Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
istilah
Rujuk :kata, peristilahan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Adakah DBP menerbitkan buku istilah sukan Bola Sepak?Waalaikumussalam WBT dan Salam Sejahtera. DBP ada menerbitkan buku istilah sukan yang merangkumi bidang bola sepak. Untuk maklumat lanjut, Saudara boleh melayari laman sesawang Pusat Dokumentasi Melayu, http://pustaxa.dbp.gov.my/ dan laman sesawang dbp.niaga.my untuk mendapatkan maklumat lanjut buku tersebut. Terima kasih.Lain-lain20.03.2019
Mohon carikan padanan kata Bahasa Melayu/ istilah sukan bagi perkataan trapping (salah satu teknik mengawal bola dalam bola sepak). Terima kasih.Merujuk istilah pendidikan jasmani, trapping bermaksud sambut, iaitu salah satu teknik menyambut/mengawal bola.Istilah27.10.2010
Saya ingin membuat carian terjemahan yang sepadan dengan frasa 'poetry slam'. Carian awal mendapati 'slam' sebagai istilah dalam pendidikan ialah 'slem', namun tidak ada huraian ditampilkan. 'Grand slam' sebagai istilah sukan diberikan padanan 'Grand slam' juga. Bolehkah saya menggunakan 'slam puisi' atau 'pertandingan deklamasi sajak'?Kami mencadangkan frasa "pertandingan Deklamasi Sajak" yang digunakan bagi mengungkapkan maksud poetry slam kerana frasa itu gramatis dan difahami oleh khalayak.Tatabahasa07.09.2014
Salam, e-Sukan (juga dikenali sebagai eSports , adalah permainan berdaya saing melalui(video games). e-Sukan = Sukan elektronik, boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk sukan di mana aspek-aspek utama sukan ini dipermudahkan oleh sistem elektronik(berkomputer dan melalui internet) rujukan wikipedia https://en.wikipedia.org/wiki/Esports sila rujuk kepada rekod pertanyaan saya sebelum iniSekiranya "e-sukan" merujuk kepada sukan elektronik, istilah e-sukan boleh digunakan. Walau bagaimanapun, perkataan "sukan" mesti ditulis dengan huruf kecil "s" kerana perkataan "sukan" bukannya kata nama khas. Contoh lain seperti e-kerajaan dan e-tadbir urus.Istilah27.11.2015
Salam sejahtera. Saya ingin mendapatkan khidmat alihan bahasa dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu bagi frasa 'contact sports'. Yang mana lebih sesuai, adakah sukan sentuh / sukan sentuhan / sukan bersentuh / sukan bersentuhan? Atau ada yang lain selain ini? Terima kasih.Untuk makluman tuan/puan, tiada padanan khusus terjemahan bagi frasa contact sports dalam data kami. Walau bagaimanapun, pihak kami mencadangkan padanan bagi contact sports tersebut ialah Sukan Sentuh.Istilah16.05.2018
Apakah makna/ istilah yang sesuai untuk: 1. Sukan Teras 2. Sukan Berprestasi Tinggi Terima kasih.Secara umumnya, sukan teras ialah kategori sukan yang terpilih untuk peningkatan mutu sukan negara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, contohnya olahraga, bola sepak, badminton, boling dan hoki.

Sukan berprestasi tinggi pula ialah kategori sukan yang diuruskan dengan baik dan dapat mengharumkan nama negara dengan sumbangan pingat dalam pertandingan atau kejohanan sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Makna24.07.2023
Tuan/Puan, sila kenal pasti sama ada istilah-istilah berikut merupakan kata majmuk atau bukan kata majmuk. (a) sukan air (b) udara segarSukan air merupakan kata majmuk dan udara segar bukan kata majmuk.Tatabahasa06.09.2021
Salam, apakah maksud 'tuan rumah' dalam bidang sukan? Terima kasih.Dalam Kamus Dewa Edisi Empat, tuan rumah bermaksud pemilik rumah dan orang yang meraikan tetamu. Dalam bidang sukan,istilah tuan rumah digunakan untuk menggambarkan sesebuah organisasi/negeri/negara dan lain-lain yang menjadi lokasi untuk melakukan upacara sukan.Makna26.12.2013
Adakah penggunaan istilah “Kejohanan Sukan” betul bagi satu program yang menganjurkan variasi acara sukan dalam satu tempoh yang sama? Atau hanya boleh digunakan untuk penganjuran sukan spesifik seperti contoh “Kejohanan Menembak” atau “Kejohanan Olahraga”?

Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, perkataan “kejohanan” bermaksud pertandingan untuk menentukan peserta atau pasukan yang layak menjadi johan bagi sesuatu acara sukan. Oleh itu, frasa “Kejohanan Sukan” boleh digunakan mengikut konsep dan konteks ayat yang bersesuaian.

Istilah12.11.2023
Salam sejahtera, bolehkah tanya tuan/puan yang manakah istilah yang paling sesuai? 1) Rowing (sukan melumba perahu dengan menggunakan dayung): Lumba dayung, lumba perahu dayung atau mendayung? 2) Venue (stadium/pusat sukan/bangunan/padang yang menganjurkan pertandingan sukan): tempat, gelanggang, tempat acara, tempat penganjuran acara atau lokasi penganjuran? 3) Youth Olympic Games (Sukan Olimpik bagi atlet berumur 14-18 tahun): Sukan Olimpik Belia atau Sukan Olimpik Remaja Saya ada satu pertanyaan lagi: adakah istilah "Olimpik" betul? Atau hanya "Sukan Olimpik" sahaja boleh diterima?

Menurut Istilah MABBIM, terjemahan bagi ‘rowing’ ialah lumba dayung manakala ‘venue’ ialah tempat. Jika merujuk laman web Majlis Sukan Negara, terjemahan bagi Youth Olympic Games ialah Sukan Olimpik Remaja. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, terjemahan bagi ‘Olympic’ ialah Sukan Olimpik.

Makna18.09.2021
12345678

Kembali ke atas