Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.jah] | جاجه

Definisi : ; menjajah 1. pergi dr satu tempat ke tempat lain, menjelajah: kami telah ~ ke se­lu­ruh tempat itu; 2. menakluk dan me­me­rintah sesuatu daerah: sebelum orang Portugis datang ~, kota Melaka merupakan pusat kebudayaan Melayu; 3. ki menakluki, me­nguasai: peristiwa semalam sedang ~ pe­mikiran Sagid; terjajah dlm keadaan dijajah: kita mesti mem­bantu perjuangan rakyat yg masih ~; jajahan 1. kawasan yg termasuk dlm satu pentadbiran: negeri Johor dgn segala ~nya; 2. daerah atau kawasan (negeri dll) yg di­takluki: tanah ~ British; jalan ~ Id jalan kecil, lorong; penjajahan perihal atau perbuatan menjajah (sesebuah negeri atau kawasan lain): dia berjuang utk menamatkan ~ di negeri itu; penjajah bangsa (negeri) yg menjajah se­sebuah negeri lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.jah] | جاجه

Definisi : ; menjajah 1 menakluk dan memerintah sesebuah negeri atau daerah lain: Orang Inggeris pernah ~ India. 2 pergi dr suatu tempat ke suatu tempat; menjelajah. terjajah dlm keadaan dijajah: Negara-negara yg masih ~ hendaklah dimerdekakan. jajahan 1 kawasan yg termasuk dlm sesuatu pentadbiran; daerah: Kampung Batu Kikir termasuk dlm ~ Kuala Pilah. 2 daerah atau negeri yg dijajah: Sekarang sudah banyak tanah ~ Inggeris yg mencapai kemerdekaan. penjajahan perbuatan menjajah: Mereka telah berjuang mati-matian menentang ~ Inggeris. penjajah bangsa atau negara yg menjajah negara lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jajah
Kata Terbitan : menjajah, terjajah, jajahan, penjajahan, penjajah,