Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.lan] | جالن

Definisi : 1 tempat lalu lintas (kenderaan atau manusia) yg dibina drpd batu dan tar, tanah merah dll: ~ ke rumah saya belum bertar lagi. 2 ikhtiar; cara; akal: Ia mencari ~ utk mengambil buah yg tinggi itu. 3 gerakan (kereta, jarum jam dsb): Kereta ini laju ~nya. 4 perkembangan sesuatu peristiwa (cerita dsb): ~ cerita. ~ bahasa gaya penggunaan bahasa dlm sesebuah cerita (novel, prosa dsb). ~ belakang a. jalan masuk melalui pintu belakang. b. perbuatan yg tidak mengikut undang-undang. ~ buntu a. = ~ mati jalan yg tidak ada sambungannya. b. tidak dpt diteruskan lagi; terhenti. ~ fikiran cara berfikir. ~ keluar a. jalan tempat keluar. b. cara menyelesaikan sesuatu perkara yg telah buntu. ~ raya jalan yg besar dan bertar. ~ susur jalan raya kecil yg agak selari dgn jalan raya utama utk menuju ke kawasan perumahan, kedai dsb. ~ tengah keputusan atau pendapat yg diambil antara dua pendapat yg berbeza. berjalan 1 bergerak dgn melangkahkan kaki: Tiap-tiap pagi, dia ~ ke sekolah. 2 bergerak dr satu tempat ke satu tempat: Kereta itu ~ perlahan-lahan. 3 berlangsung; berlaku: Mesyuarat itu ~ spt yg dijadualkan. berjalan-jalan 1 bersiar-siar dgn berjalan kaki atau dgn kenderaan: Pd petang hari, ia ~ dgn anaknya di dlm taman. 2 (pergi) makan angin atau melancong: Pd cuti sekolah yg lalu, mereka pergi ~. menjalani menyertai atau mengikuti (kursus dsb); mengalami: Amin membuka syarikatnya sendiri setelah ~ kursus perniagaan selama dua tahun. menjalankan 1 mengusahakan sesuatu supaya berjalan atau bergerak: Ia sudah pandai ~ kereta ayahnya. 2 mengerjakan sesuatu tugas; melaksanakan: Tiap-tiap hari ia ~ kerjanya sbg anggota polis. perjalanan 1 hal atau perbuatan berjalan: Ia ternampak seekor ular ketika dlm ~ ke sekolah tadi. 2 cara berjalan (bergerak): Dia bertanggungjawab atas ~ syarikat itu. 3 aliran (bkn air dsb): ~ air sungai itu selalu tersekat oleh sampah sarap. pejalan; ~ kaki orang yg berjalan kaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jalan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,

2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,

Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan,

Puisi
 

Jalan-jalan di kaki lima,
     Bawalah pulang ikan gelama;
Budi tuan sudahlah diterima,
     Jadikan hutang selama-lamanya.


Lihat selanjutnya...(112)
Peribahasa

Campak baju nampak kurap seperti anak kacang hantu.

Bermaksud :

Orang-orang muda yang tiada memelihara kehormatan dirinya ataupun kehormatan orang lain di jalan-jalan raya.

 

Lihat selanjutnya...(67)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan/Puan,saya mahu bertanyakan soalan tentang definis perkataan-perkataan.Apakah maksud jalan-jalan tikus?Terima kasih. Taktik itu dikesan di mana kapal besar dari negara terbabit akan berada di perairan antarabangsa sebelum kapal kecil atau bot nelayan tempatan ini akan ambil seterusnya masuk melalui [jalan-jalan tikus].Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, jalan tikus bermaksud jalan yang kecil (jalan yang terdapat di kampung-kampung atau di hutan-hutan).Makna29.06.2021
Salam. Saya arkitek dari Ipoh. Ada satu projek di Bandar Universiti Seri Iskandar. Developer nak guna nama "Jalan Lakeville" untuk Nama Jalan, sebab jalan-jalan di lot sebelah sudah lulus sebagai Jalan Lakeville pada tahun 2014. Pegawai daripada Majlis Daerah Perak Tengah suruh kami dapat kelulusan daripada DBP untuk mengunnakan nama "Lakeville". Kami ingin tanya DBP, apakah prosedur kalau nak mohon "Lakeville" sebagai nama khas?DBP tidak boleh mengesahkan nama jalan dalam bahasa Inggeris. DBP hanya boleh mengesahkan nama jalan dalam bahasa Melayu.Istilah07.04.2017
antara perkataan ( Penggaraan ) dan ( Penyelenggaraan ) Kaedah yang bagaimana untuk kita menggunakan perkataan PENYENGGARAAN dan PENYELENGGARAAN. CONTOH: 1. (a) Kumpulan Wang Amanah Penyenggara Jalan atau (b) Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan CONTOH: 2. (a) PENYENGGARA jalan-jalan negeri atau (b) PENYELENGGARAAN jalan-jalan negeri 3. (a) JAWAPAN atau JAWABAN Mohon Mendapat jawapan seberapa segera. Terima Kasih. (Rusli Bin Kamaruddin) PA Yang di-Pertua Merangkap Ketua Pelapor Perbahasan Dewan Undangan Negeri PULAU PINANG.1. Penyenggara Jalan  dan penyelenggara jalan, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan kerana mempunyai maksud yang sama.

Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan kata selenggara dan senggara pada asasnya mempunyai mana yang sama. Hal ini demikian, kerana kata selenggara dan senggara ialah sesuatu perbuatan mengurus dan mengerjakan, mengelolakan, mengusahakan. Perkataan senggara apabila menerima sisipan 'el' di tengah-tengahnya menjadi selenggara.

2. Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab.
Tatabahasa27.02.2014
Salam Tuan/Puan, Menurut Kamus Dewan (2004), "denai" merujuk kepada jejak binatang di hutan (semak, belukar dll). Saya kurang pasti sama ada "denai" juga boleh digunakan bagi merujuk jalan-jalan kecil di dalam hutan. Atau ada apa-apa perkataan yang lebih sesuai bagi merujuk lorang/jalan-jalan kecil yang berliku-liku di dalam hutan/belukar? Sekian, terima kasih.Seperti yang tuan maklum, denai ialah jejak binatang. Ada beberapa perkataan yang boleh kita gunakan bagi merujuk jalan kecil atau lorong di dalam hutan seperti jalan serap yang bermaksud jalan kecil yang hanya dapat dilalui orang (terjadi kerana kerap dilalui) dan rintisan, iaitu jalan kecil yang baru dibuka dalam hutan.Istilah05.11.2012
biasanya kita mengatakan 'kesesakan jalan' tetapi adakah 'sesak jalan' atau 'jalan sesak' dianggap betul? terima kasih.Frasa yang betul ialah sesak/kesesakan di jalan raya atau jalan sesak.Tatabahasa06.05.2011
sebelum terlupa, perkataan Persiaran ini paling sesuai digunakan di mana? samada jalan kawasan perumahan kelebaran 40' ataupun jalan-jalan utama kelebaran 66' dan ke atas.DBP tidak mempunyai maklumat yang diperlukan . DBP hanya boleh memberikan maksud perkataan "persiaran" yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, iaitu  tempat (kawasan, jalan dan sebagainya) bersiar atau bersiar-siar.  Istilah14.10.2016
Salam sejahtera & salam 1 Malaysia Saya penolong pengarah di Bahagian Kawalselia Penyenggaraan, Kementerian Kerja Raya Malaysia. Saya ada kekeliruan dalam penggunaan perkataan (term) "nombor" atau "kod" situasinya ialah Jalan Persekutuan, Jalan Negeri & Lebuhraya mempunyai nombornya sendiri. Nombor ini ada ditulis di setiap nama jalan pada papan-papan tanda jalan. Sebagai contoh: 1. Jalan Persekutuan – FT01(Jalan Seremban ke KL). FT02, FT03 dan sebagainya bagi jalan-jalan lain. 2. Jalan Negeri – B01(abjad B bagi negeri Selangor dan 01 nombor jalan), 3. Lebuh Raya – E01(Lebuhraya Utara Selatan PLUS) Pertanyaan saya, adakah nombor ini sesuai disebut Nombor Laluan Jalan atau Kod Laluan Jalan atau ada cadangan lebih sesuai. Terima kasih.Merujuk Kamus Dewan nombor ialah tanda yang menyatakan bilangan, manakala kod bermaksud serangkai huruf atau nombor yang digunakan untuk mengenal pasti sesuatu tempat. Berdasarkan huraian makna tersebut penggunaan istilah "kod" lebih tepat digunakan dalam konteks yang tersebut.Lain-lain18.09.2012
Salam, bolehkah saudara@saudari maklumkan saya simpulan bahasa yang bermula dengan 'jalan' selain jalan tengah & jalan belakang berserta maksudnya? Terima kasih.Contoh yang lain ialah jalan buntu yang bermaksud tidak ada kata sepakat dan jalan bahasa bermaksud cara penggunaan bahasa yg khas dlm sesuatu bahasa. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kamus simpulan bahasa yang banyak terdapat di pasaran.Lain-lain02.05.2013
Adakah perenggan di bawah terdapat sebarang kesalahan? Antara langkah untuk mengatasi kesesakan jalan raya adalah dengan melebarkan jalan raya. Sekiranya jalan raya yang sempit diperlebar, lebih banyak kereta dapat melalui jalan raya yang sama. Kesannya, kesesakan jalan raya dapat ditangani. Contohnya, pihak kerajaan sering melebarkan jalan raya di Bandaraya Kuala Lumpur untuk mengurangkan kesesakan jalan raya.

 

Ayat tersebut diperbetulkan menjadi - Antara langkah untuk mengatasi masalah kesesakan jalan raya termasuklah melebarkan jalan raya. Sekiranya jalan raya yang sempit diperlebar, lebih banyak kereta dapat melalui jalan raya yang sama dan masalah kesesakan jalan raya dapat dikurangkan. Saudara juga boleh menyemak perkataan/istilah/frasa yang digunakan melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my.

Tatabahasa02.01.2011
Salam ceria, Jalan tegak Jalan lurus Yang manakah betul penggunaan kata adjektif untuk jalan?

Jalan lurus. Harap maklum.

Tatabahasa14.07.2008
12345678910...

Kembali ke atas