
     Tiga hidangan roti raji;
Jangan malu jangan segan,
     Kita sudah suami isteri.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Menggantikan lapik.

Bermaksud :

Memperisteri bekas isteri saudaranya.

 

Lihat selanjutnya...(45)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
orang betina[o.ÒAN b«.ti.nA] isteriOrang betina aku ambek upah jaet baju.[o.ÒAN b«.ti.nA A.ku Am.bE u.pAh dZAet bA.dZu]Isteri saya mengambil upah menjahit baju.
orang pompuan[o.ÒAN pom.pu.wAn] isteriOrang pompuan dia tak reja.[o.ÒAN pom.pu.wAn di.jA tA Ò«.dZA]Isterinya tidak bekerja.
layok[lA.j/]kata kerjamemperlihatkan sesuatu dengan tujuan untuk menunjuk-nunjuk; golek.Dia mai layok bini baru dia kat opeh.[di.jA mAj lA.j/ bi.ni bA.Òu di.jA kAt .peh]Dia datang menunjuk-nunjuk isteri barunya di pejabat.
siru[si.Òu]kata adjektifberkenaan dengan seseorang yang berlagak dan sombongLaki baru dapat sagen, bini punyala siru.[lA.ki bA.Òu dA.pAt sA.gen bi.ni pu.øA.lA si.Òu]Suami baru mendapat pangkat sarjan, isteri sudah berlagak dan sombong.
mumbang[mum.bAN]kata namatempurung kelapa yang masih lembut dan boleh dimakanBini Mat tu mengidam nak makan mumbang. Mana nak pi cari?[bi.ni mAt tu m«.Ni.dAm nA/ mA.kAn mum.bAN mA.nA nA/ pi tSA.Òi]Isteri Mat itu mengidam hendak makan tempurung kelapa yang masih lembut. Di mana boleh dapat?

Kembali ke atas